test

,21:50 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  test.test
 

test

,05:15 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  testing. post ni aku publish sebab nak test samada post aku keluar kat reading list follower2 aku or tak...
sebab dah lama aku tak nampak post2 blog aku kat reading list blog yang aku follow.  
😢😢
please sape yang nampak post ni sila drop ur komen .
 

Buku apa aku beli ni?

,23:09 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Alhamdulillah.... hari ni, Allah masih beri peluang untuk aku membebel dalam blog ni lagi. huhuu.. setelah 15 purnama aku menyepikan diri, akhirnya aku muncul lagi bersama berita gembira, bahawasanya aku telah pun menamatkan zaman diploma aku dengan jayanyaa... !! yiiihhhaaaa.. gimme a roouuundd of applauuuseee ,pleasee... *clap clap clap* 
jadi, makanya.. untuk memenuhi 'end-of-diploma-list' yang aku dah buat tak berapa lama setelah cuti midsem aku berakhir, aku gagahkan la jugak diri ni nak berblog walaupun rase awkward and kekeringan idea masih menyelubungi diriku ini. tengok la tajuk entry aku tu.. ntah pape ntah yang aku tulis. siries takde idea weh. mohon pengertian ye..kihkihkihh.. 
apa yang aku nak cerita kali ni tak banyak pun.. hanya sekadar nak melepaskan rasa bosan malam-malam sebab Umi ngan Abah pegi umah jiran, ada hal. 
aku cuma nak share dengan korang pasal buku-buku yang aku dah beli guna baucer buku aku and ada yang aku dah habis baca dah pun. huhu.. for your info, mase kat Unisza aritu, aku tak sempat guna sekeping punn baucer buku tu sebab sirieslyy busy tak sempat nak jenjalan carik buku. so, balik umah ni baru boleh ajak Umi and abah keluar pi kedai buku. mula-mula tu pegi kedai Syarikat Jaafar Rawas , sebab umi nak beli kitab terjemahan Fiqh manhaji jilid 1. then nak cukupkan rm50, tambah dengan buku abah pulak. ok habis sekeping. 
on the way balik tu, aku mintak singgah kat kedai buku Syarikat Muda Osman pulak..  dannn..akhirnya, tibalah masa untuk aku memulakan pengembaraan dan penjelajahan di situ. muahahahahaaww..*gelak jahat*
aaaahh.. bau buku.. bau yang telah kian lama aku rindui.. haha.
bermula dengan tingkat bawah,  macam biasa.. usha-usha novel melayu dulu.. humm..takde yang menarik perhatian la pulak.. then aku naik tingkat atas, cari buku soalan past year matematik SPM untuk budak lelaki pemalas kat umah aku tu hahh... dah nak dekat trial pun masih tak sedar dirii.. tanye soalan mathematic form 4, satu hapeee bendaa pun die tak tauu...
 cuba tengok macam kakak dia ni, walaupun tak suke mathematic, tapi dapat la jugak A+ mase SPM.  lalalalalaaa~ (masuk raga angkut sendiri doee. haha..)
so, dah dapat buku tu, harga dalam 14 hinggit. nak cukupkan sekeping rm50, aku perlukan lagi 36 hinggit. ok turun bawah balik. 
tengah on the way nak ke rak buku novel-novel Melayu, tetiba anak mata aku tangkap satu kelibat buku. 
waaaaaahhh bukuu nii!!!! buku nii laaaa yang aku cari-cari selama iniii...!! oh bukuku yang kudambai, dimanakah engkau bersembunyi selama ini..?? apa tidak sudikah engkau untuk menemaniku di hari-hari sepiku yang mendatang nanti..?? mengapa engkau sanggup membuat jiwaku tersiksa menantikan dirimu selama ini?? 
haha. lebih kurang macamtulah perasaan aku masa jumpa buku tu.. nasib baik aku tak buat persembahan teater je kat depan rak buku tu. kang tak pasal-pasal jadi viral masuk sorat khabar harian Mak Jemah pulak. biaselah.. media sekarang memang suke menyebarkan aib orang awam kaaannn..?? tapi siries ahh.. memang aku dah lame cari buku ni sebenarnya, masuk je mana-mana kedai buku, buku ni la yang akan aku cari dulu. hihii. sebab apa aku tertarik sangat nak beli buku ni pun aku tak tahu. padahal takde orang promote kat aku pun. just bace kat FB pasal buku ni and pernah tengok dalam MHI , peniulis buku ni bercakap live pasal buku dia tu. dari situ, memang aku dah pasang angan-angan nak beli buku ni. hah, aisyah.. panjang betul ko membebel ni, cer citee sikitt.. buku hapeee yang ko teruja sangat nak beli tuu??? 
