Try Resipi Aiskrim..

,19:47 | Comment
ingat tak ari tu aku ade post resipi aiskrim yg aku amek dari FB tu?? tengok >SINI<.. nahh..hari ni baru nak try cuba test buat. haha.. *sila abaikan ayat tunggang langgang aku.*
and.. nak kongsi a few picture..


 
mase ni duk tengah mix lagi.. kembang 2X ganda woo...


now ready to get into the fridge! *eh. betol ke aku tulis nih?


yg ni satu bekas lagi. banyak woo boleh dapat dengan resipi tu. .. kire macam beli kat kedai yg dalam bekas tu lah..yg bekas besar tu,bukan bekas kecik. 
(ya Allah.... apasal la merapu je ayat aku hari ni.)
ok lah! nak share tu je! and tak sabar nak tunggu die keras ..esok la kot baru boleh makan. tapi kalau iman aku tak cukup kuat, mau malam ni jugak aku habiskan! hehe...

Feed buat hal lagi......

,22:24 | 2 Comment


wahai feed blog yg ku sayangi, cari pasai nampak??


adoiy... tak tau nak buat ape dah.. fenim..fenim..

Kelantan Darul Miskin??? benarkah?

,21:42 | Comment
Assalamualaikum.....
 
nothing to say ekcelli. juz nak share something yg aku dapat dari FB...
 
 
SEBARKAN !!:: KELANTAN DARUL MISKIN ::.

Di negeri miskin itulah,
Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat.

Di negeri miskin itulah,
Jual beli dihentikan bila azan berkumandang..

Di negeri miskin itulah,
Selebriti wanita popular tanah air bertudung ayu..

Di negeri miskin itulah,
Berebut ibu ayah mendaftar anak di Maahad..

Di negeri miskin itulah,
Diperkenalkan sistem gadaian Islam Ar-Rahnu menolak riba..

Di negeri miskin itulah,
Kerja 5 hari seminggu mula berkuatkuasa..

Di negeri miskin itulah,
Hari Jumaat dijadikan hari menuntut ilmu agama..

Di negeri miskin itulah,
Cuti bersalin mula ditambah dari 40 ke 60 hari..

Di negeri miskin itulah,
Elaun Menteri Besar dipotong untuk Tabung Serambi Mekah..

Di negeri miskin itulah,
Amalan memberi cenderamata kepada pemimpin dihentikan..

Di negeri miskin itulah,
Waktu bekerja pada bulan Ramadhan dipendekkan..

Di negeri miskin itulah,
Cuti iddah diberikan khusus kepada kakitangan wanita yang kematian suami..

Di negeri miskin itulah,
Tak mungkin sekali kelihatan pawagam dan tempat hiburan..

Di negeri miskin itulah,
Papan tanda cara menjaga aurat ditayangkan..

Di negeri miskin itulah,
qaryah ramadhan dibina..

Di negeri miskin itulah,
Peringatan waktu solat di sepanjang jalan..

Di negeri miskin itulah,
Ramai orang mula mengenal Tuhan..

Di negeri miskin itulah,
Lahirnya tokoh-tokoh islam terkenal..

Pernahkah anda melihat kesederhanaan seorang SULTAN dan RAJA sebuah negeri di Malaysia?

YANG BERKOPIAH dan sekadar BERBAJU MELAYU serta BERKAIN PELIKAT itu adalah SULTAN MUHAMMAD V, "Sultan negeri Kelantan Darul Naim". Di sebelahnya yang BERJUBAH PUTIH dan BERKOPIAH adalah MENTERI BESAR negerinya.

Satu kombinasi yang mantap! Inilah Pemimpin dan Sultan dambaan rakyat jelata. Bertuahnya rakyat negeri Kelantan Darul Naim yang memiliki pemimpin dan raja yang hatinya bertaut dengan ISLAM.

Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!!!
 
ekcelli aku rase post ni dah lame tersebar.. (aku rase la.....) sampai aku pun konpius sape penulis sebenar post ni. heheee.. btw, yg ni aku amek kat >SINI

so,kalau korang nak bukti yg lebih 'padu' lagi, boleh ler klik link tuh. banyak giler komen, ...hehe.

sebagai rakyat kelantan, aku amat bangga dengan negeri aku sendiri.. and setiap orang ada hak nak puji negeri sendiri. bukan la aku nak cakap yang negeri lain tak bagus, negeri aku je yg bagus... no,no,no.. tidak sama sekali.

