CerPen : Hey You! Jangan Sentuh Aku! (Part 10)

,19:29 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
"Assalamualaikum, Umi!" sapa Humaira' girang, sehingga Puan Asiah terpaksa menjauhkan sedikit telefon bimbit dari cuping telinganya.
"Waalaikumussalam. Humaira' apa khabar?"
"Alhamdulillah. Ira sihat. Umi pulak?"
"Umi baik-baik saja. Tapi kalau tiap kali Umi telefon, Ira cakap terjerit-jerit macam ni, boleh sakit jantung Umi tak lama lagi," Puan Asiah sengih. Humaira' turut gelak kecil.
"Ye la... Ira mintak maaf. Habis, Umi jarang sangat call Ira. Rindu la.." Humaira' bersuara sayu, cuba menarik perhatian ibunya.
"Ira bukan tak tau. Umi bukannya ada banyak kredit,"
Sebuah senyuman terukir dibibir Humaira'. "Ira tahu lah, Umi. Ira gurau aje,"
"Umi telefon ni pun sebab ada berita penting yang Umi nak bagitahu Ira," kata-kata Puan Asiah itu menerbitkan rasa getar dalam hati Humaira'. Entah kenapa, dia dapat merasakan sesuatu dari nada suara ibunya tadi.
"Ada apa, Umi?"
"Umi cakap terus terang aje la ye? Petang tadi... ada orang datang rumah,"
Humaira' jadi tertanya-tanya. Kenapa tiba-tiba sahaja suara Puan Asiah bertukar serius sedemikian rupa?
Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

Untuk Senarai Penuh part2 dalam cerpen ni, klik >SinI<
 

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

,19:22 | 4 Comment
As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


Bunga Nasi Kerabu?

,13:43 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
hari ni ada 'tetamu' nak datang umah. so, Umi decide nak buat nasi kerabu. biasanya kalau untuk makan kita-kita aje, Umi tak buat nasi kerabu warna biru pun. warna putih aje. Umi cakap kalau kat kedai, diorang guna pewarna. 

tapi hari ni sebab ada 'guest' , Umi guna "Bunga Kerabu" which is aku tak penah dengar namanya sebelum ni.. entah betul entah tidak.. aku tanya Umi "Apa 'nama sebenar' dia?" Umi cakap "Bunga Kerabu la " 


ni rupa dia . .. warna dia lagi terang ekcelli . humm..
masih tertanya-tanya.. 

betul ke nama dia "Bunga Kerabu" ?? 
haha.. macam lawak jer.
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...