I'm Rooting for Drama "Aku Pilih Kamu" !

,10:03 | Comment

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8Qaerz2XOUkJjrX92_ELDBVqM1prUzxYtFRWB8F5JAvcnpYVu4S9SNNfImK8J7Ear3q8s7tqv4LRPDRncul8SGsjQRsQ5gVT4f3Hy932U4Jja3O3vk0LEJwKFdsx1PxrsgOD8dAtCd2ow/s1600/Aku+Pilih-Kamu-TV3.jpgalhamdulillah... aku masih diberi peluang untuk menconteng di blog ini untuk kali pertama pada tahun 2016 .. hihi.. last aku update blog bulan disember tahun lepas kutt.. hahaha.
by the way, arini tak tau kenapa aku bersuka cita nak cerita kat korang sume pasal satu drama yang aku baru habis marathon semalam. Tajuknya memang bagi aku agak cliche sikit "Aku Pilih Kamu". drama ni dibintangi oleh Hafidz Roshdi sebagai Rizman dan Dayana Roza sebagai Qasya. hohohooo.. ni baru start sem, boleh la buat perangai camni. kalau dah third week nanti jangan harap lah dapat peluang.. aku marathon 15 episod dalam masa 3 hari kut!! hahahha...

sebenarnya mase aku balik cuti sem aritu, aku tak layan pun cerita ni. tetibe mase hari episod akhir drama ni, kawan aku pesan kat aku suruh tengok sebab cite ni best katanya.. aku pun tengok je la walaupun tak tahu hujung pangkal sebab tak pernah tengok satu episod pun sebelum ni. tapi malangya, aku tak sempat tengok sampai pengakhiran episod ni sebab Umi tetibe panggil mintak tolong taipkan kertas kerja dalam laptop. hum.. takde rezeki..
so, balik je ke unisza, hidup aku yang dipenuhi kebosanan setiap masa membuatkan aku teringat nak tonton drama ni. mula-mula tu aku download satu episod jee.. saje nak try test tengok , best ke tidaak... dan lepas je tengok episod pertama, terus aku download episod-episod seterusnya sebab tak shabar nak tahu kisah dia selanjutnyaa.. hahah..


dan bukan calang-calang drama Melayu aku boleh marathon sampai 5 episod satu hari okeyy.. aku pernah tengok banyak drama Melayu. ada yang aku follow. ada yang tak berapa nak follow. ada yang aku memang tak mau follow. dan ada yang memang aku minat gile-gile! dan drama ni termasuk dalam ketegori 'aku minat gile-gile!' 

kenapa?? sebab bagi aku, hidup ni tak semestinya kena all the time happening dan cheerful semata-mata. kengkadang kite kena titiskan airmata jugakk.. untuk jadi penyeri dalam kehidupan kita. huuu.. ape aku merapu nihh?? haha.

okey.. meh aku cerita ape sebab aku minat cerita ni.
ya. pada dasarnya kalau korang tengok sinopsis cerita ni secara umum, ringkasannya mudah sahaja. ada sorang perempuan kena kahwin paksa. then gaduh-gaduh dengan suami dia. kemudian akhirnya berbaik and they live happily ever after.

tapi! apa keistimewaan yang buatkan aku jatuh hati dengan drama ni? ok, selain hero dia hensem, (ahaks.!) drama ni juga ada jalan cerita yang menarik.
satu, ialah si heroin tu ialah anak angkat kepada ayah si Hero. dan diorang memang dah duduk serumah sejak dari kecik lagi.

kedua, cerita ni ade elemen kekeluargaan. aku ni. yes, aku. aku memang suke drama yang mengetengahkan elemen family dan friendship. dalam drama ni, ade jugak elemen friendship, tapi yang lebih ditonjolkan ialah pasal keluarga. disebabkan harta, keluarga sendiri berpecah belah.
salah satu part yang buatkan aku menitis air mata ialah bile Qasya bersatu balik dengan family kandung die. lakonan Siti Elizad sebagai Nadiya siries memang mantap ah! aku nengok muke dia je terus rase nak nangis. bile die peluk Qasya, memang terus berjurai air mata lah aku! ready dengan tisu eh kalau nak tengok part nih! heheh..

dan ketiga, yang ni kalu aku salah tolong betulkan eh.. tapi sepanjang yang aku ingat la pasal drama ni, memang jarang sangat atau boleh kata hampir tak ada scene yang melibatkan sentuhan antara lelaki dan perempuan. kalau ade pun, seingat aku,... umm.. part Farouk tolak Qasya mase nak halau die. pastu Farouk lempang Qasya. Rizman lempang Qasya. .... dann... tu je kut yang aku ingat. oh ye. banyak kali betul Qasya kena lempang dalam citer ni yer.. hahaha..
even Qasya dan Rizman dah kahwin masa episod 4 drama ni , tapi sampai episod last, scene Rizman lempang Qasya tu je seingat aku yang ade.. tu pun takkan la die lempang betul-betul kan..