Resipi Aiskrim!!!!

,21:13 | Comment

resipi ni Isya dapat kat Page ni.. > Buku Resepi<

waahhh.... lepas ni boleh la buat aiskrim ssendiri!! semalam baru suruh Umi beli ovellette. hehe...

Resepi Aiskrim coklat
Oleh: Naimah Md Ludin

1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 tin air (guna tin susu)
1 biji telur
2 sudu besar ovellete
1 sudu besar coklat emulco
1 sudu kecil asen vanila
1 sudu besar tepung jagung

cara:
masukkan semua bahan dalam mixer
(kalau nak buat pelbagai perisa jgn masukan perisa masa mix..bila dh kembang baru asingkan dan cmpur perisa kegemaran)
pukul dengan kelajuan perlahan selama 5 mnt
pukul kelajuan maximum selama 10-15mnt
adunan akan kembang 2-3x ganda (hampir penuh mixer)
bila adunan dah pekat boleh masukkan dalam bekas
sejukkan dalam peti semalam.

Selamat mencuba! :)

SEGMEN REVIEW PERCUMA

,22:01 | Comment

hai! dah lame tak join segmen! tapi segmen ni sempoi sangat. sebab tu Isya rase nak join. sape nak join, boleh klik banner.

Saya Sayang........... Tok Guru!!!!

,21:42 | Comment
 
 
ya Allah... air mataku hampir menitis setiap kali melihat gambar ini. Hanya ucapan TERIMA KASIH yg mampu aku hadiahkan buat TGNA. ....
walaupun hati ni berat nak lepaskan, tapi aku Redha.. segala ketentuan itu punya hikmah tersendiri. 
 
Tok Guru, saya saaaaaaaaaayang Tok Guru!!!

"Dakwat Kekal" ...

,20:55 | Comment



Assalamualaikum..
Hehe.. Banyak la aku punya dakwat kekal.! SPM pun tak lepas lagi, dah berangan nak pi mengundi. Ekcelli tu dakwat colour magic. Tadi aku maen conteng-conteng kat whiteboard, pastu takde duster, aku sapu la pakai tangan. Huhu...  
 
Takpe2.. Angan2 boleh jadi Impian.. Dan impian boleh jadi Kenyataan.. So, tak salah aku berangan, kan.......???

and I got something for U guys!! the funniest video ever after GE13. make sure u guys watch this!!!

 


 Ya Allah... bantu kami ya Allah...


Kosong... Kosong...

,00:27 | Comment
 
 
Seriously malam ni rase 'Kosong' yang teramat sangat. rase nak nangis pun ade.
hurm..korang paham-paham sendiri la kenape aku rase cam nak berguling-guling atas lantai sekarang ni. huuuuu...

p/s : mungkin Allah masih mahu menguji kita... sejauh manakah pergantungan kita kepadaNya. Allahu Akbar!!!

Attention! kalau saya boleh jerit melalui laptop ni maybe saya akan jerit untuk pangil anda supaya bace Entry saya. Untuk kali ni sahaja. (sorry tajuk panjang. sebab saya tak tau tajuk ape yang sesuai untuk post ini. SPEECHLESS.)

,08:28 | 6 Comment
Assalamualaikum..


Saya.Tak.Bodoh. dan saya nak korang tahu yang korang pun tak bodoh. so, jangan biar diri anda diperbodohkan.

tadi, saya bukak FB. dgn semangat berkobar sebab nak tengok post kawan2 memandangkan hari ni HARI PENENTUAN. tangan tidak berhenti dari menge'like' status2 itu semua..
 tetiba saya ternampak salah sorang friend di FB shared status sebuah fanpage ni. and i was really shock! dalam hati cuma Allah yang tau..

cuba korang tengok gamba kat bawah ni and bace status tu..

tak rugi luangkan masa sekejap untuk bace ni.. 

 lepas je bace status tu, I was like.. 'wah.. so lucky of him!' so, saya pun tekan la kat gambar tu untuk tengok and bace komen2 disitu..ramai yang bertasbih, memuji dan mengagumi kejadian itu, termasuk saya. tapi, ada juga yang mushkil dan mahu tahu lebih lanjut tentang kejadian yang berlaku. tak salah , kan? ye la..kalau kite tak tau, kena lah tanye orang yang lebih tahu. dan kalau kita tahu serba sedikit, apa salahnya berkongsi dengan orang lain.

