Belajar untuk Adapt dengan Pantas!

,09:06 | 3 Comment

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 

Hari Sabtu , 20/6/2015.
Aku tiba di UniSZA. Dengan semangat perjuangan baru.
Semester baru kini bermula.
Walau berhadapan dengan kotak bersaiz separuh katil bujang untuk diangkat dari stor ke bilik ‘baru’, namun hati tetap kena redha. Kena sadho.

 https://amaliasolicha.files.wordpress.com/2009/03/pindahan.jpg

Tengahari itu aku sampai ke bilik.
Aku tenung katil ‘baru’ aku. Dan almari ‘baru’ aku. Juga meja study ‘baru’ aku.
Bilik air. Ampaian. Tandas. Tempat basuh baju.
Semua berbeza. Completely different.

As we all know, untuk semester pendek kedua ni, semua orang kena pindah bilik. Obviously, semua kena pindah ke blok kediaman lama. Sebab blok baru budak diploma kemasukan baru yang duduk. So, kami sebagai senior baru yang prihatin dan cakna akan keselesaan para junior pun berbaik hati untuk membiarkan mereka mengambil alih ‘rumah kami’ yang sudah hampir satu tahun diduduki. Kahkahkahh…

Kalau dahulu..
Bukak pintu rumah je, ade rak kasut. Ruang tamu. Bilik air. Tandas. Dapur. Ampaian. Pastu ada 6 buah bilik. Selesa. Macam duduk apartment.

Tapi kini…
Bukak-bukak pintu je, nampak katil terus. Almari disini pula tidak seluas dan banyak ruang seperti almari dulu. Meja study tak payah cakap.. ade drawer sebiji je. Tu pun punye susah giler nak bukak sampai terangkat meja bila ditarik drawer tu. Hahaha.. kalau dulu, almari punye la banyak drawer sampai tak tahu nak bubuh ape dalam tu. Banyak sangat ruang! Sampaikan bile kawan USIM aku tengok gambar meja study aku tu, dia boleh cakap “untunglah.. meja study cantik..” Masa tu rasa cam ‘eh. Apakah??’ jerr.. sebab tak tahu yang meja study orang lain tak seindah itu. Hahaha.. ni sekali kena atas kepala sendiri… hurmm.. baru tahu rasaaa..

Tu belom nak cerita pasal bilik air. Sangat lain dan ambil masa untuk aku sesuaikan diri. Kalau dahulu, di blok kediaman baru, ada bilik air yang besar dan selesa. Dalam tu ada 3 tempat shower dan 3 biji tandas. Disediakan dalam setiap rumah yang diduduki maksimum hanya 12 orang. Kalau ada yang lagi naseb baik, satu rumah ada 8 orang je. So, bilik air dan tandas memang mencukupi, selesa, tak perlu tunggu orang lain mandi.

Tapi di blok lama?
Satu aras ada 25 bilik. Which make the total of students is 50. Dan bilik air disediakan di kedua-dua belah hujung tangga kiri dan kanan. Setiap bilik air bilangan shower dan tandas sama macam di blok baru jugak.. tapi yang berbeza ialah bilangan pelajar yang menggunakan bilik air tu. Bayangkan kalo dulu 12 orang untuk satu bilik air. Kali ini 25 orang untuk satu bilik air! Dan tempat membasuh kain memang sangat tak efisien sebab hanya ada di salah satu belah tangga sahaja. (naseb baik dekat dengan bilik aku) .. dan dalam tu hanya ada  3 buah sinki sahaja! So, jangan cakap kitorang ni anak dara pemalas kalo lepas ni kitorang basuh baju guna washing machine je .. haha.

Dan satu lagi cerita lawak bila aku terpaksa tanya bebudak blok lama pasal cara-cara nak survive kat sini. Sampaikan soalan yang paling noob pun aku tanye gak.. which is “ wey.. nak basuh pinggan kat manee?” hahhaa.. sebab?? Sebabnyaaa.. kat blok baru dulu, ada disediakan dapur. Kan aku cakap.. blok baru tu dia macam apartmen. So, memang ada dapur yang sangat comfortable. Dengan kabinetnya, water boiler, dan sinki khas untuk basuh pinggan.

