|
~header burok~ |
ekcelli aku dah laaaaame rase nak tukar header burok tu. dah name pun design sendiri, memang la burok. dengan spectacles aku yang hodohs tu.. pastu caption pulak entah pape.. then ade je muka sape ntah, nak jugak interframe kat hujung belah kiri tuh. dengan muka 'bare' dan tidak malu nye .. ya Allah... *muka aku ker tu??* haahhh.. dah tak ngaku muka sendiri dah. haha..
so, header buat sementara ni memang agak simple and tak menarik. (penah ke aku buat header yg menarik?) *jongket bahu* tapi takpe la, asal takde muka orang yang annoying tu. bhahaha.. *kutuk muka sendiri*
oooookkeyy... that's all for today. ekcelli aku takde nak bagitau ape sangat. cuma kalau korang ade kenal mane2 orang yang sudi nak lukis doodle untuk diletak kat header aku yang baru ni, roger2 lah aku yer? need your help, please. oh yea! pasal doodle macamane tu, korang boleh usha entry aku yang >INI< .. segalanya ada disitu.. hehe. bye!
wassalamualaikum,,
Nak mintak tolong boleh? kalau ada orang yang baca post aku ni jenis yang *perasan* doodle dia comel, boleh la tolong aku kejap, ekk? ehehe.. bukan la perasan tahap petala kelapan, tapi mungkin doodle yang dia lukis tu memenuhi citarasa aku, boleh contact aku kat >FB ni< ..tapi topup 5 hinggit je la boleh aku bagi. kesian kan lah aku.. aku tak keje lagi. baru form 5. hidup ni, kais pagi, makan petang. kais petang, makan pagi. kais malam, makan penampor. haha.. entah pape aku mencarut.
tapi kalau korang nak tolong free of charge pun takpe. lagi aku suke. nanti pandai-pandai la aku promote blog korang. hehe.
yang 5 rinngit tu pun guna duet tabung aku tu. tak main la mintak ngan daddy ngan mummy sume tu.. :P
okeeeyyy.. now, aku nak perincikan doodle yang aku nak.
first, aku nak doodle yang 'serious' . bukan yang bulat2 macam kat bawah ni :
sebab kalau doodle macam tu aku pun boleh buat sendiri. tak payah nak buat entry bagai. huhu.. tu.. yang kat atas tu, aku yang buat. tapi takde mata. haha.. saje je buat tu..
dan.. doodle yang aku nak, simple je. taknak besar sangat. sebab aku nak letak kat header aku yang tak siap lagi ni .....
nampak bubble tu? haa.. tengok 'ekor' ia menghala ke mana.. disitulah aku akan tempatkan doodle yang korang buat nanti..
so... doodle ape yang aku nak?
DOODLE MUSLIMAH! pakai tudung, yang pasti nya warna PURPLE! hehe.. taknak tudung yang berfesyen2 sume tu.. nak tudung bulat labuh biasa je.. 'orang' tu , aku nak dari kepala sampai dada je.sebab aku nak korang lukis 'orang' tu tengah menung panjang, mata keatas, and tangannya belah kiri tu menongkat dagu. tangan yang belah kanan tu , diletak atas 'base' yang warna putih yang aku dah buat tu. lupe nak cakap. badan 'orang' tu menghala betul-betul ke arah depan 'kamera' , cuma kepalanya mesti menghala ke arah 'bubble' tu.. as if dia tengah 'tengok' bubble tu. then, lengan baju tu warna pink muda dah la.. code warna, suka ati korang. asal yang lembut-lembut je. taknak striking sangat. ada faham...???
aku kalau nak sketch pun, aku tak pandai. kang sketch gambar orang, tengok-tengok jadi arnab. bhahaha..
tapi gambaran dia labih kurang camni ar...
boleh bayang tak? hehe.. tau la lukisan aku burok.. aku guna 'Paint' je tu..lukis tak sampai 5 minit. takpe, asal korang dapat gambaran cukup la.. and aku nak bahagian siku dia tu lebih sikit, biar nampak cam siku tu diletak atas benda putih tu. alaa.. macam letak tangan atas meja. *banyak songeh betol aku ni* ...
haaa... dah. tu 'je'. . . harap ade yang sudi membantu. kalau korang rase free and rajin, contact me now, kat FB yang aku bagitau tadi.
wassalam...