Dan Alhamdulillah... jawapan ini yang diberikan oleh 'tuan punya fanpage' itu..



Subhanallah... saya hanya mampu berharap semua ini adalah kenyataan..saya tak mampu nak nafikan, dan tak mampu juga untuk mengiakan.. hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.. saya hanyalah manusia yang serba kekurangan. kurang Ilmu agama.. and for your Information, ekcelli Fakhrul Radhi ni johan Akedemi Alquran musim ke3. ahli kumpulan nashid UNIC. hehe.. sorry bang, saya printscreen .. minta izin...
takde niat jahat.. juz nak share dengan semua orang..

kalau nak tengok post 'asli' , boleh klik >SINI< !!!!
 
 
and video ni.. saje je letak. walaupun saya belum cukup umur nak mengundi..hehe.
Selamat Mengundi!!!


insan bertuah itu ... yang berada di tengah. hehe.


(sisipan)
sebelah sini muslimin. sebelah sane nunnn jauh, muslimat.nampak tak?

alhamdulillah.. Stadium . bukan hanya untuk main bola. tapi boleh dijadikan tempat beribadah. 
Ini lah STADIUM SULTAN MUHAMMAD , KOTA BHARU, KELANTAN.
I'm Proud To Be 'Anok Kelatey'..

Ustazah Siti Nor Bahyah (Semanis Kurma) : "INI KALI LAH!!!"

,17:22 | Comment
ASSALAMUALAIKUM..

Ustazah pakai baju pepel.. hehe.


hai semua!! tadi Isya bukak FB.. tengah syok jenjalan tu, tibe2 jumpe gambar kat atas ni.
then, I was like... wah..... ustazah pun cakap 'INI KALI LAH!' ..

hehe.. so, sila nilai sendiri gune akal yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda semua..

(ustazah jangan marah saya printscreen ekk...)



Flashmob..

,13:30 | Comment
 

best tak Flashmob >nih! baru tadi aku tengok kat FB.hehe..
 
 





A Werewolf Boy. sedihhhhh...giler cite ni!

,13:08 | 1 Comment
Nangis... sob. sob. sedih sangat citer Werewolf Boy ni. yang part last tu.. huaaaa.... cian kat werewolf boy tu. utk yg belum tonton lagi tu,ekcelli citer ni ialah korean movie. best..
tapi... kenapa perlu sedih sangat sampai macam ni??? huhuu.. ok lah, kalau korang nak tengok, boleh usha kat >SINI< !!!

actually aku tengok sepintas lalu je sambil2 on9. tu pun dah rase nak nangis dah. . tak tau la kalau aku hayati betul2, maybe mata aku akan bengkak kot.. hehe.

and from my observation.. sinopsis citer ni lebih kurang camni,..
ade 1 kuarga ni,baru pindah kat 1 rumah, then jumpe ngan Werewolf boy tu. and salah sorang ahli kuarga tu , pompuan, yang lebih kurang sebaya ngan werewolf boy tu, mula2 tak suka ngan dia. tapi mak die kesian kat die, so kuarga tu pon jaga la die buat sementara. pastu lama2 die train werewolf boy tu, (macam train anjing gitu) ,then die dah mula rapat ngan werewolf boy tu. and bla..bla..bla.. perkara ni pun sampai la kat pihak berkuasa .. polis, and so on. so, diorang cam taknak serigala ni cederakan orang, dia nak tangkap la. tapi pompuan tu bawak werewolf boy tu masuk lam hutan supaya polis tak jumpe die. and then the family decide to leave the house.

but sebelum diorang pergi,memang pompuan tu sedih nak tinggalkan rumah tu and werewolf boy. bile sume orang dah ciap2 nak pindah, die sempat lagi amek buku and tulis kat situ , " wait. I'll come back" lebih kurang la...

