Dipaksa minum air hijau pekat berlendir.!

,22:21 | Comment



wahh.., tajuk bukan main lagi! padahal minum air perisa epal je kot.. tapi seriesly bukan air biasa, tau! ye la, kalau air epal biasa, takde la nak berlendir bagai! 

ekcelli air ni kira macam minuman kesihatan la,.. untuk bantu pencernaan and 'cuci' usus. namanya GreenFit , dari syarikat Avail . aku ni bukan nak promo, tapi nak cakap kalau minum air ni, konfem esok hari senang nak membuang. but watch out! sebaiknya pastikan esok hari tu anda tak ada apa-apa perancangan penting macam meeting ke, ada class ke, kursus ke, sebab nanti susah pulak kalau nak membuang. hohohoo.

alkisahnya, semalam hari sukan peringkat sekolah aku. tapi, biasa lah, hari sukan means 'hari membeli belah sedunia' bagi aku. hehe.. sebab banyak sangat gerai yang dibuka, so apa lagi! masa ni la nak cuba makan makanan-makanan yang belum pernah aku cuba!

balik je sekolah, perut aku memang rasa macam nak pecah la. wuhuuu. and I didn't eat dinner . sebelum tidur baru la minum air tu. 1 sachet kena campur ngan 250ml air. dah ada bekas khusus yang disediakan untuk sukat air and terus goncang then terus minum dari situ. 

memang aku tak sempat nak snap gambar. sebab lepas goncang tu kena terus minum sebab kalau lambat minum, air tu akan jadi berlendir semacammm..
seram, ok! tambah pulak warnanya hijau tua yang sangat keterlaluan!

nampak tak apa yang ditulis kat kotak tu? "Mix apple powder drink with OAT powder..
haa! tang OAT POWDER tu yang aku lemah tu! coz oat powder tu macam mengembang bila dicampur ngan air. so, sekali ngan tekak aku le jadi kembang!

masa minum tu memang wajib tutup mata and hidung. hehehee.. sebab bila tutup hidung, deria rasa kita pun akan berkurang . tapi time nak habiskan yang bahagian bawah gelas tu, fuh!! memang derita habis wooo.. sebab tahap ke'lendir'an tu memang menjadi-jadi wa cakap lu....
 semalam memang aku sendiri hampir muntah , nasib baik sempat sampai kat sink. terus aku ludahkan balik segala lendir yang aku telan tadi. hohohoo..

aku ingat lagi, masa first time Umi aku minum air tu. masa tu dah lewat malam. so, aku memang dah tidor le. boleh dia kejutkan aku balik semata-mata nak suruh aku habiskan air tu, sebab dia memang dah tak sanggup nak telan. aku pulak, kalau dah tidur, tak kira orang kejut macamana pun, dah tentu aku takkan bangun, terutama kalau aku tahu tu cuma hal remeh temeh. sejak dari hari tu, sampai sekarang ni, Umi tak pernah berniat lagi nak minum air tu . hohohooo..

semalam masa aku minum pun dia hanya mampu merenung dengan muka tak percaya. aku apa pedulik! terus minum tapi kepala otak memang fikir macam-macam , pasal The Inheritors la, pasal blog la, contest la, bisnes la,.. sebab kalau aku pikir "ok.sekarang ni aku sedang cuba untuk menelan air warna hijau lumut yang berlendir tahap ikan keli sebanyak 250 ml yang baunya memang tidak menyenangkan ..." memang sampai ke subuh le air tu tak habis, jawabnya!

so, nasihat aku bagi sesiapa yang nak telan something yang tak berapa nak sedap ni, just do it in one go! jangan pause, jangan koma. untuk kebaikan kita jugak kan..
alhamdulillah, pagi tadi memang senang nak membuang. selesa je rasa perut ni. 

jom join contest saya! masih ada peluang menang! 
Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

COKOLAT COKOLI SEGMEN BY TENGKUBUTANG

,22:21 | Comment



klik banner!


Now, Aku dah jadi Glitterati !!

,22:56 | 2 Comment


wauw! 
Fantastic Baby! (tetibe je nyanyi lagu BigBang.haha)
wihiiii... overdose of excitement kot. hehe.. sebab? cuma sebab dah jadi ahli glitterati. baru je ari sabtu hari tu sign up as nuffnanger. diorang cakap 7 hari baru boleh approve jadi Glitterati. ni baru 4 hari , dah jadi glitterati. heee. tu yang aku eksaited macam dapat BE. haha.. padahal earning RM 0.00 lagi. 
adoiyy.. biasa la, aku kan newbie lagi dalam bab-bab nuffang ni. hope korang sudi klik iklan - iklan nuffnang aku yang bertaburan di seluruh blog ni. hehe.. 
oh yeah! tadi baru lepas tengok episod akhir The Inheritors. setelah sekian lama.. fuh. akhirnya habis jugak. terseksa betol jiwa dan bakul kain aku , tengok dari episod first sampai akhir. tu pun maen skip-skip-skip dan skip sahaja. hahaahaa.. aku ada post pasal aku tak suka sangat tengok cerita ni hari tu. tengok >SINI<.
so? kenapa aku boleh habiskan jugak tengok sampai episod akhir? 
Yoon Chan Young and Lee Bo Na!
sweeeeeeeeeetttttt je tengok diorang! hehe..
and aku suka tengok persahabatan antara Choi Young Do and Kim Tan.
Also pertalian saudara antara Kim Tan and his Hyung. what is his name again? haa.. tengok, skip lagi banyak-banyak. nama dia pun ko tak ingat. padahal baru je tadi tengok episod akher. hoho..

and tu je lah antara faktor-faktor yang membuatkan aku terus bertahan tengok cerita ni. hehee.. 

pelik, tapi benar. wihiii..

join contest saya, jom! masih ada peluang menang!
Contest Teka Gambar dan Menang Topup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...