Ape kaba
semua??
Hum..hari ni
nampaknya kabar Isya tak berapa nak baik laa..sedih tahap gaban kot..ye
laa..ingat lagi tak,Isya janji nak update pasal holiday 4hari tu dari semasa ke
semasa?? Masa tu bajet nak tulis post panjang-panjang la..taruk gambaq banyak-banyak..
hesh!banyak gile kot Isya amek gamba mase pi holiday hari tu and memang cadang
nak letak dalam blog nih. Last-last,bila balik rumah,kabel wayar kamera pulak
tak tau la pi makan angin kat mana..tak reti-reti nak balik rumah!habes sume
gambaq tak boleh nak pindahkan kat dalam laptop ni hah.
Isya pun faham..ape la ertinya post yang panjang
berjela,tapi sebutir gambar pun tak dak! So,Isya decide nak tulis simple post
je la pasal holiday tuu.. L
Ok,actually holiday ni adalah Family Day yang diadakan
oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Camane pulak Isya boleh
join??ehhee..ayah Isya kan keje di bawah company tuh...so,tiap-tiap tahun Isya
ngan family join program ni. Gile tak mau join!sume belanjawan anda ditanggung
100% ok! Nak pi travel jauh-jauh pun takpe..Duit Minyak : claim ikot resit.
Makan : biase dia tempah buffet kat cafe
hotel.pastu bagi pulak duit makan RM300. Penginapan?paling tak payah
risau..memang dah di-booking awal-awal.
Tapi yg buat Isya heran..biase dia buat kat 1tempat
je..macam taon lepas Bukit Merah,Perak.Taon lepas-lepas(2010) kat Cameron
Highland. Tapi taun ni Isya tengok tentatif tu,3negeri dalam masa 3hari beb!!
Wah3..
takde lah grand sangat kot.pasai apa
3negeri?Isya tanye kat ayah Isya..tapi tak de jawapan yang jelas diterima. Isya
tau sepenuhnya pasal Konvoi Hari Keluarga PMBK ni pun mase tengah-tengah
perjalanan..
Konvoi ni akan jelajah kat 3negeri iaitu :
1-Rompin,Pahang . 2-Pulai,Johor. 3-Melaka.
ROMPIN,PAHANG :
>actually takde hape sangat yg menarik.juz konvoi
beramai-ramai bersama warga PMBK dan kereta Isya tersesat seketika.tapi akhirnya
selamat sampai di Rompin Beach Resort. Bilik paling murah je kot.sebab nak guna
untuk tidur semalaman je.malam tu wat BBQ reramai. Bakor ayam,ikan ,ketam and
udang. (Isya kempunan udang,tak sempat nak merasa,habis dikebas orang!)
Pastu keesokan hari,bangun pagi-pagi,pegi tempat
parking kereta,. “oish!!apsal ramai sangat orang ni?” setelah Isya
tinjau-tinjau,barulah ku tahu,rupa-rupanya kat sini adalah tempat pertemuan
antara Kumpulan PMBK dengan Kumpulan R.. Kumpulan R tu amende?? ‘R’ tu merujuk
pada ROYALTI!! Diorang datang sebab nak tuntut royalti minyak laa..Korang mesti
tau kan pasal royalti minyak negeri kelantan?kalau tak tau,pandai2 la korang
Google.malas nak habaq.
Kumpulan R ni actually tengah buat Konvoi
Royalti : Jelajah Malaysia. So,kumpulan PMBK pun bergabung la dengan Kumpulan
Royalti.Konvoi reramai memang bez bez bez giler!! Dari sumber yang boleh
dipercayai,about 40-50 buah kereta berkonvoi.,tau tak?untuk menunjukkan yang kitorang
ni tengah tuntut hak kitorang sebagai rakyat kelantan, sume kereta ditampal
stiker royalti besar-besar.pastu sepanjang perjalanan kitorang pasang lampu
signal kiri and kanan sekaligus!ala..lampu emergency..bez gile tengok lip lap
lip lap di tengah hari!! Kumpulan PMBK juz buat tu je..yg basic2..kumpulan R
memang over gila!siap letak bendera Kelantan besar2 lagi..ade jugak yang pasang
siren woo..
Pastu, pandangan orang sekeliling: ade yang buat vodo
je..ade yang tengok macam tengah tengok kucing takde telinga.ade jugak yg
tengok dengan takjubnye. Pastu yg paling Isya tak boleh blah,ade yg angkat
tangan kat ayah Isya,pastu buat ‘thumbs up’ ..yeahh..ade jugak yg bagi feedback
yg menggalakkan.wahaaau..banggenyer..
*arrived at Johor*
-to be continued..-