Itu memang aku kasi tabik kat pengarah Zul Huzaimy! cume satu je lahh.. heroinnye tak pakai tudung.. well I guess memang jarang kut heroin drama pakai tudung kecuali kalau cerita yang adaptasi dari novel.. kannn??? tapi usaha mereka untuk menjayakan drama ni tanpa adegan-adegan yang tak sesuai ditonton oleh bebudak umur 13 tahun memang boleh dipuji jugak lah.. at least mereka tak de lah hidup dalam dunia khayalan bahawasanya bile kahwin, dapat suami romantik, tetiap hari buat surprise, kalau merajuk kena pujuk, and so on, so on.

sebab aku dah meluat dengan scene-scene macam tu lah, aku menyimpang pulak ke arah drama yang macam ni tau! dulu boleh lahh.. masa budak hingusan dulu, baru lepas SPM boleh la aku nak baca novel dan tengok drama macam tu. sekarang aku budak Universiti hokeyy.. kasi naik taraf sikitt.. memang tak ah aku nak jatuh ke lembah imaginasi bebudak tak cukup umur macam tu. hahahha..

and! walaupun drama ni takde scene heroin merajuk and hero pujuk, lepastu hero pulak merajuk and heroin malas nak pujuk, kemudian mereka bergaduh besar sebab last sekali dua-dua malas nak pujuk,.. drama ni tetap membuatkan aku tersengih-sengih sorang diri mase Rizman dah mula berbaik-baik dengan Qasya. dari guna 'Aku.Engkau' sampailah 'Saya.Awak' dan pada episod akhirnya 'Sayang' ,.. hahahhaaa.

dan tahniah diucapkan pada pelakon-pelakon drama ni (takyah nak bagi ucapan tahniah sangat la syah, macam lah diorang akan bace entry ko ni hahh) atas lakonan korang yang penuh penghayatan tu.

Walaupun Adam merupakan seorang boyfriend, abang dan anak yang baik, patuh, sweet dan caring,,  tapi aku tetap suke Rizman sebab Rizman garang macam angsa yang tak tentu pasal nak kejar dan patuk orang. hahahaa..(kfine. tak lawak.)
pemilihan pelakon memang terbaik ahh.. memang sesuai tiga beradik tu.. yang bongsu paling pendek. kahkahkahh..(amboi sedap ko mengutuk eh, syah)




ape-ape pun, OST drama ni memang best. !! aku tak kenal sebenarnya sapekah gerangan Ippo Hafiz ni, tapi first time aku dengar lagu dia tajuk 'Hidayahmu' dalam fon aku yang aku taktau datang dari celah mana sebab seingat aku tak pernah download, tapi terus aku boleh suke lagu tu! dan bile dengar lagu OST drama ni, memang aku terus teringatkan die. mase tu aku tak tau lagi yang memang die penyanyi lagu OST ni,, dan semalam bila aku search, memang betul lah die!! wahh. suare die memang unik dowh.. sebab aku boleh cam  dengan senang .. tak ramai penyanyi yang aku boleh ingat suara die hanya dari sebijik lagu.

 

lastly, aku nak pesan, kalau korang ada pasang impian untuk keluar dari kepompong dunia khayalan novel romantik komedi, boleh la try usha drama ni kat YouTube ataupun boleh jugak tengok kat website ni : Tonton Aku Pilih Kamu
selamat menonton !! tata..

Crying for someone i didnt even know.?