|
sekadar hiasan.. |
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Hari ni rasa macam nak cerita pengalaman yang sangat 'bermakna' untuk aku , my mom and my sister. biasanya tahun-tahun lepas, kitorang buat terawih kat masjid dekat ngan rumah je. jalan kaki pun tak sampai 3minit. and semalam, my dad tetibe ajak pegi kat masjid yang jauh sikit dari rumah. kalau naik kereta , tak sampai pun 2 minit.
so, seperti biasa, kitorang pun solat Isyak, and diteruskan dengan solat terawih. mak aih.. imam ni.. satu rakaat, baca 1 muka surat. aku yang muda belia ni pun , lenguh berdiri. apa lagi makcik-makcik yang dah mencecah separuh abad tu.
alhamdulillah.. akhirnya selesai 8 rakaat kami tunaikan. berdiri untuk kali kelima, aku tengok dari saf yang banyak tadi, dah tinggal 2 saf je. para muslimin pun dah ramai yang keluar. jap. ni ... terawih lagi ke, witir? aku tanya kakak aku. kakak aku tanya umi. umi ? ~tanya sama hati.. apa sebab goyang~ (nyanyi kejap.hehe..) umi ambil langkah 'tepuk dada, tanya Iman'. bhahaha. lastly, bila dah siap bagi salam, baru lah tahu.... rupa-rupanya masih terawih!! bukan witir! ahh....... 20 rakaat ke? aduhh... tak sanggup aku wei.. kakak aku pun same. lepas tu , terus dia tarik tangan aku, pi kat bahagian belakang, tinggalkan umi yang masih mahu teruskan solat terawihnya. tengok. yang muda belia ni, pemalas betul nak solat! yang buat 20 rakaat tu, kebanyakannya memang makcik-makcik, tau! aku ngan kakak aku duk bersembang je kat belakang tu. teruk betul perangai. hehe..
and balik rumah lepas tu, aku tanya abah, yang jadi imam tu, muda lagi ke? sebab dia baca 1muka surat , pastu takde tersekat-sekat. kalau orang berusia, mestilah ingatan lemah sikit, kan? satu lagi, dia rukuk punyalah laju! tak sampai 3saat, terus i'tidal. aku rasa kalau pakcik-pakcik , takkan lah tak sakit belakang dia rukuk laju macam tu, kan? it's kinda.. irregular. tak sekata. unbalanced. berdiri punyalah lama, sampai nak terlelap aku ni. pastu, tahiyat laju pulak! kesian kat makcik-makcik tu sume. termengah-mengah nak kejar. hehe..
so, jawapan untuk soalan tadi, yup. imam tu 'budak' lagi.. budak tahfiz.
(hurmm.. patutla..)
bacaan dia memang sedap. tadi aku taktau la dia guna tarannum bayati ke, nahawan (betul ke aku eja ni?) ke, .. sebab yang dengung 2 harakat, kadang-kadang tu jadi 4 harakat. daripada i'tidal, mase nak sujud tu, punya lah panjang dia punya 'Allaaaaaaaaahuakbar' . haha. I don't know sebab aku tak belajar tarannum-tarannum ni semua. kalau sempurna tajwid pun dah cukup baik dah bagi aku.
amboih kau... sodap ngutuk orang ek? kau tu, kalau orang suruh jadi imam pun, tak pernah nak. kejenya tolak kawan dia kedepan je.
haha.. aku bukan apa. takut kalau aku baca AlFatihah salah ke.. tak pasal-pasal batal solat. kesiaaaannn makmum aku tu. :p
ok lah. tu je yang aku nak share ngan korang. and the moral is? lain kali...... jangan memandai-mandai nak solat witir kalau tak tau.. tanya je la makcik-makcik yang selalu solat kat situ. hehe. aku bukan ape. masjid yang aku selalu pegi tu, biasa memang buat 8 je. tak tau pulak masjid ni ada imam yang 'rajin'. :P
oh yeee.. one more thing. ! kepada sesiapa yang nak jadi 'imam muda' terawih tahun ni, .. aku tahu la.. korang tu muda lagi, larat nak baca panjang-panjang, berdiri lama-lama... tapi, sebagai imam , kenalah care kat makmum-makmum kalian tu... mana tahu diorang ada urusan lain yang belum diselesaikan ke.. jangan la nak kejarkan khatam Quran tu. baca yang pendek-pendek pun, okey apa. bolehlah rukuk, sujud, and tahiyat lama sikit.. hehe...
wassalam...