tadi roomate tengah baca wassap.. tetibe die tersengih sorang2 pastu suruh aku dengar ape die nak baca.. dan die pun bacalah wassep tuu.. seperti mana yg tertera dibawah niii..
"Info dari HOSPITAL BESAR KENINGAU. Satu kejadian kebakaran telah berlaku di bilik mayat Hospital BESAR KENINGAU sebentar tadi yang hampir memusnahkan keseluruhan bilik mayat tersebut. Pihak petugas hospital berjaya menyelamatkan hanya 14 daripada 21 mayat yang ada. Namun diberitakan selebihnya 7 lagi mayat telah melarikan diri kerana tidak tahan dengan asap tebal. Pihak polis telah berjaya menahan 6 daripadanya di tanah perkuburan berhampiran manakala 1 lagi sedang membaca teks ini untuk mengikuti perkembangan terkini.klau anda rasa trkena sila antar kpda mayat2 lain .. btw , rajin korang bacaa aku pon terkena! .. hahahaha.."
so, disebabkan aku dah penah baca wassep ni, maka aku tak gelak lahh.. pastu dengan tanpa perasaan aku tenung roomate aku tu sebab lepas baca tu die gelak kecil. pastu bile aku senyap, die tetibe buat muke series dan cakap,
"tak lawak pun,kan??"
aku jawab "tak.."
"memang tak lawak punnn"
"abis tu nape *.......*(nama roomate) gelak?"
"saje. geli tekak.."
pastu roomate pun "ha ha ha" konon tengah test suara.
lepas tu barulah aku gelak dengan penuh perasaan.. puhahahahaaa.. dialah roomate yg satu-satunye tak penah fail untuk buat aku gelakkk. XD
#so....akhirnye aku langgar jugak pantang aku .. haha. tak leh tahan sangat .. rasa nak update blog ni membuak-buakk. #