Hilangnya Sebutir Mutiara...

,22:49 | 1 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
tadi tengah lepak ngan roomate dalam bilik. pastu roomate yang tengah baca wassep,  tetiba tunjuk henfon die and tanye "betul ke ni?" 

aku tengok sekilas. ade secebus ayat yang menyatakan bahawa TGNA sudah kembali ke rahmatullah.. masa tu, aku tak berapa nak percaya ah .. then bila aku bukak wassep kat fon aku pun, banyak grup-grup yang hantar mesej dan gambar pasal pemergian TGNA tuu. 
Allahu... 
tak tahu nak cakap apa dah.. selama duduk kat kelantan, baru beberapa kali je aku bersua muka dengan tok guru..  Allah.. 

perginya pada malam jumaat.. 
tarikh yang sama shahidnya Imam Hassan Al-banna. 

masa tengah tengok2 wassep tadi, roomate pun tanya.. 
"hassan al banna? sape tu?"

aku bangun. capai al-Quran terjemahan dan bukak zip. aku amek maathurat sughra yang aku letak kat belakang kulit al-Quran tu . tunjuk pada roomate. 
tuuh. nama imam Hassan al banna. tertulis jelas pada al-Maathurat. 

Allahu Akbar.

1 comment:

  1. SALAM DAN HI , JEMPUT UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' MENANGI HADIAH LUMAYAN SEBUAH IPHONE 5S ORIGINAL DAN HADIAH-HADIAH LAIN. ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...