"Takyah takut lahh.."

,10:02 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

  

semalam aku pergi bank BSN, nak buat kad , akaun dah lama ada. pastu macam biasa lah kan, isi borang, ambil nombor, pastu pergi kaunter. lepas akak kat kaunter tu siap proses borang-borang tu, dia mintak la tangan aku nak ambik cap ibu jari. aku hulur la, pastu kan ada banyak helai yang kena cap jari. then masa helaian ke berapa entah, aku ingat dah habis dah, so aku tarik la tangan aku balik. tapi ada lagi rupanya borang yang nak dicap. so, kalau akak di kaunter tu baik hati, at least cakap la "tak siap lagi ni ." ni tak, aku dapat akak yang cakap "tak payah takut lah" dengan muka toya tahap cipan kebuluran.

eh. bila masa pulak aku cakap aku takut hah? ingat aku tak tahu ke ko nak cap ibu jari aku , je? apa ingat aku tak pernah pegi bank? ishh.. geram betul aku dengan pegawai tu. eyy.. aku mention nama dia dengan cawangan BSN mana, baru tahu! aku ingat tau nama dia. hahahah... tapi takpe lah, nanti kesian pulak kat dia.

ekcelli 'dialog' tu aku dah pernah kena dah dulu. kat BSN cawangan ni jugak.. ayat yang sama 100% ! ish! BSN ni memang tagline dia "takyah takut lah" kerrr? masa tu aku first time pergi bukak akaun BSN. benda yang sama berlaku. aku masa tu budak lagi, tak tahu la dia nak cap ibu jari sebab kaunter tu kan tinggi yang amat. ayah aku yang tukang bercakap dengan pegawai bank tu. aku pulak buat derk aje lah, pandang sana, tengok sini. tetiba ayah aku cuit aku. bagi isyarat tangan aje. aku ni yang first time pegi bank, memang la tak tahu... terus pegawai bank tu cakap "takyah takut lah.." iiyy.iyhh.iyhhh.. masa tu terasa gak nak luku kepala akak tu.

even guard kat BSN tu pun, orang tanya sepatah, dia jawab sepatah. aku pun jadi malas nak gi tanya dia.
 ok. tu cerita BSN. sekarang ni bukan aku nak memburukkan mana-mana bank, tapi aku cuma cakap perkara betul. as a customer, kita ada hak, kan? orang dah bayar gaji diorang, bukan untuk buat muka cam panda demam. tapi untuk layan kita baik-baik. dah kalau orang tanya, jawablah betul-betull!

ni aku nak cerita pasal BANK ISLAM pulak. 

aku pergi nak bukak akaun. guard kat situ bagus woo.. dah agak tua, kalau aku boleh la nak panggil 'pakcik' .. masa pergi tu, terus dia tanya "nak ...?" Umi pun jawablah "Nak bukak akaun.." dia pun ambil borang , belek satu persatu, cakap yang ni kena isi, yang ni tak payah, pastu tandatangan apa sume. bagus! tapi masa tu aku blur sikit. hehe.. so, lepas isi tu, ada yang aku tak tahu kena tandatangan ke tak, aku gi tanya balik dengan abang aku. dia pun cek la sekali lagi, pastu cakap kat mana kena tandatangan. 

so, siap isi, tak payah ambik nombor lagi, dia suruh pergi kaunter kat belah hujung tu .. untuk yang baru nak bukak akaun rasanya. dah duduk tu, pegawai lelaki tu , ya Allah... kalau korang tengok muka dia pun, korang akan pikir dia ni baru lepas mati bini!! dah siap dia cop borang aku tu sume, dia pun cakap lah, pergi ambik nombor. aku pun terus blah macam tu aje . nak ucap 'terima kasih' pun terasa lekat kat kerongkong aje. huh.,

pastu, pergi la ambik nombor dan tunggu. eh. tak payah tunggu pun. memang masa tu kaunter kosong. so, terus kena panggil. 'abang' tu kira okey la,.. tapi tak mesra alam sangat. humm.. lepas dia siap proses borang tu, dia suruh pergi kaunter lain pulak. aku pun pergi la. pegawai lelaki. dalam 30-an kot.. dia ambil borang ku pastu suruh aku masukkan nom pin kad. aku pun , biasalah kan, first time buat kad. buat ni pun sebab nak masuk Uni dah. kalau tak, memang takkan buat kad lah.. so, aku agak flustered la masa tu. dia pun terangkanlah dengan senyum, suruh masukkan nom pin ni, untuk guna masa nak ambik duit kat mesin ATM , aku pun angguk je .. hehe, aku tau je sebenarnya nom pin tu untuk guna di mesin ATM , aku tanya tu sebab dia cakap suara perlahan sangat. aku tak sure lah dia suruh masukkan nombor apa. tu yang ternganga kejap tu. tapi best la 'pakcik' tu.. dia senyum aje sambil bercakap dengan aku. aku pun otometik jadi senyum. dah siap tu, aku pun cakap la "terima kasih" .. haa,, .. tengok la tu, kita kalau buat baik dengan orang, orang pun buat baik dengan kita. kalau kita ni nak jawab pertanyaan orang pun macam ada jongkong emas dalam mulut, orang pun jadi malas nak senyum kat kita.

jadi, for those pegawai bank kat luar sana, aku nak nasihatkan la sikit, korang kalau tak mau kena cakap banyak, resign je la! pergi ambik jala, tangkap ikan kat laut. nah.. kat situ, tak ada orang nak borak dengan korang sebab takut ikan lari!
 

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...