sabauu..sabau.. orang kata, takkan lari buku dikejar.. ni hah.. bukunyaa.. 
PELUKIS JALANAN by Teme Abdullah RM25.
dah dapat buku ni, aku terpaksalah cukupkan lagi rm25 . maka aku decide ambik buku keluaran Tarbiah Sentap ni..
LUKISAN TARBIAH by Abeben. RM25.
dan lagi rm36 yang aku nak cukupkan sekali dengan buku Spm adik aku tu, aku beli novel ni..
AYAT-AYAT CINTA 2 by Habiburrahman el Shirazy. RM 35.90.
sebenarnya aku cari novel ni, tak tengok tajuk and jalan cerita pun. aku tak tahu pun novel ni best ke tak. tapi sebab harga die memang cukup-cukup cunn je dengan baucer aku, maka aku pun ambiklah novel ni.. maka habislah 2 keping baucer aku di kedai buku SMO ni dan dapatlah aku baucer SMO bernilai RM10 percuma.. huhuhuu..
maka pulanglah aisyah ke rumah dengan senang hati.. buku dapat, hati pun riang, . tapi malangnya perut masih lagi tak kenyang..hahahaha..
esoknya tu, setelah bosan melayan drama 'Suami tanpa cinta' kat laptop, barulah aku mulakan misi membaca..
start lepas zohor.. dan isyak tu aku dah berjaya habiskan buku Pelukis Jalanan . sampaikan tengah goreng ikan untuk makan malam tu pun aku tak lepaskan buku tu tahuu.. nasib tak hangus je ikan aku sebab syiokk sangat aku baca buku tu sambil tunggu ikan masak. hahha. 
apa yang menarik dalam buku ni? banyak weyy.. siries banyakk.. aku bace sampai meleleh-leleh air mata. kalau bab orang yang takde duit nak beli phone, aku tak heran sangat.. tapi kalau bab orang takde duit nak makan ni memang aku takleh tahan. sedihh bila mengenangkan diri aku ni yang nak bermewah-mewah dalam makanan harian, sedangkan duit biasiswa yang aku dapat tu patutnya diguna untuk pelajaran.. 
and bukan ni je bab yang buat aku terus melekat kat buku ni sampai habis.. ade baaanyak lagi cerita yang dimuatkan dalam buku ni, antaranya pasal kawan tikam belakang, pasal fail mase A-level, dan macam-macam lagilah. memang aku syorkan untuk mahasiswa-mahasiswa diluar sana beli buku ni, untuk motivasi diri korang dalam misi menuntut ilmu diperantauan.. 
jalan cerita dalam buku ni pun disusun dengan sangat menarik. Out of 10 stars, aku bagi 8.75 bintangg untuk buku inii... hihi.. 
dan untuk buku kedua, aku baru je habis baca hari ni. tak lama pun masa untuk aku habiskan sebab kan komik aje.. so tak banyak sangat tulisan, banyak lukisan je.. hahaha. tapi aku suke gaya penyampaian, selepas habis satu komik strip, ade disediakan keterangan lebih mendalam pasal isu yang dibincangkan dalam komik tu. Abeben ni sebenarnya banyak jugak komik beliau yang aku dah baca kat FB . tapi aku beli jugaklah sebab nak support kann.. penaaatt dia melukis tuu.. huhuhuhuuu.. for this book, I kasi 8.25 stars... !
dan untuk buku ketiga, Ayat-ayat Cinta 2...  yang ini, aku akan mulakan misinya pada esok hari.. hihii..
so, sekian sahaja review buku tak seberapa daripada blogger comot dan tak berpengalaman inii.. diharapnya , pendapat aku yang hina ni dapat diterima oleh korang dan ade makhluq yang tertarik nak membeli buku-buku yang bermanfaat ni. jangan duk sibuk nak beli novel romantik komedi aje, dik oii.. hidup ni kena belajar hadap realiti, bukan hanya goyang kaki dalam mimpi. 
salam ceria dari saya, aisyah. sampai ketemu lagi di lain entry.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.  
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...