Kat sini?? Memang kena gune sinki tempat basuh baju tu jer lah.. takpun kalo korang rela nak pi basuh pinggan dalam sinki kat bilik air pun takpe.. which is sangat aku tak suke. Ahhahaaa..

Aku terbitkan entry ni bukan untuk mengkomplain fasiliti di UniSZA.
Apa yang aku nak sampaikan disini ialah tentang kebolehan dan kemampuan seorang mahasiswa (or mahasiswi) untuk meng’adapt’kan diri dalam apa jua situasi. Terutama kat UniSza yang memang wajib ambik short sem untuk bebudak diploma. Short sem hanya makan masa selama 7 minggu sahaja. (tak termasuk cuti raya and else) so, memang kena belajar adapt dengan pantas.

Kalau nak bagi contoh diri ku sendiri, masa sem satu dulu (short sem) aku duduk di blok I (blok baru). pastu masa cuti sem tu, dah kena pindah dah. Bayangkan lah barang aku pun tak berapa siap nak unpack lagi, dah kena packing beg balik!! Ingat senang? Banyak kot harta aku angkut bawak mai sini.. dahtu pulak masa tu memang aku dah selesa dengan bilik tu dan baruuu je rase dapat adaptkan diri. Baruu je rasa boleh anggap housemate tu macam family.
And worst, cuti untuk sem satu hanyalah 2 minggu. Rasa cam tak dapat rehat lagi tangan ni mempacking barang , dah kena unpack balik untuk naik ke sem 2 di bilik yang berlainan, iaitu blok D.(masih blok baru) kira okey la sebab dapat blok baru.. kirenya susunan fasiliti masih sama dengan dulu.. cume dapat housemate yang berbeza jee.. dan kena belajar untuk sesuaikan diri dengan diorang pulak..
Dan untuk sem 3 , alhamdulillah kitorang tak perlu pindah.. so masih stay disitu. Selesa. Sangat kamceng dengan housemate. Sangat understanding dengan roomate. Lebih kurang 8 bulan kami di rumah itu. Rasa dah macam rumah sendiri pun ade. Rumah kedua. Honestly said, masa cuti sem 2 itu hari, memang ada rasa rindu nak kembali ke rumah di UniSza. Walaupun memang berat hati nak tinggalkan rumah di kelantan.

http://oliess.com/wp-content/uploads/2015/04/images-3.jpg 
And bile berakhirnya sem 3, disitulah berakhirnya kebahagiaan kami. Cuti sem 3 hanya 2 minggu sahaja. Tak rasa puas duduk kat rumah sendiri. Bila rasa macam baru je nak biasakan diri kat sana, dah kena balik semula ke unija and the most  important part is kena ngangkut barang dan unpacking balik!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9R8e4uP7FqlEGwGM1ZhER8z74w8QEE0GoW0OrxdDn3uWgpZLPAc2G3P-kgjycJwYOF-2p_qsadrUNpux6Qj88ynPyQusEv9fmwqUOzz2HpLGHQCXcwDJ08VfRRu5LKiQuBztdrXuUwdw/s1600/9-Tips_Penting_Ketika_Pindah_Rumah_tiperumahminimalis.blogspot.com.jpg 
Tambahan pulak, macam yang aku cakap tadi.. sem ni duduk kat blok lama.. so memang banyak yang perlu dibiasakan..

Begitu. Kehidupan seorang mahasiswa.
Perlu berani menghadapi perubahan. Perlu cekap mengendalikan ketidakbiasaan. Perlu sentiasa belajar untuk improve diri sendiri. Disini, tak ada lagi mak ayah nak tolong siapkan bilik. Segala kelengkapan, cari dan susun sendiri mengikut keperluan. Tak ada lagi siapa nak tolong tanya samada kita selesa atau perlukan apa-apa.

Belajar. Belajar. Dan sentiasa belajar.
Itu tugas kita.
tanggungjawab kita.
 

