"Diorang Berlakon Aje Lah! Bukan Betul Pun!!!"

,23:12 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
  tadi masa aku jenjalan kat FB, ada terjumpa satu video yang di share oleh satu page ni. ada seorang lelaki. aku tak kenal. tapi aku tahulah dia tu lelaki yang memang selalu buat video upload kat insta. ala.. kalau kat uTube macam matlutfi, anwar hadi, aiman azlan , mrtheallshared, aman wan... and so on. 

nak tengok video yang aku tengok tu ? klik >SINI<

and I watch that video tanpa pikir apa-apa yang prejudis pun terhadap lelaki tu. aku cuma ambik point dalam video tu. bagi aku video tu lawak. sangat. dan its kinda sindir pompuan secara general la kan... well ., aku sebagai pompuan pun setuju dengan point dia tu.

tapi!
bila aku scroll2 kat bahagian komen tu, aku nampak ada 2 golongan kat situ. first ? orang yang tegur perbuatan lelaki tu sebab menyerupai pakaian pompuan. ye la sebab lelaki tu pakai shawl kan atas kepala.
second? ada golongan yang 'rajin' mengreply komen2 tu untuk back up lelaki tu dengan ayat " woii .. ko ni mesti tak follow video mamat ni kan?? lepastu senang-senang aje nak cakap dia ni pondan!" "weyy.. dia berlakon je la tuuu.. tu bukan diri dia yang sebenar pun!!!" "eh, for your info, dia ni lelaki sejati tau! bukan pondan! kalo tak caye tengok la video2 dia yang lain!"


aku yang pada mulanya nak buat tak kesah aje, tapi bila bace lagi banyak komen dari follower2 setia lelaki tu, maka timbullah hasrat aku nak buat entry ni. bukan sekadar nak luah perasaan, tapi nak kongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada.

aku bukanlah orang yang banyak ilmu nak bagi dalil bagai ni. tapi sepengetahuan aku, ustaz aku cakap lahh... tak kira lah samada orang tu berlakon or berpura-pura , hukum HARAM tetap HARAM.
kenapa mesti ada alasan "dia berlakon aje" kalau bab-bab meniru pakaian lain jantina ni?
kalau ada alasan "dia berlakon aje" , kira dalam TV tu pelakon pompuan peluk pelakon lelaki macam laki bini tu tak haram la? sebab "dia berlakon aje" ??
kira kalau orang tu berlakon minum arak, maka tak haram la sebab "dia berlakon aje" ??
well , kan "dia berlakon aje" ...............................

jadi di sini suka saya tekankan, walaupun memang video dia lawak dan ada point yang makan dalam, kalau boleh elakkanlah menyerupai orang yang berlainan jantina, even "dia berlakon aje" ..
sebab menda tu memang haram.

aku bukan nak back up mana-mana pihak. aku bukan hater mana-mana pihak. aku judge berdasarkan apa yang ada dalam dada aku. kalau aku salah, mohon betulkan.

sekian, aku da ngantuk.

wassalamualaikum....
 

Kerusi Paling Atas di Stadium.

,13:01 | 1 Comment

seumur hidup aku, aku rasa termasuk kali ni baru 2 kali aku pernah jejakkan kaki dalam stadium. pertama masa aku kecik-kecik dulu . tu pun pegi sambut merdeka, tengok bunga api.

dan kali kedua?? ari isnin ari tu! hihi. tu pun bukan pegi tengok bola. aku pi stadium tertutup kat terengganu ni sebab nak sertai forum perdana. ahli panelnya ialah dr. fadzilah kamsah dan dr. ridhuan tee bin abdullah.
dengar nama panel aje dah tau mesti best. unisza sediakan 4 buah bas dan memang penuh gile sampai 2 seat tu kena duduk 3 orang. tu pun ruang berdiri penuh jugakk..

so mase dah sampai tu aku dan kengkawan pun jejakkan lah kaki dengan penuh perasaan macam rusa masuk kampung. hihii..
bila masuk tu, tempat duduk kat bahagian bawah memang dah penuh sebab ahli panel pun dah memang tengah duduk atas pentas. (dalam erti kata lain kitorang lewat laaaa..)

maka dalam keadaan terpaksa tapi teruja kami pun mendaki ke tempat duduk paling atas kat stadium tertutup tuu.. hahaha.

dan inilah view yang kami dapat dari atas tu. ni kalau ambik guna DSLR konpem lagi cantekkk.. warna warni gile.

forum perdana ni berjalan selama kurang lebih 2 jam la kott.. masa forum ni baru la aku tahu yang dr. ridhuan tee abdullah ni sebenarnya baru sahaja menjadi salah seorang lecturer kat UniSza. huuu.. nampak sangat aku ni tak ikut perkembangan semasa kan. haha.

kesimpulannya forum ni memang best gile tapi kenapa kejap sangat.. tak puas nak dengar weyy.. huhu.

tapi yang paling aku hampakan..
tak sempat selfie dengan dr. fadzilah kamsah!!!! huuuu,..


Posted via Blogaway

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !

,08:54 | 16 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
BEN ASHAARI
 
hari ni gua nak join segmen dari bro ben ashaari. so lets get started.
 
 latar belakang aku? belakang aku sekarang ni ada tuala, katil, dinding dan ok fine tak lawak. 
umm. secara ringkas la.. aku merupakan seorang gadis berusia 17 tahun 9 bulan, merupakan penuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin di peringkat diploma sem dua dan masih single lagi, (of course) :P

korang kena selalu view blog aku sebab nanti aku nak jual baju korang tauu.. hehe. ni betul ni. tak tipu. 
and kalau anda seorang yang suka membaca tak kira apa jenis cerita sekalipun, maka pilihlah blog aku sebagai blog list korang . kebelakangan ni memang aku kurang aktif sikit. tapi in sha Allah aku akan mula balik menulis secara kerap macam zaman-zaman dulu. ehhe.

impian aku masa mula-mula create blog ni? aku pada asalnya tak de hala tuju sangat punn.. saje je suka-suki. tapi bila dah pergi ziarah blog - blog otai ni, tetiba pulak aku ada satu azam untuk berjaya macam diorang jugaakk. but yang paling penting apa yang aku kongsi kat blog ni tujuan aku supaya orang lain boleh ambik manfaat dari situ .. ada la jugak saham aku yang berjalan nanti even aku dah ada dalam kubur.. in sha Allah.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...