Segmen : Jom Blogwalking By SukaGelak

,21:07 | 7 Comment
 jom join segmen ni... klik banner!

oh ye. jangan lupa join contest saya ni jugak ..
Contest Teka Gambar Dan Menang Topup
masih ada peluang .. jom2!

Panggung Wayang Roboh disebabkan POPCORN?

,17:07 | 1 Comment
 
 
 
BETUL wey!! tadi aku tengok ada sebuah panggung wayang ni. ada sekor kura-kura yang jaga tempat lampu untuk tayang gambar tu. masa tu dia jenguk ke luar melalui lubang depan lampu tu, pastu dia tetiba terjatuh. cermin mata dia tercabut dan terjatuh kat depan lampu tu. then boleh pulak layar putih tu terbakar disebabkan cermin mata yang memfokuskan cahaya dari lampu tu. maka merebak la api tu. yang paling menakjubkan, api tu tak bakar kerusi and penonton. tapi merebak ikut ruang kat tengah-tengah tu pastu sampai kat bilik yang simpan popcorn. disebabkan panas, maka semua popcorn dalam tu masak and kembang sampai penuh satu panggung! hanya rocko dan kawannya sahaja yang berjaya lari sebelum semua penonton dalam tu ditenggelami popcorn and panggung wayang tu pecah! hancur! hahahahahahahahhhhhaaaaa....

gelak, gelak.. jangan tak gelak.

ekcelli tadi aku ada tengok cite kartun Rocko's Modern Life. heheheee.. jangan mara.. nanti cepat tuaa.. bukan aku yang nak tengok sangat .,. tapi ada budaks tu hah.. kalau orang nak tengok cite Be careful with my heart, dia marah. so, terpaksa lah turutkan aje..
 
masa tengok tu, aku jadi terpikir, seriously, orang yang buat kartun ni, mesti imaginasi dia tahap petala ke 16. ada ke panggung tu boleh pecah disebabkan popcorn???? 

 entah. ada kot?

Nasib Baik Tak Pitam

,21:20 | 2 Comment
 
 
alkisahnya tadi aku senggugut. biasalah kan, perempuan. ada yang senggugut sampai tak leh bangun , tak datang sekolah. aku biasanya sakit perut and sakit belakang aje. tapi tengahari tadi sakittt sangat perut aku. aku buat rilek aje lah. sebab memang tabiat aku macam tu, ..kalau  rasa sakit, buat tak layan je. ye lah, kalau aku layan, makin menjadi-jadi pulak sakitnya. 

so , semalam dah plan ngan kawan nak pi Festival Thai dekat ngan sekolah aku. esok and lusa ada extra class. so, hari ni je peluang nak pegi. aku ikut je la. jalan tu agak jauh la dari sekolah aku. tapi makanan-makanan kat sana buat aku lupa kejap tentang perut aku yang sakit ni. dah siap round-round semua gerai, kawan aku nak gi beli roti tisu. dia tanya aku, nak beli apa. aku geleng kepala je. masa tu perut aku memang sakit gile-gile. kepala cam berpusing-pusing. 

masa nak gi beli roti tisu tu, dia tanya lagi, taknak beli apa-apa ke? ye la, tu je la satu-satunya peluang aku kalau nak beli. sebab festival tu tamat lusa. aku geleng lagi. "sakit perut......" aku cakap. dia suruh aku gi duduk dulu. memula aku taknak, ingat nak tunggu dia siap beli roti tisu, pastu terus nak gi stesen bas. tapi kepala tiba-tiba berpusing-pusing tahap kena putar dengan Hulk dah. terus aku cakap kat kawan aku tu, aku nak pegi duduk kat tempat orang ramai makan tu.. cepat-cepat aku jalan. sebab memang rasa nak pitam! 

dah duduk tu, badan rasa lemah sangat. berpeluh-peluh sampai ke kaki.. yang peliknya, biasa kalau berpeluh, mesti rasa panas. tapi aku rasa peluh aku tu sejukkkk sangat.  terus teringat cikgu aku cerita pasal strok haba semalam. takut sangat. walaupun takde selera, aku paksa gak telan air kosong yang aku bawak dari rumah. duduk tak sampai 5 minit, kawan aku yang tadi baru datang. dia senyum. aku tak larat nak senyum dah. kepala terasa berpusing-pusing lagi. ya Allah,.. dengan perut yang sakit, kepala pening, lapar, dahaga. .. still control rilek. 

masa tu, memang kitorang nak pegi stesen dah ekcelli. tapi kebetulan ada masjid agak dekat dengan tapak festival tu, so aku ajak kawan aku pi tandas kat masjid tu dulu. kena jalan lagi. masuk dalam tandas tu lega sikit. duduk bertapa agak lama. kihkihkih.. nak bertapa dalam masjid, takleh pulak . buang tudung, basuh muka dan leher . tapi still rasa macam tu jugak. tawakkal je lah. 

terus jalan ngan kawan aku pi stesen bas. jalan slow motion gitu. kang kalau jalan laju-laju, pitam kan sape nak angkat? haa.. dah naik bas tu baru rasa lega. dah kena aircond kan. masa tu baru boleh bercakap and senyum. kalau tak, masam je memanjang. orang senyum pun aku tak balas. kesian kat kawan aku, hehe..

alhamdulillah, jejak jugak kat rumah dengan selamat. terus teguk air banyak-banyak. makan, mandi. rasa okey kejap. pastu rasa tak sihat balik. ni tengah tulis entry ni still rasa tak sihat ekcelli. 

takpe lah. just nak inform korang je. kalau terasa cam nak pitam tu, cepat-cepat le duduk. jangan berdiri lama-lama. nanti rebah, susah pulak orang nak panggil ambulans bagai. 

and cuaca sekarang kan panas, so. .. banyakkan minum air ekk.. 

nak tahu info pasal Strok Haba? boleh tekan sini >Hati-hati serangan 'strok haba'

babai. nak tido.. zz... 
(padahal nak tengok Running Man. haha..)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...