Suka pulak dengar bunyi siren tu..

,20:54 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  

masa minggu orientasi minggu lepas, bunyi siren tu la yang paling membingitkan telinga. paling menyakitkan hati. paling merimaskan perut. tapi, bila dah habis orientasi ni, pastu sekarang ni, geng2 yang rayuan pulak tengah orientasi, and aku dengar bunyi siren memanggil, rasa sayu pulak. rasa rindu pun ada .. rasa macam alunan melodi yang sudah sebati dalam diri. mana taknya, setiap masaa, setiap saat akak-akak tu bunyikan siren. masa nak kejut bangun pagi tu takyah cakap la kan. sampaikan kita tak sedar pun tu bunyi siren. ingatkan bunyi lagu dari mana. haha.. lena dibuai mimpi. 

um.. tengah mencari masa yang sesuai nak cerita semua pengalaman orientasi kat UniSZA ni .. nak tulis entry panjang-panjang! hehe.. tunggu hujung minggu sat lagi.. 
 

Sementara masih ada waktu...

,18:26 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 

  ceh! ayat macam dah nak mati esok lusa. hehe.. ye lah, mana tau kan? ajal maut tu ditangan Allah.

ekcelli tajuk tu untuk minggu orientasi di UniSZA ni hah. aku kan dah lama tak update blog. nah, sementara aktiviti sukan batal sebab hujan and perut pun kenyang, plus line wifi tak buat hal , aku update lah! hehe..

takde apa nak cakap pun, just nak pesan pada adik2 yang mungkin nak masuk UniSZA nanti, kalau kena orientasi kat kampus Gong Badak, dipersilakanlah bawak banyak-banyak kasut eh..kasut aku yang aku pakai kelmarin , (hari first daftar) dah tercabut tapak dah. haha. habis melecet kaki ni hah.. korang jangan pulak gatal-gatal nak bawa kasut lawa-lawa. kalau nak lagi syiok bawak kasut sport, ok!
sebab mungkin korang akan jalan kaki lebih 2km setia hari. kihkihkihh,,

 

Mahatma Gandhi ek yang Bina Taj Mahal??

,21:04 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  aduhh.. nak pecah perut aku ketawa tengahari tadi.. tadi masa tengok drama "Cinta Batu Belah" kat TV, aku dengar la OST dia, ekcelli aku jarang dengar lagu tu. tap tadi tetiba rasa macam nak selami lirik dia pulak. bila dengar betul-betul, ada satu baris ayat ni dai nyanyi "mendirikan Taj Mahal cinta.. seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya..." 
pastu, masa pi dapur nak masak tu, aku saja la kasi teka-teki kat Umi, 
"Umi, cer teka, sape yang bina Taj Mahal?"
"Gandhi.. gandhi apa ntah,"
aku pun gelak la sampai sakit perut. aku tanya balik "MAHATMA gandhi ke?"
Umi pun cakap ye,.
aduhh.. aku pun sambung la gelak balik.
kihkihkih.. akhirnya aku bagitau la , Shah Jahan jawapan dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...