Kerusi Paling Atas di Stadium.

,13:01 | 1 Comment

seumur hidup aku, aku rasa termasuk kali ni baru 2 kali aku pernah jejakkan kaki dalam stadium. pertama masa aku kecik-kecik dulu . tu pun pegi sambut merdeka, tengok bunga api.

dan kali kedua?? ari isnin ari tu! hihi. tu pun bukan pegi tengok bola. aku pi stadium tertutup kat terengganu ni sebab nak sertai forum perdana. ahli panelnya ialah dr. fadzilah kamsah dan dr. ridhuan tee bin abdullah.
dengar nama panel aje dah tau mesti best. unisza sediakan 4 buah bas dan memang penuh gile sampai 2 seat tu kena duduk 3 orang. tu pun ruang berdiri penuh jugakk..

so mase dah sampai tu aku dan kengkawan pun jejakkan lah kaki dengan penuh perasaan macam rusa masuk kampung. hihii..
bila masuk tu, tempat duduk kat bahagian bawah memang dah penuh sebab ahli panel pun dah memang tengah duduk atas pentas. (dalam erti kata lain kitorang lewat laaaa..)

maka dalam keadaan terpaksa tapi teruja kami pun mendaki ke tempat duduk paling atas kat stadium tertutup tuu.. hahaha.

dan inilah view yang kami dapat dari atas tu. ni kalau ambik guna DSLR konpem lagi cantekkk.. warna warni gile.

forum perdana ni berjalan selama kurang lebih 2 jam la kott.. masa forum ni baru la aku tahu yang dr. ridhuan tee abdullah ni sebenarnya baru sahaja menjadi salah seorang lecturer kat UniSza. huuu.. nampak sangat aku ni tak ikut perkembangan semasa kan. haha.

kesimpulannya forum ni memang best gile tapi kenapa kejap sangat.. tak puas nak dengar weyy.. huhu.

tapi yang paling aku hampakan..
tak sempat selfie dengan dr. fadzilah kamsah!!!! huuuu,..


Posted via Blogaway

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

,08:54 | 16 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
BEN ASHAARI
 
hari ni gua nak join segmen dari bro ben ashaari. so lets get started.
 
 latar belakang aku? belakang aku sekarang ni ada tuala, katil, dinding dan ok fine tak lawak. 
umm. secara ringkas la.. aku merupakan seorang gadis berusia 17 tahun 9 bulan, merupakan penuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin di peringkat diploma sem dua dan masih single lagi, (of course) :P

korang kena selalu view blog aku sebab nanti aku nak jual baju korang tauu.. hehe. ni betul ni. tak tipu. 
and kalau anda seorang yang suka membaca tak kira apa jenis cerita sekalipun, maka pilihlah blog aku sebagai blog list korang . kebelakangan ni memang aku kurang aktif sikit. tapi in sha Allah aku akan mula balik menulis secara kerap macam zaman-zaman dulu. ehhe.

impian aku masa mula-mula create blog ni? aku pada asalnya tak de hala tuju sangat punn.. saje je suka-suki. tapi bila dah pergi ziarah blog - blog otai ni, tetiba pulak aku ada satu azam untuk berjaya macam diorang jugaakk. but yang paling penting apa yang aku kongsi kat blog ni tujuan aku supaya orang lain boleh ambik manfaat dari situ .. ada la jugak saham aku yang berjalan nanti even aku dah ada dalam kubur.. in sha Allah.

 

2 Malam Tanpa Bantal.

,20:30 | Comment
Assalamualaikum..

amboi tajuk entry ko.. kemain lagi. macam la tak penah tido tanpa batal....

hohoho. memanglahh..kalau qiamullail kat sekolah, biase aje tido atas lantai tanpa batal. tak kesah sangat punn.. tak de beza sangat pun.

tapi 'bantal' di sini hanyalah salah satu elemeb dari unsur yang lebih besar . wahh.. ase cam tengah mengajar chemistry pun ade.. hahahaa.. in a simpler meaning, bantal tu aku simpan dalam luggage aku dalam stor unisza.!

nak diluahkan perasaan la.. aku ni budak sem 1 (pendek). ari sabtu ari tu baruu.. je daftar balik untuk sambung sem 2. aku sampai bilik dalam pukul 1 tengahari camtu. pastu kawan aku cakap stor dah tutup. aku pun cam ,ok. takpe lah. ambik esok. maka malam tu aku pun tido la tanpa bantal dan selimut sebab kedua-dua elemen penting atas sesebuah katil tu aku simpan dalam stor. sampaikan pagi tu aku terjaga awal sebab nak terkencing oleh kerana kesejukan yang teramat sangat seperti berada di hujung kutub utara. fuh. amek ko aku punya description macam nak buat essay.

tapi aku redha je la. ingat nak pi amek esok. tapi esok pulak aku ada kelas pukul 11. stor pulak memang bukak pukul 11.30 - 12.30 je kalau ikut jadual ...pastu memang takkan dibukak sampai keesokan hari. so aku cam errr.. redha aje la. pi kelas.maka malam itu bermulalah kembali hikayat penuh kedukaan dalam hidup aku . tidur pakai sweater berbantalkan towel dan berbungkus kain batik!! ok laahhh.. malam ke2 tu tak kesejukan sangat la sebab pakai sweater kannn.

pagi tu aku bangun ko tahu housemate aku cakap ape? "kesian aku tengok hang tidur dengan kain batik semalam.." aku pun cam umm..nasib badannn.... housemate aku tu pun tak amek lagi barang dia kat stor.

so? malam ni?? ??? haa... nasib baik pagi tadi housemate aku yang sem lepas tolong keluarkan barang-barang aku tu.. oh my darling. thank you soooo much!! hihi.

mula-mula aku bukak luggage aku tu, first thing yang aku pegang is bantal aku la. then selimut. you guys! i really miss u guys !! ahaks! jadi malam ni malam first la aku tidur ditemani bantal and selimut aku.......

puas. annoyed. lega. fuhh.

wassalamualaikum...Thanks for visiting!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...