Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

,21:22 | 4 Comment
 
 
 

As-Salam


Top Referal
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan Comel , Marqis Careno dan Iluvtour

 

Hari terakhir SPM.....

,21:07 | Comment
 


kepada yang tak tau lagi, aku. Siti Aisyah binti 'tett' 'tteet' telah pun selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia 2013. there's no more left. everything over! 5 tahun 'dipenjara' di sekolah berpagar purple itu... ..akhirnya aku sudah bebas!! haha..

maybe laa..maybe dah ramai yang 'merdeka' sebelum aku. tapi aku baru je merdeka pada 03.11.13 , hari selasa lepas.. setelah selesai menjawab kertas Bahasa Arab dengan jayanya..

alhamdulillah, walaupun kertas 2 tak berapa nak okey (but still,alhamdulillah.) kertas 1 yang menyusul setelah itu dapat la tenangkan hati aku jugak. masa yang diberi, 1 jam 15 minit. aku bukak kertas, baca bismillah, tulis,tulis,tulis. conteng sana, conteng sini,.. akhirnya nampak tulisan 'KERTAS SOALAN TAMAT' .aku tengok jam. baru pukul 11:40 !! exam start pukul 11:15, .. tak sampai setengah jam pun aku jawab! hah haa..entah jawapan tu betol entah tidakk..

lepastu? aku bantai tidur la! haha.. tapi tak lena pun .letak kepala atas meja, pastu angkat.semak balik soalan. letak kepala balik. then angkat .belek kertas tuh lagi. ada la dalam 6-7 kali jugak aku belek kertas tuh.haha..

yang paling cuak, masa last 5 minute. aku macam "eeii...cepatlah cakap dah habis...cepatlah..."
dewan atas dah berbunyi suara ketua pengawas melalui speaker. aku panjangkan tengkuk. jenguk ketua pengawas dewan aku kat bahagian depan dewan. maklumlah, aku ni dah la rabun (tapi tak pakai spek) , dah tu meja aku kat belakaaaaaang sekali! satu baris ada 25 meja. nah .amek kau.

aku rasa dewan atas dah siap kutip kertas soalan. pengawas dewan aku still terkial-kial cari mike. hati aku dah "aaahhh... palli!palli~!" (palli -korean words.it means cepat)

akhirnya, mike berbunyi jua. ketua pengawas tu pun bla.bla.bla masa pengawas duk kutip kertas. memandangkan aku duduk belakang sekali, maka pengawas start kutip kertas aku dulu. aku pun dengan rela bagi kertas tu kat pengawas yang bertugas kat baris aku tuh. masa tu rasa macam semua beban terangkat dari bahu. legaa... alhamdulillah,.........

so, lepas tu terus pi anta buku. semua ada 15 bijik. kena angkat ke tingkat 3. fuhh. longgar tulang lengan aku. naseb baek masa tu belum ramai orang . tapi aku bangun tido pagi ni memang sakit gile ah lengan aku. ni pun still sakit lagi tau. haha..aku memang.mase angkat tuh memang tak sakit.tapi keesokannya , hum...siaplah.

dah anta buku, terus solat zohor, and berkumpul kat musolla ngan kawan2 sekelas.... nak pi mana?? pi makaaaaaaannnn!!! haha.. jamuan kelas der..

makan kat mana? kat Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan . aku pernah makan kat sini sekali je sebelum ni. maknanya semalam tu kali kedua laa.. aduh. ape la aku nih. negeri sendiri pun jarang2 aku pergi. hehe.

kitorang tempah meja straight. 5 or 6 meja .ntah.tek sempat aku nak kira. hehe.. 1 meja, 6 orang. yang cuak nya, orang2 kat situ semua pandang kat kitorang macam tak pernah tengok orang!! huhu.. pelik sangatkah? aku rase kitorang pakai baju sekolah cantik je.. takde yang luarbiasa. hadoihh.. tak pernah pegi jamuan kelas kot diorang nih.hehe.

tapi, ape kitorang pedulik! lauk semua dah terhidang atas meja. ikan patin, keli goreng, ayam goreng, sayur lemak, petai, salad, pendek kata ulam-ulaman lah! dah nama pun kedai NASI ULAM kan... budu memang lah wajib ada atas meja. so, jom makan!! buat macam rumah sendiri ekk.. huhu.




