السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saya nak Mini Popia Ikan Bilis Nurul Yui kerana
kalau saya tak dapat makan popia ni masa raya tahun ni, saya takut nanti saya akan gi pecah masuk rumah Kak Yui malam raya dan curi semua balang popia kak Yui biar masa pagi raya tu, kak Yui sekeluarga kempunan nak makan popia ikan bilis dan tetamu yang datang pun pakat intai nak rasa popia kak Yui yang saya curi . kahkahkah..
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
tajuk merapu meraban. sorry . sebab ngantuk tak hilang lagi ni. hehe.
so, hari ni dah stat kelas dah. kelas yang betul-betul kelas lah! tadi kelas English1 . aku dan kawan aku yang duk blok sama, janji nak pi sama. dah tu, diorang yang lain sume tinggal kitorang!
kitorang ni, dah le tak kenal lagi nama-nama blok yang berpuluh-puluh kat sini. bila kawan aku tu call classmate kitorang yang dah sampai kat kelas, boleh pulak dia bagi arah yang salah!
so, disebabkan kitorang tanya budak-budak lain, akhirnya jumpa la jugak kelas. nasib baik jugak, masa masuk duduk tu, baru lepas tu lecturer dengan rasminya start kelas.
pastu pulak , tengahari tu ada sesi bergambar tau. amboih kemain eh bila masuk U ni! klas baru start intro, terus ada sesi bergambar. kalau kat sekolah dulu, dah nak dekat trial baru ambik gambar.
aku frust gile rase nak menonggeng aje sebab tudung tak menjadi. hahah.. turun pulak lewat. janji dengan kawan aku yang tadi jugak. and again, kitorang kena tinggal! gila bongok diorang tu. haaa.. kan dah kena. bila ada classmate a.k.a housemate aku call, aku tanya la "dah siap ke ambik gambar?" mana la tau kan, diorang memang dah lupa teruih kat kitowang yang tak glamer plus tak chumell ni hah..
dia pun cakap la , tak lagi. tengah tunggu kitorang 2 orang. kahkahkah.
terus aku ajak kawaan aku tu pecut. hihi.
lewat lagi . aku sampai tu, terus aje semua ambik blazer pakai. aku pun pakai la sekali. serius aku benci gile pakai blazer ko tauww!
mula-mula ambik gambar formal. pastu, buang blazer, gi amek props. ada yang pegang payung ada yang pakai topi. aku? tak amek apa-apa pun . rimas sebab pihak lelaki dah tunggu turn nak pilih props. so , aku blah aje ah.
aku jamin wooo
gambar aku dalam tu konpem sekonpem-konpemnya buruk yang amat! demi memenuhi syarat, aku beli la jugak gambar formal tu. cadangnya tak nak beli langsung kihkihkih.. orang lain sumenya beli gambar formal + yang candid tu.
dan buat yang ke sejuta kalinya aku nak cakap ..
aku benci amek gambar!!!!
p/s : entry yang dipublish tanpa disemak terlebih dahulu . sila abaikan kesengalan yang berlaku.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
masa minggu orientasi minggu lepas, bunyi siren tu la yang paling membingitkan telinga. paling menyakitkan hati. paling merimaskan perut. tapi, bila dah habis orientasi ni, pastu sekarang ni, geng2 yang rayuan pulak tengah orientasi, and aku dengar bunyi siren memanggil, rasa sayu pulak. rasa rindu pun ada .. rasa macam alunan melodi yang sudah sebati dalam diri. mana taknya, setiap masaa, setiap saat akak-akak tu bunyikan siren. masa nak kejut bangun pagi tu takyah cakap la kan. sampaikan kita tak sedar pun tu bunyi siren. ingatkan bunyi lagu dari mana. haha.. lena dibuai mimpi.
um.. tengah mencari masa yang sesuai nak cerita semua pengalaman orientasi kat UniSZA ni .. nak tulis entry panjang-panjang! hehe.. tunggu hujung minggu sat lagi..