yup! kenapa perlu meniru? kenapa perlu cheat dalam exam?
ada sebab? of korss.. ade sebabnya. kat sini saya akan senaraikan 3 sebab kenapa seseorang tu meniru masa jawab exam.
1. sebab dia tak baca buku sebelum masuk dewan...
yang ini memang common la bagi mereka-mereka yang bersifat mazmumah iaitu malas.. masa exam mesti pilih nak duduk tepi orang yang dah baca buku kann.....???
2. sebab dia lupa jawapan...
yang ni lagi satu masalah.. baca dah baca, siap hafal lagi..! tapi dah kalau Allah takdirkan dia blur masa jawab exam, inilah jadinya.. maka lepas tu mulalah nak bisik-bisik dengan orang sebelah. =,=
3. sebab hobi dia memang MENIRU ...
eh? orang macam ni pun ada kee?? sape cakap takde?? aku penah jumpe je.. ! tiap kali exam, mesti ade yang die tiru kawan sebelah. naseb baek aku tak duduk sebelah dia. kahkahkahh..
okeyy. tu antara faktor yang aku dapat senaraikan lahh.. kalo korang ada faktor laen, boleh drop ur komen dibawah tanpa segan silu hokeyy..?
tapii .. sebenarnya, apa motif aku publishkan entry ni hari ni ?? nak galakkan korang meniru dalam exam? nak suruh gejala meniru dalam exam ni berleluasa di negara Malaysia niii???
ohh.. no..noo.. nooo... tidak sama sekali. justeru, tujuan aku ialah sebaliknya..
aku nak tekankan bahawa gejala ni walaupun nampak kecik, tapi effect buruknya akan timbul dalam jangka masa yang panjang. (kalau jangka masa pendek tu maknanya korang kantoi masa tengah meniru. hahahha...)
effect jangka masa panjang yang aku nak sebut kat sini ialah result exam tu sendiri.
masa sekolah dulu, aku bebudak hingusan jugakk.. pantang ada peluang, mesti lah nak tiru kann.. kalau aku tak meniru pun, tu sebab aku takut kantoi ngan cekgu pastu kertas kena rampas + dapat markah 0 secara otometik.
tu masa sekolahh..
bile dah masuk UniSZA???
k fine. mengaku. aku still meniru jugak bile ade test or kuiz. tapi sikit-sikit je lahh.. exam final memang aku tak meniru langsungg.. sebab?? sebab ramai pengawas peperiksaan disekeliling.. huhuu.. kalau test or kuiz, duduk kerusi dekat-dekat, so memang tersangat boleh lahh nak meniru.
and i got pointer 3.94 .
'waw'!
u just said 'waw!' , right?
actually, the first sem only contain 4 subject. so thats why its easy to grab the marks.
tapi bile aku kenang kenang balikk.. hummm .. did i really deserve it?? betol ke ini dari usaha aku sendiri?? yupp... memang lah kuiz n test tu tak banyak pun aku tiru. setakat 4 or 5 soalan je. dan peratusannya dalam result aku pun sikit aje.. about 20 or 15% je..
but still.. its not completely came from me..
when i mentioned my result to anyone, they just got 'aww!' everytime.! they called me a smart girl. they looked at me as if i'm a genius one!
bermulanya semester 2,...
mereka masih memandang tinggi pada aku . setiap kemushkilan.. setiap persoalan.. mesti diorang tanya aku bila sume orang lain takleh jawab soalan tu! my reaction?? well, most of the time, i just said "Tak Tahu..."
sebab aku memang tak tahu.. or kadang-kadang aku tak sure jawapan tu and aku tersangat-sangat tak suke jawab soalan orang bile aku sendiri tak yakin dengan jawapan aku tu.. lantaklah diorang nak cakap aku sombong kedekut ilmu ke hape. dah memang aku tak tahu. nak buat macamana..
dan antara sebab lain ialah aku taknak diorang terus pandang tinggi pada aku. aku taknak diorang anggap aku budak pintar... budak pandai.. budak genius.. budak IQ tinggi..
dan pada sem 2, aku bertekad.. sungguh-sungguh.. yang aku takkan sekali-kali meniruu.. biarlah aku tak dapat jawab ke hape ke.. memang aku berazam yang aku takkan meniru. dulu masa sem 1 aku masih budak mentah .. biasalah.. budak baru lepas SPM..
bila dah naik sem 2, otak aku dah boleh berfungsi dengan elok dan adil serta saksama. :P
apa gunanya aku meniru?? supaya boleh tunjuk result gempak dekat kengkawan? supaya boleh tayang result cantekk kat mak bapak? supaya boleh show off kat pakwe? (ok lari topik dahh..)
sedangkan kite sendiri tahu benda tu bukannya datang completely pure dari kite punn.. tak ke VODOH (BODOH) namanya tuu???? itu namanya menipu diri sendiri..!
ingatlah kawan-kawan.. akak-akak..abang-abang .. dan adik-adik sekalian..
dengan result tu nantilah akan tentukan samada kite dapat dean list or tak. samada kite dapat diploma / ijazah kelas pertama or tak..