done!! dah siap menjamu selera, kitorang nak pi amek gambar, tapi tak tau nak mintak tolong sape untuk ambek gambar .yang lalu lalang kat situ banyak budak2 and pakcik makcik pulak. takkan nak suruh orang yang sedang menjamu selera tu tolong ambil gambar kitorang kan? silap hari bulan, kena simbah ngan budu.

tapi naseb baek ketua kelas aku pi panggil orang kat salah satu kedai cenderamata kat situ .agak lame jugak die pegi. and when she comes again, tu diaa....!! entah 'abang' mane dia mintak tolong. tapi agak2 ar wei.. kitorang ni sume muslimah, kalau boleh nak 'akak' yang tolong ambilkan. baru best nak posing . haha... tapi takpelah. tu pun naseb baek ade orang nak tolong kan..

so,lepas sesi bergambar, ape lagi! baliklah! hehe.. tapi aku balik dengan bas. so, in the journey toh, aku singgah supermarket dulu. then singgah kedai buku SMO. dengan kawan aku. dia cakap boring, sebab kalau duk kat asrama tak de benda nak buat,hehe... so, ape yang aku beli? takde benda pun..


ni jerrr.. hehe.. dah lame mengidam nak makan Jacker.




 
 sorri malas nak rotate. korang rotate korang punye kepala je la ekk??


and nih novel untuk cuti ni. novel paling tebal aku penah beli setakat nie.. RM 30. biasa aku beli dalam lingkungan RM 20 je.. heheh..special sikit, sebab dah habis SPM kann... setakat ni aku baru baca 2oo lebih muka surat. sume ade 900lebih..

actually banyak lagi novel yang menarik..kelakar and lawak. tapi overall memang cite 'kawin paksa', pastu gaduh2, then jatuh cinta. aduh..boring! so, sebab tu la aku decide beli novel nih.










dan... untuk seimbangkan duniawi and ukhrawi.. (:P)aku beli buku nih. "Imam Syafie" by Pak Latip. RM24 je kot. ye la..selama ni aku beli novel berpuluh-puluh ringgit, takkan nak beli buku ni satu pun takleh. paling tak boleh blah, kawan aku cakap, "aisyah baca novel , pastu 'cuci' ngan buku ni pulak.. hehe" then aku balas , " 'kotor' sangat ke novel tu? hahahahh"






then, kawan aku tu hantar aku pi stesen bas .'guna mata je..' dia cakap.hehe.. so, dia tenung aku sampai aku sampai kat stesen bas.. aku pusing belakang and lambai kat dia. babai kawan..jumpa lagi masa ambek result nanti. hehe..

maka,dengan ini berakhirlah kisah "HARI TERAKHIR SPM" aku. hehe.. korang pulak macamana? pengalaman best?
and for SPM candidates'14, get ready.! o yeaH!
hashtag GiliranKorangPulak :P
 

Tak Mao Update Dah... :(

,14:04 | 8 Comment


 
 

weyy.. ko ingat ade orang laen kesah ke kalau ko taknak update dah? lain la kalau ko ni blogger famous macam Ben Ashaari, Lyssa Faizureen , Fatin Liyana.. nah.. baru lah kecoh satu Malaysia.

hah.. dah tu? yang ko nak membebel ni apasal? sukati aku la nak update ke taknak. ni kan blog aku.

#I'mArguingWithMyself#
-Please.stop.it-


okeeeyyyy... tujuan aku buat entry ni sebenarnya cuma nak bagitau yang aku takkan update blog ni macam dulu dah. atau lebih tepat, TAKKAN UPDATE LANGSUNG. what? ingat aku suka-suka taknak update blog ni? ni pun dah beratus-ratus kali aku pikir sebelum ambik keputusan ni, tau! betapa beratnya hati aku nak tinggalkan blog yang usang ni. :P
*merajuk?*
mane ade laa.. tak maen la merajuk2 macam tu. gediks jer lebih. huhu..
so, kenapa?
sebabnyaaaaaaaaaaaaaa... ...... . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . .. . . . . . . . . . .. .   .. .. . . . . . . . . . . . .. .. . ..  . .  .. . . . . . .. . . . . . .. ..  .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...