and beberapa tahun selepasnya.. ...... pompuan tu balik semula ke rumah tu. and guess what? dia dah ade cucu , ok!! cucu die tu pon dah sebaya die mase mula2 citer ni stat. and die juz nak bermalam 1malam je kat umah tu ekcelli. and then, malam tu. die pun jumpe la ngan werewolf boy tu. werewolf boy tu hulur kertas yg die tulis sebelum die pindah ari tu. soooooo sad ! pompuan tu nangis,, sebab die cakap die tak tau and tak sangka pun yang werewolf boy tu sanggup tunggu die selama tu.. and the best part is, werewolf boy tu masih muda. cuma pompuan tu yg tua. hehe.. 

wow! aku ingat nak tulis sinopsis ringkas je tadi. tetibe jadi panjang pulak. sorry ek..tapi tak tau la betul ke tidak sinopsis aku ni. sebab aku tengok skip2 gitu. tapi lebih kurang la.. kot.
 btw, citer ni..... best sangat2!! korang mesti tengok,tau!!!!!!

Cerpen Bersiri : Hey,You! Jangan Sentuh Aku. Bab 5!

,19:46 | 3 Comment

assalamualaikum.. Hai all.. selamat hari pekerja. saya nak ambik kesempatan ni untuk update cerpen saya yang dah berhabuk tu. hope u guys masih sudi membacanya. sorry sangat2 sebab lambat update.. sorry.sorry.sorry.sorry. *nyanyi lagu "sorry sorry-SUJU".* haha. ok. enjoy this!!



             Pandangannya dilontar jauh ke dasar kolam renang di halaman belakang rumah. Terasa kedamaiannya seolah-olah berada di situ. Dari balkoni, dia berjalan perlahan-lahan menuju ke meja tulis. Tangannya ligat mencari Samsung Galaxy S3 di sebalik timbunan kertas di atas meja. Nombor didail dan dia menekupkan telefon itu ke telinga.

             "Hello..."

             "Hello. Ada apa, Am?"

             "I nak keluar kejap ni. U nak ikut?" Bukan sengaja Irham mahu menggatal dengan anak dara orang , tetapi keadaan mendesaknya berkelakuan sebegitu. Pernah sekali dia terlupa mengajak Wawa keluar makan bersamanya, dia langsung dihamburkan dengan kata-kata kesat ayahnya sebaik sahaja tiba di rumah. Jika bukan kerana ayahnya juga, dia tidak akan pernah mahu berbaik-baik dengan gadis segedik Wawa. Jauh sekali mahu keluar berdua-duaan.

             “Sorry la, Am. I tak boleh ikut U. Kaki I sakit lagi ni,” Wawa bersuara manja, cuba mencari perhatian Irham.

             “Oh… Kalau macam tu takpe la. I boleh pergi sendiri, “ Saat itu sebenarnya Irham terasa seperti mahu sahaja melompat-lompat di atas katil dan menyanyikan lagu ‘Wonderpets’ sekuat hati. Namun, nada dan intonasi suaranya dikawal agar menyerupai seseorang yang baru kehilangan seguni barang kemas.

                                                                                                      Go to Part 6>

and untuk senarai2 BAB2 sebelumnya dalam cerpen / novelette bersiri ni, sila klik kat >SINI<...

Yes!!! 'Hero Melayu' Lebih Gentleman!

,19:59 | 4 Comment
 
 
 
Entry ni adalah susulan daripada entry aku semalam yg bertajuk " Mat Bangla : Gentleman sangat ker...? " .. yang mana kejadian tu berlaku pada hari Jumaat lepas. and Hari ni. AHAD, Allah telah memberikan jawapan kepadaku..

Nak dijadikan cerita, tadi bas sekolah aku rosak tengah2 jalan tau! pastu pakcik tak sempat alihkan betul2 ke tepi. so, jalan raya SEDIKIT terganggu. then, korang tau ape pakcik bas aku tu cakap?? "Cube pegi tolak ramai2.." 

