Kenapa Manusia Suka Menyusahkan Diri Sendiri??

,20:06 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
look. firstly, aku bukan nak kondem sesiapa. bukan niat aku nak mengutuk sesiapa. aku just tulis post ni secara umum.

apa yang aku maksudkan dengan "menyusahkan diri sendiri" ?? sebenarnya, tanpa kita sedari, kita sendiri banyak je buat benda yang susahkan diri sendiri, yang mana kadang-kadang benda tu tak diperlukan pun sebenarnya.

kalau aku nak listkan sume, memang takkan habis la jawabnya. so, hari ni aku just nak fokus pada PEMAKAIAN TUDUNG. hijab. or anything else la yang korang panggil. tapi, secebis kain tu kadang-kadang mampu merosakkan mood hari kita. secebis kain itu kadang-kadang mampu menurunkan level of self confidence kita. secebis kain itu kadang-kadang boleh buatkan kita menyumpah-nyumpah depan cermin. now, tell me. am I right, ladiesss??

mengaku je lah. ... setiap makhluq yang bernama MUSLIMAH mesti pernah alami masalah dengan pemakaian tudung. huhuhuuu. even aku yang pakai tudung yang paling simple and senang untuk disarung ni pun , kadang-kadang penat jugak nak melayan kerenah tudung tu.


http://images03.olx-st.com/ui/11/24/52/1303471234_191342252_1-Pictures-of--TUDUNG-LABUH-KOSHIBO.jpg

yes. gambar disebelah tu menunjukkan jenis tudung yang paling common aku pakai. haa jangan nak mengata aku ni nak menunjuk pulak. Allah je tau niat dalam lubuk hati aku , ye kawan-kawan? 
aku kalau nak pegi kelas memang tudung ni yang jadi pilihan. senang . mudah. cepat. woii.. woiii ..aku tak meniaga tudung hokeyyy...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dan kebanyakan housemate aku and coursemate aku pula , tudung ni yang jadi pilihan mereka.. ada je yang pakai tudung macam aku tu.. tapi sikit sangat la kalau nak dibandingkan dengan tudung bawal or tuduung bidang tuu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

persoalannya, kenapa mereka suka susahkan diri mereka??
actually, timbul persoalan ni dalam diri aku sebab malam ni roomate aku ada majlis Dinner anjuran senior kos dia. ada lah temanya. so, roomate aku memang struggle la jugak dalam nak pilih pakaian tu.. sampaikan nak beli baju baru. nak beli tudung baru.. sanggup tuu pinjam dengan kawan sebab nak matchingkan. hahahaa.. then dia pegi pulak bilik kawan dia semata-mata nak suruh kawan dia make-up kan.. kihkihkihh.. pastu selama ni tak penah penah pegi kelas pakai shawl, malam ni busy melilit shawl dia. terkejar-kejar pulak nak solat maghrib. katanya senior suruh berkumpul pukul 7:35. huishhh awal gile.. sempat ke nak solat maghrib cik akak oiii.. apa ingat bilik kitorang ni 10 langkah je ke dari tempat nak berkumpul tuuu..?

manusia..manusia..
kenapa perlu menyusahkan diri sendiri pada perkara yang tidak sepatutnya?
banyak lagi kott benda yang korang boleh buat daripada korang duk busy usha tutorial melilit shawl di youtube tu.. takk.. aku tak cakap salah. aku tak cakap takleh pakai shawl. aku cuma pelik. hairan. taajub. (pehh. tu dah lari maksud)
pelik sangat dengan manusia zaman sekarang. menutup aurat itu senang, jangan jadikannya susah.

nasihat ni aku tujukan untuk diri aku sendiri jugakk.. moga-moga kalau suatu hari nanti, aku tergerak hati nak cuba melilit-lilit shawl, bila aku tengok entry ni balik, aku jadi insafpp. (fuhlamak walawehh..)
 

[VIDEO] How Australian Think About Muslim?