dengan result tu kite akan cari kerja.. dengan result tu kite pegi interview.. dengan result tu kite bagi makan anak-anak kite. sara idup keluarga kite... bagi dekat mak ayah di kampung...
persoalannya... BERKATkah???
rela ke mak bapak kat kampung tu kalau tahu korang meniru masa test dan kuiz?? rela ke bos korang amek korang kerja kalau dia tahu korang meniru dalam final ?
sekarang aku dah boleh berfikir.. berfikir jangan cuma guna otak. guna hati dan IMAN.!
kalau gune otak je, bile lecturer keluar kelas, mesti korang akan cheat. percayalah!
tapi kalau gune IMAN, korang takkan sekali-kali cheat.
aku dah cube. amanah pada diri.
integriti itu perlu .(uit,. dah macam iklan kat TV.haha)
but seriously, the point is, AMANAH! tambah-tambah bile kite ni muslim.. kite tahu Allah ada. kite tahu Allah sentiasa melihat.
dan setelah berakhirnya sem 2, aku telah berjaya mengotakan janji aku pada diri sendiri dan tunaikan azam aku untuk tak meniru langsung!
and the result??
well.. of kors menurun sebab sem 2 ni ade 9 subjek sumenya.
but still, alhamdulillah.. dean list.
3.85
dan bile aku tengok result aku ni, aku rase puass hatiii sangat!! ni hasil usaha aku sendiri!! ni hasil aku stay up! hasil aku hafal banyak-banyak sampai cair! hasil aku buat assignment!
and no one can deny that fact!!
dan untuk sem 3 sekarang ni, aku masih istiqomah di jalan ini.. and i hope i'll stay like this until the end of my life..
aku teringat masa test hari tu... memang aku takleh jawab . bukan sebab aku tak baca buku.. tapi soalan yang unpredicted sangat-sangat..! ustaz peruntukkan 20 markah untuk satu soalan besar tuh.. ada 40 tempat kosong yang kena isi.. dan soalan tu dia suruh isi nama-nama kitab + nama penulis + tahun kematian penulis. aku hafal.. tapi aku takde lah hafal sume..sebab ingatkan soalan yang jenis "sila nyatakan 3 nama kitab...."so, aku pun hafal la 4 je dari kitab-kitab yang banyak tu..
tapi soalan ni dia copy 100% dari buku dan kosongkan tempat yang berkenaan. kesimpulannya, sape yang tak hafal sume, memang takleh jawab. so, aku redha je lahh. dah memang bukan rezeki aku. orang sebelah aku duk tunggu peluang nak tiru aku. hihi.. aku tahu.. sebab ada satu soalan tu aku tersilap tulis jawapan dan aku perasan jawapan die pun sama macam aku tulis jugak. .. naseb baik masa semak balik tu aku perasan dan sempat ubah.. pastu aku terbalikkan kertas supaya dia takleh tengok.hahahaha...
dah selesai jawab, aku ajak la diorang pegi depan hantar sekali..tapi diorang taknak anta lagi sebab tengah busy nak menanya jawapan kat orang lain. diorang cam ingat aku dah siap dan boleh jawab sume ah sebab nampak aku nak hantar awal. aku pun terus tayang kertas aku. bahagian yang kena isi tempat kosong tu, aku cume dapat isi 14 je daripada 40 tempat kosong. see? tak sampai separuh! bile aku tunjuk je kertas aku tu, diorang cam tergamam la jugak.. ekspresi muka diorang macam "bia betol koo syahh!! dah kalau ko tak leh jawab, jom la tiru kitorang!"
aku buat muka selamba . aku cakap "memang ni je yang aku hafal. ni je yang aku boleh tulis. kalau aku duduk kat sini lama-lama pun, bukannya aku boleh jawab punn.. so, baik aku pegi hanta sekarang.."
i know the fact that takkanlah hidayah tetibe turun dari langit or kucing datang bagi jawapan kat aku kott.. so, sebab tu aku tak suke tunggu lama-lama.
i already gave all that i got.tak salah kan kalo aku hantar kertas kosong macam ni , instead of aku tiru orang lain and tunjuk result tu kat Umi dan Abah aku??tak rasa berdosa ke woii??! antara MARKAH dan KEBERKATAN, mana satu yang lagi pentingg??
masa test semalam pun sama.., aktiviti peniruan masih berjalan seperti biasa. orang depan aku, tepi aku, belakang aku .. sume berbisik-bisik.. main pas-pas kertas.. main isyarat tangan.
Allahu.. sabar aisyah... selagi ko boleh tahan, ko tahann... fuhh. *lap peluh*
aku dah letih nak menaip panjang -panjang. korang pun dah besar, dah boleh pikir sendiri. KEBERKATAN itu penting. AMANAH itu perlu. JUJUR itu compulsory. MATI itu pasti. (eh? tetibe terkeluar dari landasan pulak.haha.)
so, fikir guna IMAN. maka perbuatan korang pun in sha Allah berlandaskan iman dan akhlaq yang terpuji jugakk.. aku doakan korang yang terbaik dan harap korang doakan aku tetap di jalan ini okeyy..
wassalamualaikum.. :)