Pensil Catdog

,13:45 | 6 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
  
alkisahnya ekcelli aku dah lama tak guna pensil kayu tu sejak kenal pensil mekanikal .. hohohoo.. lupa daratan nampaknya. padahal dulu masa darjah 1 pensil tu la yang jadi peneman setia.
so, masa SPM tahun lepas, kira first time lah aku beli pensil kayu tu. beli 2 batang aje. sedia untuk soalan objektif.
guna punya guna, sampai habis SPM, panjang pensil tu tak jugak berubah-ubah. hahaha.. 
so, bila naik form 6 ni, aku still pakai pensil tu lah. kalau tak, buat semak aje dalam pencil case tu kan..
nah.. akhirnya, baru la pendek pensil tu. nampak perubahannya. konon aku ni gigih sangat la menulis. padahal tumpul sikit, aku gorek. tumpul sikit, aku gorek. hahahaha.. 
and sampai sependek ni pun, aku masih guna lagi tau! sampai last sekali akhirnya aku gorek kat hujung yang satu lagi tu and ni lah hasilnya..
 
maka dengan ini, saya namakan pensil ni sebagai "Pensil Catdog" ... hahaha.
sebab apa tau aku buat camni? sebab  takyah nak sharpen selalu. kalau terasa tumpul, guna mata yang satu lagi. hehehehe...

Ku Lihat HIJAU...

,21:34 | 1 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

  ada dengar tak pasal yang hari ni kalau nak keluar rumah, biar ada walau secalit kain hijau untuk tunjuk sokongan kepada pelaksanaan HUDUD di kelantan? aku dengar ..
tapi hari ni , I'm not going anywhere. duduk rumah ajerr. 

malam ni, ni tengah syok blogging ni, abang and adik lelaki aku tengah main bola kat ruang tamu. pastu tetiba aku terperasan . eh. 2 makhluq ni pakai baju HIJAU lah. 
pastu aku teringat. eh . aku pun pakai baju HIJAU.
aku pandang pulak Umi kat sebelah. eh? HIJAU jugak?
tengah duk gelak-gelak tu, tetibe kakak aku keluar dari bilik.
laaa... HIJAU jugak engko??

haa... tu lah ! walaupun kitorang tak dapat tunjuk kat satu dunia baju kitorang ni, tapi tetap aje, dalam hati ada "HIJAU" ... hehe. peace and love.

#KAMISOKONGHUDUD#
 

'Kerja Jahat' tu Kenangan ...

,21:01 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

keje jahat? bukan merompak, menyamun, menyepak anak orang okey..
I mean langgar peraturan sekolah 'sikit-sikit' .haha. takleh la banyak-banyak, nanti kena pelempang dengan incik penolong kanan hem pulak ..hoho
so, hari ni sebanarnya ada seminar kat luar dari sekolah. walaupun seminar, kitorang rasa macam pegi lawatan sambil belajar. haha.. 
nak dijadikan cerita, masa diorang bagi masa rehat 1jam tuh, suruh pergi solat zuhur and makan, aku ngan kawan aku pi naik motosikal keluar pi solat kat masjid berdekatan. haha. sooo jahat. 

ye la.. kitorang bukan ape.. kat situ suraunya kecik aje ok. dah tu pelajar ada ribu-ribu. nak kena berebut tandas lagi. so, sebab tu la kitorang pi cari alternatif lain. haaa... acceptable kan alahsan aku? weheks..
tapi, ye lah. benda tu la yang menjadi kenangan. yang takkan dilupakan. kalau setakat pegi menonong termenung and tercongok kat situ, takde apa sangat lah yang kita nak ingat sebagai kenangan 'terindah' kaaannn??
even ustaz aku pun ada cakap "korang kena cipta kenangan tu" contoh ustaz aku sendiri penah kenakan kawan dia yang tido lepas solat isyak, pastu ustaz ubah jam alarm dia, kejut suruh bangun semayang subuh. kawan dia tu siap bangun amek wudhuk, semayang siap-siap, pastu bila keluar bilik nampak gelap. ustaz selamba aje buat muka tak bersalah . huhu.. jahat!
so, selain dari tu, banyak ilmu yang dapat dikutip masa seminar tadi.. 
and yang paling lucu sekali, penseminar (perempuan) tu selalu ajar kitorang kalau nak mintak apa-apa dengan ustaz or ustazah, cakap dulu "saya saaaaaayang ustaz/ustazah!" then baru lah cakap, "hari ni nak buat .......... boleh?" haha..
sampai kan ada sekali tu masa kawan aku tengah search line WiFi kat dewan tu, dalam banyak-banyak line WiFi yang keluar , ada satu yang letak nama "Sayang ustazah jugak!" 
gile siot betol orang tu kan? 
hahahaahahahaa..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...