Flashmob..

,13:30 | Comment
 

best tak Flashmob >nih! baru tadi aku tengok kat FB.hehe..
 
 





A Werewolf Boy. sedihhhhh...giler cite ni!

,13:08 | 1 Comment
Nangis... sob. sob. sedih sangat citer Werewolf Boy ni. yang part last tu.. huaaaa.... cian kat werewolf boy tu. utk yg belum tonton lagi tu,ekcelli citer ni ialah korean movie. best..
tapi... kenapa perlu sedih sangat sampai macam ni??? huhuu.. ok lah, kalau korang nak tengok, boleh usha kat >SINI< !!!

actually aku tengok sepintas lalu je sambil2 on9. tu pun dah rase nak nangis dah. . tak tau la kalau aku hayati betul2, maybe mata aku akan bengkak kot.. hehe.

and from my observation.. sinopsis citer ni lebih kurang camni,..
ade 1 kuarga ni,baru pindah kat 1 rumah, then jumpe ngan Werewolf boy tu. and salah sorang ahli kuarga tu , pompuan, yang lebih kurang sebaya ngan werewolf boy tu, mula2 tak suka ngan dia. tapi mak die kesian kat die, so kuarga tu pon jaga la die buat sementara. pastu lama2 die train werewolf boy tu, (macam train anjing gitu) ,then die dah mula rapat ngan werewolf boy tu. and bla..bla..bla.. perkara ni pun sampai la kat pihak berkuasa .. polis, and so on. so, diorang cam taknak serigala ni cederakan orang, dia nak tangkap la. tapi pompuan tu bawak werewolf boy tu masuk lam hutan supaya polis tak jumpe die. and then the family decide to leave the house.

but sebelum diorang pergi,memang pompuan tu sedih nak tinggalkan rumah tu and werewolf boy. bile sume orang dah ciap2 nak pindah, die sempat lagi amek buku and tulis kat situ , " wait. I'll come back" lebih kurang la...

and beberapa tahun selepasnya.. ...... pompuan tu balik semula ke rumah tu. and guess what? dia dah ade cucu , ok!! cucu die tu pon dah sebaya die mase mula2 citer ni stat. and die juz nak bermalam 1malam je kat umah tu ekcelli. and then, malam tu. die pun jumpe la ngan werewolf boy tu. werewolf boy tu hulur kertas yg die tulis sebelum die pindah ari tu. soooooo sad ! pompuan tu nangis,, sebab die cakap die tak tau and tak sangka pun yang werewolf boy tu sanggup tunggu die selama tu.. and the best part is, werewolf boy tu masih muda. cuma pompuan tu yg tua. hehe.. 

wow! aku ingat nak tulis sinopsis ringkas je tadi. tetibe jadi panjang pulak. sorry ek..tapi tak tau la betul ke tidak sinopsis aku ni. sebab aku tengok skip2 gitu. tapi lebih kurang la.. kot.
 btw, citer ni..... best sangat2!! korang mesti tengok,tau!!!!!!

Cerpen Bersiri : Hey,You! Jangan Sentuh Aku. Bab 5!

,19:46 | 3 Comment

assalamualaikum.. Hai all.. selamat hari pekerja. saya nak ambik kesempatan ni untuk update cerpen saya yang dah berhabuk tu. hope u guys masih sudi membacanya. sorry sangat2 sebab lambat update.. sorry.sorry.sorry.sorry. *nyanyi lagu "sorry sorry-SUJU".* haha. ok. enjoy this!!



             Pandangannya dilontar jauh ke dasar kolam renang di halaman belakang rumah. Terasa kedamaiannya seolah-olah berada di situ. Dari balkoni, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke meja tulis. Tangannya ligat mencari Samsung Galaxy S3 di sebalik timbunan kertas di atas meja. Nombor didail dan dia menekupkan telefon itu ke telinga.

             "Hello..."

             "Hello. Ada apa, Am?"

             "I nak keluar kejap ni. U nak ikut?" Bukan sengaja Irham mahu menggatal dengan anak dara orang , tetapi keadaan mendesaknya berkelakuan sebegitu. Pernah sekali dia terlupa mengajak Wawa keluar makan bersamanya, dia langsung dihamburkan dengan kata-kata kesat ayahnya sebaik sahaja tiba di rumah. Jika bukan kerana ayahnya juga, dia tidak akan pernah mahu berbaik-baik dengan gadis segedik Wawa. Jauh sekali mahu keluar berdua-duaan.

             “Sorry la, Am. I tak boleh ikut U. Kaki I sakit lagi ni,” Wawa bersuara manja, cuba mencari perhatian Irham.

             “Oh… Kalau macam tu takpe la. I boleh pergi sendiri, “ Saat itu sebenarnya Irham terasa seperti mahu sahaja melompat-lompat di atas katil dan menyanyikan lagu ‘Wonderpets’ sekuat hati. Namun, nada dan intonasi suaranya dikawal agar menyerupai seseorang yang baru kehilangan seguni barang kemas.

                                                                                                      Go to Part 6>

and untuk senarai2 BAB2 sebelumnya dalam cerpen / novelette bersiri ni, sila klik kat >SINI<...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...