The End of Semester 3.

,11:02 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  
Hari Selasa, 2 hari bulan 6, tahun 2015. Secara rasminya aku telah tamatkan final exam sem 3 aku dengan tak berapa boleh dikata cemerlang sangatlahh actually.. hahaha. Ni exam yang paling teruk kot penah aku hadapi seumur hidup aku kat UniSza ni.. tak dinafikan banyak cubaan dan ujian yang terkadang membuatkan aku rasa nak jatuh terduduk atas lantai hingga tak nak bangun-bangun lagi dahhh..

Tapi… bila memikirkan balik.. weyy.. baru sem 3 kot?? Tu pun kau dah rase nak tersembam bagai.. aku takleh bayang kalo ko masuk sem 5, 6 nanti weyy..
Ok. So, aku get up balik lah akhirnya..
And… that’s it! Akhirnya berjaya jugak habiskan final sem ni walaupun memang berjalan tak berapa nak lancar seperti yang dirancang. Huhuhuh… sebab?
Banyak buang masa!! Study week tak payah cakap ape lahh.. dalam sehari tu sentuh buku 30 minit je..  pastu duk melayan movie . tak pun bersembang dengan housemate sampai tak hengat duniaa.. bhahahahaa..

Masa tengah final pun same je.. seb baik exam banyak belah petang. So, pagi tu memang pulun habis la wa cakap luu. Ase nak meletop kepala hotak pun ade…

So, result pada sem ni memang takleh aku nak predict. Dah la carry mark pun tak berapa nak cun. Tambah lagi final yang ade subjek aku tak habis pun baca buku sebelom masuk peksa tu.. maen sebat aje ape yang aku sempat baca. Fuhh.. dean list?? 3.5 and above?? 
Humm.. jap aku nak kira bintang kat langit dulu. Kalau dah habis kira nanti baru aku boleh predict dapat ke tak dean list tuu..

Harapan aku memang tak tinggi sangat ah sem ni.. sebab takut kecundang. Hehehe..

Jadi, next  story..
What do I have for this 2 weeks semester break? Haa.. jangan terkezut bila aku tulis 2 weeks sebab cuti sem unisza memang “alahkenapasekejapsangatmakjemahoiii..”
That memang aku tak boleh nak buat pape.. kecuali kalo korang berani nak bersua muka dengan TNC . kahkahkahh..
Jadi I redha + redah aje lah mana yang mampu I buat sepanjang cuti ni..
Anyway, aku dah buat list dah pun makanan ape aku nak masak sepanjang cuti ni. Whahaha.. melampauuuww.. eh. U ape tahu! Kat unisza sane bukan boleh masak pun! 6 bulan kot  aku tunggu peluang ni.. 
Tapi sedih gile sebab kat rumah takde bahan-bahan nak memasak.. so, mission ditangguhkan. Tunggu aku gi shopping the ingredients dulu lahh.. hehe.

Plan B. (naseb baik ade .. hehe.. )
Ok. Plan B is BUKU. Yeahh.. I got a lottt of books to read.. seriously a lot. Daripada pembelian guna baucer buku sampailah buku-buku inggeris yang aku beli kata Big Bad Wolf yang diadakan kat UniSZA baru-baru ni… 
sumpah banyak hokeyyy…! 
ni biar aku kasik bukti..


Aku belom sempat baca sebab, baik aku baca buku pelajaran aku daripada mengadap buku-buku ni lepas tu kalau fail takdelah aku sibuk nak menyalahkan lecturer buat soalan susah, kedekut markah. Huahuahuaaa..

So, semalam aku dah mulakan plan B, dan aku berjaya habiskan sebijik setengah buku Diary Of a Wimpy Kid. Sebijik setengah tu maksudnya aku dah habiskan buku first jilid tu dan aku sambung lagi jilid kedua ‘The Rodrick Rule’ tapi tak sempat habis.. series tak boring weh baca buku ni!! Sempoi dan lain dari yang lain!!well, actually aku memang dah lama mencari buku ni sejak aku tengok film yang diadaptasi dari novel ni… hampir-hampir je aku nak beli buku ni kat bookstore masa dapat baucer itu hari…. Alhamdulillah mujur aku tak beli sebab sebijik buku tu dah rm 20++ kot..  beli kat Big Bad Wolf,dapat Box of Books hanya dengan harga rm 60 sahaja!! Oyeahh.. 