,10:17 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
 
  series aku terkedu. terharu sangat bile tengok video ni tadi.. tak sangka rupenya kat australia pun, orang Islam masih dipertahankan oleh non Muslim. paling aku suke ayat "if you dont like it, go live somewhere else! but these people belong here"
dan kebanyakan orang yang nampak kejadian tu mesti akan cakap "Hey, leave her/him alone!"
 
 
the video below show an experiment to know what would the autralians do when a muslim is being insulted and accused about terrorism.
please do not misunderstand about the guy who bothered the muslim.
enjoy this video!!
 



 

Ada Orang Risik Aku??!

,07:44 | 5 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
ceritanya bermula apabila aku dibawa ke suatu tempat oleh ayah aku. masa tu mak aku tak ikut pun.. sesampai je kat situ, kitorang jumpe sorang pakcik ni.. katanya anak dia la yang nak 'risik' aku.. so kitorang pun duduk le kat situ bersama pakcik tu, sembang-sembang ape ntah aku pun tak ingat.

then, beberapa saat lepas tu, ayah aku dan pakcik tu pun pegi somewhere dan tinggalkan aku kat situ yang mana aku sendiri tak tau apa sebabnya berlaku keadaan sedemikian rupe.. .. kehkehkehh.. dan setelah sekian sekejap aku duduk disitu, datang la sorang lelaki niii.. tetibe je duduk depan aku. okeyy.. die ni keee? aku kenal die niii... arghh ape die buat kat sini??
ehh? ke dia orang yang nak risik aku tuu? kitorang pun berbalas-balas pandangan la buat seketika. tapi apa yang peliknya,.. tiap kali aku pandang dia, dia mesti tak pandang aku. dia buat-buat pandang kat tempat lain. pastu bile aku pandang kat tempat lain, sibukkk pulak dia nak tenung aku. huh. so, sepanjang aku ngan dia duduk situ, pandangan mata kitorang tak pernah bertembung.  ooookeeyyy... kes main tarik tali apakah iniii??

jadi.. setelah 'perjumpaan' tu selesai, kitorang pun pulanglah ke rumah masing-masing. tapi aku bukan balik rumah taww! aku balik asrama kediaman aku kat UniSza ni hahh.. dan keesokan harinya, aku dapat berita yang semua orang dah bersetuju nak satukan aku dan dia.. including me, okey! aku pun pegi bantai cakap setujuu!! ihhh ape ke bengap la ko ni aisyah.. eh!eh! betol ape.. aku belajar fiqh munakahat, ade hadis nabi yang cakap, kalo ade laki datang mintak, and kite tengok die takde lah teruk tahap penagih dadah or kaki pukul pompuan, sebaiknya kite terima je lah dia. haaaaaa ... kann?? so aku terima je lah..

dan sebaik sahaja aku tersedar dari mimpi tu.. aku terus bergolek-golek atas katil dan tendang kaki aku sambil jerit dalam hati kuat-kuat "IIhhhhh.. taknak ahh dia tuuu!! dah la tak hensemm.. perasan pulak tuuuu!!!"  aku tak leh nak jerit betul-betul, nanti roomate aku dengar wehh. bhahahahaaaaaaa..

ni cerita malam semalam ekcelli.. tapi aku baru sempat nak update hari ni sebab semalam kelas full dari pagi sampai la malam. series ase cam nak pengsan.

dan pasal mimpi aku tu tadi, dalam mimpi tu, aku masih duduk kat bilik yang sama aku duduk sekarang ni, dan roomate aku pun sama. so, mimpi tu seolah-olah berlaku betul betul pada masa sekarang ni.. bukan sem depan! bukan tahun depan! tapi tahun ni! sem ini!! aduyyyhh. yayyy.. aku tak mao nikah lagi.. aku masih muda. ihh.. tak sanggup gue. tak kuasa I.

kenapa laaa aku boleh bermimpi sedemikian rupa.. ya Allah.. selamatkan aku dari tipu daya syaitannn..! AMINNNN..!! hapuskan si dia dari mimpi aku.. tak nak dah bagi dia masuk mimpi akuu! seramm woooo.. nightmare!!

so, korang-korang ada jugak ke yang penah mimpi camni?? kalau ade, boleh la share-share dengan aku sikitt.. hihiii..
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...