,22:15 | 1 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  and as I'm writing this entry, I'm still having a runny nose. and I cant even figure out why did I cried soo much for someone I didnt even know in person???!
 
https://mk-cdn.mkini.net/963/68d3e3ec96e699ffaa92eed74e85f255.jpg=s800
 
yes. He is Almarhum Tunku Abdul Jalil. 
I know its been five days already. we all know. but still.. I cant really move on yet. 
aku bukan rakyat Johor. aku tak pernah admire or have a crush on Tunku Jalil. first time aku dengar nama die pun masa tengah study group dengan coursemate aku, bulan lepas kalau tak silap. masa tu dia tunjuk kat aku instagram tunku jalil. dia cakap tunku jalil hensem. aku pun try la usha putera yang dikatakan hensem sangat tu... 
and when first I saw his face, eh. terdetik dalam hati aku. kenapa muka dia macam kurus sangat? macam pelik. macam tak cukup makan. no. it was not my intention untuk hina dia. tapi at that time memang aku tak tahu langsung yang tunku jalil tu sakit. sampailah kawan aku bagitahu .. dulunya dia memang hensem.. tapi sejak sakit, muka dia jadi macam tu. oh.. so, aku paham lah. 
dan sejak dari tu, aku kadang-kadang ada ternampak video dan coretan tentang tunku jalil di FB, memberi kata-kata semangat untuk terus berjuang melawan sakitnya. ntah, mungkin selama ni ade je pun. cume aku yang tak pernah nak perasan. hehe.
and that day. sehari selapas kemangkatan almarhum, aku tak tahu lah, maybe aku tak scroll FB banyak sangat kut, sebab busy dengan assignment .. dan masa aku masuk kelas pagi tu, tetiba ntah macamana aku pun dah lupe, tapi kawan aku bagitahu aku yang almarhum dah tak ada lagi di dunia yang fana ini,
.
.
.
.
aku terkedu. 
tersentak.
dalam hati aku ucap 'innalillahi wa inna ilaihi raji'un' 
Allah.

sungguh aku tak sangka!
tak sampai sebulan aku mengenali namanya, dia sudah pergi djemput Ilahi.
dan pulang dari kelas tu, barulah aku nampak viral tentang kemangkatan almarhum. 
tapi aku tak sempat nak baca lebih lanjut tentang berita tu. busy. siries busy. dan semalam, disebabkan kelas aku semua batal, maka barulah aku ada peluang nak search pasal kemangkatan almarhum TJ. 
and.. there it goes! aku menangis berapa jam kut masa mengadap laptop , baca pasal almarhum TJ. siries air mata mencurah-curah, tak boleh nak tahan.
tu la ko syah... sape suruh rajin sangat nak search pasal almarhum.. kan ke dah bocor tangki air mata ko tu...
dan ia tidak berakhir disitu sahaja. malam ni aku buat lagi! search, baca dan tengok video pasal almarhum. 
dan air mataku terus dipam keluar tanpa sekatan...
I'm still wondering.. apa lah amalan almarhum ni sepanjang hidup.. sampaikan aku yang tak kenal or minat or admire die ni pun boleh jadi sebak dan nangis tak ingat dunia bila baca tentang kisah dia. 
 
very humble person. tak pentingkan pangkat dan kedudukan. loving. caring. 
dan hensem . (ahaks)
Allah. sedih-sedih aku, aku tahu ada yang 100 kali ganda rasa kesedihan ni lagi... tak lain tak bukan ibu almarhum sendiri. anak yang dia hanya dapat tatap selama 25 tahun. pergi terlebih dahulu tinggalkan dia. air mata aku jatuh bila baca coretan ibu almarhum.
tenanglah engkau disana, wahai Putera yang disayangi rakyat. ramai disini yang akan terus mendoakan engkau.
sesungguhnya sakit yang Allah beri itu telah menjadi penghapus dosamu. 
mulianya hatimu tak dapat ku ukur. 
besarnya jiwamu tak dapat aku bayangkan.
tulusnya niatmu tak dapat aku jangkakan.
perginya dirimu membawa berjuta impak. 
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, kasihanilah ia, lindungilah ia dan maafkanlah ia, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkan kuburnya, bersihkanlah ia dengan air, salju dan air yang sejuk. Bersihkanlah ia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau telah membersihkan pakaian putih dari kotoran, dan gantilah rumahnya -di dunia- dengan rumah yang lebih baik -di akhirat- serta gantilah keluarganya -di dunia- dengan keluarga yang lebih baik, dan pasangan di dunia dengan yang lebih baik. Masukkanlah ia ke dalam surga-Mu dan lindungilah ia dari siksa kubur atau siksa api neraka."
 
 

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com

,19:13 | 8 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...