COUPLE : Musuh Nombor 1 Negara

,17:19 | Comment
Assalamualaikum...
Alhamdulillah,hari ni oksigen masih dpt melalui hidung,menuju ke trachea,dan masuk ke dalam alveolus dalam paru2 ,kemudian bergabung dgn haemoglobin dalam red blood cell ,membentuk oxyhaemoglobin utk disebarkan ke seluruh badan..
Masya Allah, uniknya ciptaan Tuhan..

Insya Allah..hari ni sy nak sentuh tentang 'couple'...
rasenye sume orang da taw kan ape tu couple??

Kerajaan hari ni selalu melabelkan DADAH sebagai musuh utama negara..
tapi...secara peribadi..saya menganggap COUPLE sebagai musuh utama!!

Lihat disekeliling teman2.. cuba perhatikan,cuba hitung kalau boleh.. pasangan couple ada dimana2..
dari couple menjadi zina, lpas tu boyfriend lepas tangan,,. klau yg kuat,boleh tahan.. klau yg lemah , . . . . . . .BUNUH DIRI?? kalau tak pon,buang anak merata2, macam buang plastik sampah!! ya Allah...sampai saye tak tergamak nak tengok..

sedarlah teman2 ..couple tak membawa apa2 keuntungan..
nak cari awal2,,takut melepas??
tak payah!!tak perlu teman2.....
Allah dah janji.. Wanita yg baik  utk lelaki yg baik..Lelaki yg baik pun utk perempuan yg baik..
tak payah nak kisah sangat nak cari lelaki yg baik2..then couple..lepas tu kononnya nak kawin la yerr??


NO WAY!!

*Jika Sayang*

Wahai Si Adam...
Jika sayang, lepaskan Si Hawa..
Bimbinglah dia menuju syurga..
bukan bahagia hanya di dunia..

Jika sayang, jauhilah Si Hawa..
kerana jarak itu
bukan memisahkan
tapi menjaga kalian..

Jika sayang,tak perlu dipegang
tangan si hawa
kerana itu bukan tiket ke syurga
tapi tempahan ke neraka..

Wahai Si Hawa..
Jika sayang,janganlah kau goda
si Adam
dengan manis senyumanmu
dengan lenggok badanmu
mahupun jelingan matamu
kerana itu hanyalah untuk
yang sudah halal bagimu..

Wahai si Hawa..jangan!
jangan pernah kau serahkan
mahkotamu
kepada yang tidak halal untukmu..
kerana Hawa..
itu bukanlah tanda sayang
tapi maaf ku katakan
itu hanyalah menjahanamkan!

Jika Sayang....
Ya,jika kalian benar2 menyayangi
tak usah..tak perlu
ditunjukkan sebelum punya
ikatan yang sah..

berDOAlah
supaya jodoh berpanjangan
walau dari jauh
kerana yang menentukan
hanyalah Tuhan yang Maha Esa

Jangan pernah kau ragu dengan janji Allah!!

K-POP : Jangan Sampai Terpesong.

,18:08 | Comment
'K-pop' .. sedar atau tidak,kini ia sudah menjadi topik perbualan hangat dalam golongan remaja-remaja melayu kita. saya juga dari golongan remaja. tetapi secara peribadi,saya memang tidak meminati K-pop.

Namun,bukan lah kerana itu saya menulis catatan ini untuk dimuatkan di dalam blog saya. tetapi,kerana kadang-kadang sedih melihat rakan-rakan terlalu asyik berbincang sesama mereka tentang artis2 K-pop. "awak minat sape?" "eh,bila dia nak datang Malaysia?" "best tak lagu korea ni?" Bukankah lebih baik jika mereka berbincang tentang tokoh2 Islam , para anbia',atau setidaknya hal2 pembelajaran di sekolah.

Tidak,bukan saya membantah atau melarang korang meminati K-pop,tetapi berpada2 lah. jangan sampai ada yang menjadikan mereka sebagai idola atau ikutan.

Pilihlah idola korang dengan betul. Allah S.W.T. sendiri menganjurkan kita mengambil contoh dan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai ikutan. Rasulullah s.a.w. dan para anbia' seluruhnya adalah Qudwah yang paling utama bagi kita. tapi,janganlah kita sampai memuja manusia lain sekalipun manusia itu seorang yang soleh. sesungguhnya Allah tidak akan meredhai sesuatu benda selain dari-Nya untuk dipuja dan diagungkan.

Sekarang,mari kita check balik. adakah layak artis2 K-pop dijadikan idola bagi umat ISLAM? sedangkan mereka sendiri adalah orang KAFIR?? so,sama2lah kita cari dan pilih idola yang betul. tapi harus diingat,siapa pun idola kita,letakkan Rasulullah s.a.w. sebagai idola yang pertama. Jika insan lain yang dijadikan idola,mereka tidak dapat lari dari ketidaksempurnaan. berlainan dengan Rasulullah s.a.w. yang bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan dosa.

Akhir sekali,renunglah firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. terdapat teladan yang baik bagimu (iaitu)bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut dan mengingati Allah. [surah al-ahzab,ayat  21]

Post pertama..he2

,14:02 | 2 Comment

Assalamualaikum..
Salam sejahtera ke atas kamu..
ni,post pertama saya..
tak tau nak tulis apa..he3. tapi Insya Allah akan perbaiki dari semasa ke semasa.
Harap korang follow blog ni., thanks.!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...