So, itu sahaja lah untuk ari ni. Aku nak pi sambung baca buku … ahh so boring kena tinggal bile Umi Abah pergi kenduri and I don’t want to follow them coz I don’t really like being in the car for a long time coz kalau lama sangat nanti perut masuk angin, rasa sebu, mual, nak muntah, nak gigit hidung orang sume ade. Kang tak pepasal aku buat long face kat kenduri orang. Spoil je mood nak berilaturrahim dengan sedara mara nanti.. huumm.. nak buat canne. Dah memang aku begini. Aku yang dulu masih yang sekarang… ohh.. 

 

3 Sebab Kenapa Perlu Meniru dalam Exam.

,17:51 | 11 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
yup! kenapa perlu meniru? kenapa perlu cheat dalam exam? 
ada sebab? of korss.. ade sebabnya. kat sini saya akan senaraikan 3 sebab kenapa seseorang tu meniru masa jawab exam.

http://img.modernghana.com/images/content/d28kc54bav_cheating_dreamstime_020130425090007.jpg

1. sebab dia tak baca buku sebelum masuk dewan... 
yang ini memang common la bagi mereka-mereka yang bersifat mazmumah iaitu malas.. masa exam mesti pilih nak duduk tepi orang yang dah baca buku kann.....???
 
2. sebab dia lupa jawapan... 
yang ni lagi satu masalah.. baca dah baca, siap hafal lagi..! tapi dah kalau Allah takdirkan dia blur masa jawab exam, inilah jadinya.. maka lepas tu mulalah nak bisik-bisik dengan orang sebelah. =,=
 
3. sebab hobi dia memang MENIRU ... 
eh? orang macam ni pun ada kee?? sape cakap takde?? aku penah jumpe je.. ! tiap kali exam, mesti ade yang die tiru kawan sebelah. naseb baek aku tak duduk sebelah dia. kahkahkahh..
 
okeyy. tu antara faktor yang aku dapat senaraikan lahh.. kalo korang ada faktor laen, boleh drop ur komen dibawah tanpa segan silu hokeyy..?

tapii .. sebenarnya, apa motif aku publishkan entry ni hari ni ?? nak galakkan korang meniru dalam exam? nak suruh gejala meniru dalam exam ni berleluasa di negara Malaysia niii???
 
ohh.. no..noo.. nooo... tidak sama sekali. justeru, tujuan aku ialah sebaliknya..
aku nak tekankan bahawa gejala ni walaupun nampak kecik, tapi effect buruknya akan timbul dalam jangka masa yang panjang. (kalau jangka masa pendek tu maknanya korang kantoi masa tengah meniru. hahahha...)
 
effect jangka masa panjang yang aku nak sebut kat sini ialah result exam tu sendiri. 
masa sekolah dulu, aku bebudak hingusan jugakk.. pantang ada peluang, mesti lah nak tiru kann.. kalau aku tak meniru pun, tu sebab aku takut kantoi ngan cekgu pastu kertas kena rampas + dapat markah 0 secara otometik. 
 
tu masa sekolahh..
 
https://content4.bestthinking.com/s/1/t-topics/477/images/8124b847-3e30-46de-ac61-661c008ff66e_463x347.jpeg
 
bile dah masuk UniSZA???
 k fine. mengaku. aku still meniru jugak bile ade test or kuiz. tapi sikit-sikit je lahh.. exam final memang aku tak meniru langsungg.. sebab?? sebab ramai pengawas peperiksaan disekeliling.. huhuu.. kalau test or kuiz, duduk kerusi dekat-dekat, so memang tersangat boleh lahh nak meniru.
 