What the heck ?? for your information, semua penumpang bas masa tu 100% PEREMPUAN, ok!!! tapi kitorang akur jugak lah, .. cuma kena ambil masa jugak nak pujuk diorang yang berlagak ayu konon takut jatuh maruah sebagai wanita Melayu sejati.. what?? Islam tak larang pon perempuan tolak Bas ... kaaaaaaannn?????

lastly, ade la 7-8 orang yang sudi tolak bas tu. including me and my friend!! hehe... tapi seriously! tak bergerak langsung pun.!!! i mean, bergerak la jugak 1cm, then dia terundur balik!!!! sakit ati tau tak!... 

and masa tu lah datang seorang Hero Malaya yang sudi membantu kitorang.. nampak uniform macam Pak guard or something like that... or.. we can call him 'pakcik'.. tanpa berbasa - basi, die terus tolong bas tu.. 
and the result, is? terus bas tu bergerak .. laju wei.. tolak ramai2 memang best! rase macam aku sumbangkan tenaga jugak utk tolak bas tu. .. huhu.. padahal pakcik tu yang paling kuat tolak. 

ye laa... kudrat seorang wanita.. setakat mane sangat , la kan...?? tapi takut jugak aku nak tolak kuat2.. perempuan kena jaga organ dalaman.. .... . . . hehe.

hanya ucapan 'terima kasih' kitorang boleh kata kat pakcik tu. .. thanks pakcik......... wahh.. punye gentleman kan?? so, for me, Hero Malaya lebih Gentleman daripada Mat Bangla!! huhuuu.. tak perlu banyak basa - basi, terus tolong. yey!! pendapat korang, plak?????


Mat Bangla : Gentleman sangat, ker.....?????!

,09:14 | 2 Comment
 



Nak dijadikan cerita, pada suatu petang yg damai, aku kuar ngan kakak aku, pi belaja naek motor., hehe.. walau umor aku sudah mencecah 16 tahun 3 bulan lebih, tapi jarang giler naek motor! tu yg mintak kakak ajarkan. lepas ciap blaja and aku lulus,(yey~!) die cakap die nak pigi kedai , nak topup pulak. aku pun, bonceng je la motor tu. dia yg bawak.

 dah selamat sampai kedai and beli topup sume tu, tibe2! bila try nak start motor.. tak idup pulak wey! kitorang tak gelabah pon.. dah memang motor tu selalu buat hal.. and memang susah nak stat. aku dengan selamba je tunggu kakak aku yg sedang terkial2 stat motor tu. hurm... motor 90-an.. gini la jadiknye..

then, tetibe muncul sorang Mat Bangla yg baru je lepas beli topup jugak , and die tengok kitorang ngan muke pelik. mase tu actually die nak masuk lam kereta die yg diparking betol2 tepi motor kitorang. cheh! apsal pulak mat bangla ni parking kat sini? lepas tu, dengan muke yg hampir tergelak , die bagitau kakak aku : 

"Boleh ker?"
"Nak saya tolong?"

kakak aku pun, ape lagi? terus geleng kepala sekuat hati. "takpe..takpe.."
 mase tu memang aku nampak dengan jelas air mukenye yang tak berapa senang dengan kehadiran mat bangla tu.

 beberapa saat lepas mat bangla tu masuk dalam kereta, kitorang ingatkan die nak pigi dah. upe2nya, die ni ngada2 pulak, nak masukkan topup kat situ . woi.. tak boleh tunggu sampai kat umah ke, woi??? 

mase tu memang aku pun serabut habis dah. banyak songeh punya mat bangla! hampir seminit, die pun cam nak blah jer dari situ. but, korang tau tak?? sempat lagi die turunkan cermin kereta, and cakap : 

"Kalau nak suruh saya tolong stat, boleh jugak."
pastu, boleh die bantai gelakkan kakak aku. (pelempang, kau nak?)

adoooooiii.. die ni memang tak paham bahase kot.. dah memang obvious sangat kot, air muke kitorang yg mengatakan "blah la mat bangla oiii...blah! blah!"

sekali lagi kakak aku terpaksa geleng. ayat yang same dikeluarkan. "takpe..takpe.."

maybe mat bangla tu frust kot, die pun terus blah dari tempat kejadian. selang beberapa saat, motor dah idup dah... saje je nak kenakan kitorang , ekkk....

So, berdasarkan kisah aku ni, korang rase, Mat Bangla ni, Gentleman sangat kerrrrr.........?????! :p


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...