and i got pointer 3.94 .
'waw'! 
u just said 'waw!' , right?
actually, the first sem only contain 4 subject. so thats why its easy to grab the marks.

tapi bile aku kenang kenang balikk.. hummm .. did i really deserve it?? betol ke ini dari usaha aku sendiri?? yupp... memang lah kuiz n test tu tak banyak pun aku tiru. setakat 4 or 5 soalan je. dan peratusannya dalam result aku pun sikit aje.. about 20 or 15% je..
but still.. its not completely came from me..
when i mentioned my result to anyone, they just got 'aww!' everytime.! they called me a smart girl. they looked at me as if i'm a genius one! 

bermulanya semester 2,...
mereka masih memandang tinggi pada aku . setiap kemushkilan.. setiap persoalan.. mesti diorang tanya aku bila sume orang lain takleh jawab soalan tu! my reaction?? well, most of the time, i just said "Tak Tahu..." 
 
sebab aku memang tak tahu.. or kadang-kadang aku tak sure jawapan tu and aku tersangat-sangat tak suke jawab soalan orang bile aku sendiri tak yakin dengan jawapan aku tu.. lantaklah diorang nak cakap aku sombong kedekut ilmu ke hape. dah memang aku tak tahu. nak buat macamana..
dan antara sebab lain ialah aku taknak diorang terus pandang tinggi pada aku. aku taknak diorang anggap aku budak pintar... budak pandai.. budak genius.. budak IQ tinggi.. 
 
dan pada sem 2, aku bertekad.. sungguh-sungguh.. yang aku takkan sekali-kali meniruu.. biarlah aku tak dapat jawab ke hape ke.. memang aku berazam yang aku takkan meniru. dulu masa sem 1 aku masih budak mentah .. biasalah.. budak baru lepas SPM.. 
 
bila dah naik sem 2, otak aku dah boleh berfungsi dengan elok dan adil serta saksama. :P
 apa gunanya aku meniru?? supaya boleh tunjuk result gempak dekat kengkawan? supaya boleh tayang result cantekk kat mak bapak? supaya boleh show off kat pakwe? (ok lari topik dahh..)
sedangkan kite sendiri tahu benda tu bukannya datang completely pure dari kite punn.. tak ke VODOH (BODOH) namanya tuu???? itu namanya menipu diri sendiri..!


ingatlah kawan-kawan.. akak-akak..abang-abang .. dan adik-adik sekalian.. 
dengan result tu nantilah akan tentukan samada kite dapat dean list or tak. samada kite dapat diploma / ijazah kelas pertama or tak..
dengan result tu kite akan cari kerja.. dengan result tu kite pegi interview.. dengan result tu kite bagi makan anak-anak kite. sara idup keluarga kite... bagi dekat mak ayah di kampung...
persoalannya... BERKATkah???
rela ke mak bapak kat kampung tu kalau tahu korang meniru masa test dan kuiz?? rela ke bos korang amek korang kerja kalau dia tahu korang meniru dalam final ?
http://rs1img.memecdn.com/le-me-cheating-on-exam_c_1471223.jpg
sekarang aku dah boleh berfikir.. berfikir jangan cuma guna otak. guna hati dan IMAN.! 
kalau gune otak je, bile lecturer keluar kelas, mesti korang akan cheat. percayalah!
tapi kalau gune IMAN, korang takkan sekali-kali cheat. 
aku dah cube. amanah pada diri. 
integriti itu perlu .(uit,. dah macam iklan kat TV.haha)
but seriously, the point is, AMANAH! tambah-tambah bile kite ni muslim.. kite tahu Allah ada. kite tahu Allah sentiasa melihat. 
 
dan setelah berakhirnya sem 2, aku telah berjaya mengotakan janji aku pada diri sendiri dan tunaikan azam aku untuk tak meniru langsung!
and the result??
well.. of kors menurun sebab sem 2 ni ade 9 subjek sumenya.
but still, alhamdulillah.. dean list.
3.85
 
dan bile aku tengok result aku ni, aku rase puass hatiii sangat!! ni hasil usaha aku sendiri!! ni hasil aku stay up! hasil aku hafal banyak-banyak sampai cair! hasil aku buat assignment! 
 
and no one can deny that fact!!
dan untuk sem 3 sekarang ni, aku masih istiqomah di jalan ini.. and i hope i'll stay like this until the end of my life.. 
 
aku teringat masa test hari tu... memang aku takleh jawab . bukan sebab aku tak baca buku.. tapi soalan yang unpredicted sangat-sangat..! ustaz peruntukkan 20 markah untuk satu soalan besar tuh.. ada 40 tempat kosong yang kena isi.. dan soalan tu dia suruh isi nama-nama kitab + nama penulis + tahun kematian penulis. aku hafal.. tapi aku takde lah hafal sume..sebab ingatkan soalan yang jenis "sila nyatakan 3 nama kitab...."so, aku pun hafal la 4 je dari kitab-kitab yang banyak tu.. 
 tapi soalan ni dia copy 100% dari buku dan kosongkan tempat yang berkenaan. kesimpulannya, sape yang tak hafal sume, memang takleh jawab. so, aku redha je lahh. dah memang bukan rezeki aku. orang sebelah aku duk tunggu peluang nak tiru aku. hihi.. aku tahu.. sebab ada satu soalan tu aku tersilap tulis jawapan dan aku perasan jawapan die pun sama macam aku tulis jugak. .. naseb baik masa semak balik tu aku perasan dan sempat ubah.. pastu aku terbalikkan kertas supaya dia takleh tengok.hahahaha... 
 
https://raafayawan.files.wordpress.com/2012/02/10048849-classroom-with-two-kids-students-cheating-on-test-exam-at-school.jpg
 
dah selesai jawab, aku ajak la diorang pegi depan hantar sekali..tapi diorang taknak anta lagi sebab tengah busy nak menanya jawapan kat orang lain. diorang cam ingat aku dah siap dan boleh jawab sume ah sebab nampak aku nak hantar awal. aku pun terus tayang kertas aku. bahagian yang kena isi tempat kosong tu, aku cume dapat isi 14 je daripada 40 tempat kosong. see? tak sampai separuh! bile aku tunjuk je kertas aku tu, diorang cam tergamam la jugak.. ekspresi muka diorang macam "bia betol koo syahh!! dah kalau ko tak leh jawab, jom la tiru kitorang!"

aku buat muka selamba . aku cakap "memang ni je yang aku hafal. ni je yang aku boleh tulis. kalau aku duduk kat sini lama-lama pun, bukannya aku boleh jawab punn.. so, baik aku pegi hanta sekarang.."

i know the fact that takkanlah hidayah tetibe turun dari langit or kucing datang bagi jawapan kat aku kott.. so, sebab tu aku tak suke tunggu lama-lama.
i already gave all that i got.tak salah kan kalo aku hantar kertas kosong macam ni , instead of aku tiru orang lain and tunjuk result tu kat Umi dan Abah aku??tak rasa berdosa ke woii??! antara MARKAH dan KEBERKATAN, mana satu yang lagi pentingg??
 
masa test semalam pun sama.., aktiviti peniruan masih berjalan seperti biasa. orang depan aku, tepi aku, belakang aku .. sume berbisik-bisik.. main pas-pas kertas.. main isyarat tangan.
Allahu.. sabar aisyah... selagi ko boleh tahan, ko tahann... fuhh. *lap peluh*
 
http://radiotnn.com/wp-content/uploads/2015/02/exam-cheating.jpg
 
aku dah letih nak menaip panjang -panjang. korang pun dah besar, dah boleh pikir sendiri. KEBERKATAN itu penting. AMANAH itu perlu. JUJUR itu  compulsory. MATI itu pasti. (eh? tetibe terkeluar dari landasan pulak.haha.)

so, fikir guna IMAN. maka perbuatan korang pun in sha Allah berlandaskan iman dan akhlaq yang terpuji jugakk.. aku doakan korang yang terbaik dan harap korang doakan aku tetap di jalan ini okeyy.. 

wassalamualaikum.. :)
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...