Cerpen Bersiri : Hey,you! Jangan Sentuh Aku! -part 1.
,20:20 |
2 Comment
Bab 1
“Ya Allah..!!lima minit je lagi..lima minit je..!!”
Hati Humaira’ menjerit sekuatnya tatkala dia sedang berlari-lari anak
menuju ke dewan kuliahnya petang itu. Masakan tidak,kelas Puan Zaiton akan
bermula kurang lima minit lagi,sedangkan dia baru menjejakkan kaki di luar
rumah sewanya itu setelah menyambar buku-bukunya di atas meja. Otaknya sudah
tidak dapat berfikir seperti orang normal. Apa yang dia tahu,dia harus segera
sampai ke dewan kuliah sebelum pintu dewan ditutup secara automatik oleh tangan
Puan Zaiton. Dia tahu,pensyarahnya itu amat bencikan orang yang tidak menepati
masa.
Mujurlah rumah sewanya tidak terletak jauh dari kolej tempat dia menuntut.
Perjalanan menggunakan kaki sendiri juga hanya memakan masa 8-10 minit.
Malangnya, dia tertidur dan hanya tersedar pada pukul 2:50 minit petang.
Rakan-rakannya yang lain pula berada di perpustakaan sejak pagi lagi.
Selepas melalui kafeteria,Humaira’ mahu menambah kelajuan kakinya ketika
dia tiba-tiba dirempuh oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Segala buku dan
kertas assignmentnya segera melayang
dari tangan dan mendarat dalam longkang berhampiran.
“Aduh!!!Ya Allah!!!buku aku!assignment
aku!” Humaira’ menjerit lantas meluru ke arah buku-buku dan kertas assignmentnya yang sedang enak berendam
dalam air longkang.
“Matilah aku..! habis basah!!!” Humaira’ benar-benar tidak kisah tentang
buku-bukunya,tetapi bermati-matian mengipas-ngipas kertas-kertas assignment yang perlu dihantar tiga hari
lagi.
“Oh my God!sorry , I’m really sorry! Saya tak sengaja!” lelaki yang
merempuh Humaira’ bersuara tatkala melihat keadaan Humaira’ yang kelam-kabut
itu.
“Hey,you! Mata kau letak kat mana,hah?! Habis assignment aku..!!” Humaira’ terus mengomel seorang diri.
Lelaki tadi segera mengangkat tangan seperti penjenayah yang menyerah diri
kepada polis. “I said I’m sorry!ok,ok. I’ll help you to fix it! Esok,pukul
10,library!” Dia kemudian terus memecut ke ruang parkir seperti dikejar anjing.
Humaira’ sempat menangkap bait-bait perkataan lelaki itu antara dengar dan
tidak. Dia masih berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. Kini,bukan
setakat dia terlewat ke kelasnya,tapi segala bahan-bahan assignment yang siap
disusun telah dibasahi air longkang berhampiran kafeteria. Dalam hatinya,dia
tidak habis-habis memarahi lelaki tadi. ‘Sudahlah langgar orang sesuka
hati,lepas tu terus lari macam kene kejar hantu!’ Omelan Humaira’ semakin pedas setelah
mengenangkan bahunya yang sakit dan keadaannya yang berserabai seperti orang
yang sesat di hutan selama 3 hari. ‘Poyo punya mamat! Nasib baik tak ada yang
makan selipar aku ni tadi!hish!’
Lebih teruk lagi,pintu dewan kuliahnya sudah pun dikunci semasa dia memulas
tombol pintu itu dengan sekuat hati.
“Aaargh...!!!ni semua kau punya pasal la! Sia-sia je aku lari macam tengah
Marathon tadi!” Kepanasan hati Humaira’ sudah mencapai tahap maksimum. Mukanya
juga sudah kelihatan seperti gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja.
“Siaplah kau esok!!!” Tiba-tiba,bibir Humaira’ mula mengukir senyum yang
penuh bermakna. Seketika kemudian,dia ketawa terkekeh-kekeh seperti orang yang
sudah hilang akal. Sudah gilakah dia???
Irham masuk ke dalam kereta Mercedesnya
sepantas kilat setelah penat berlari dari dewan kuliahnya ke tempat parkir.
Bukan senang hendak mengelak daripada bertembung dengan gadis gedik yang
terkenal dengan nama ‘Wawa’ di kolej itu. Biasanya,sebelum tamat masa
kuliah,dia sudah tersembul di muka pintu dewan kuliah Irham untuk mengajak
lelaki itu keluar bersama.
“Fuhh..lega aku! Nasib baik sempat!” Irham melepaskan nafas kelegaan
walaupun dia masih termengah-mengah akibat berlari lebih kurang sejauh 300
meter tadi. Tanpa diduga, beberapa ketukan di cermin keretanya membuatkan dia
kembali meratapi nasib malangnya.
‘aduh...apalah nasib aku hari ni! Perempuan ni pun satu. Dah macam hantu.
Sejak bila pula dia ada tepi kereta aku ni!’ Walaupun hatinya tidak
berhenti membebel, dia tetap membuka cermin tingkap kereta itu perlahan-lahan.
“eh!Wawa! Kebetulan pulak! I dah nak balik dah ni,” Irham menyambut
kedatangan Wawa dengan dialog palsu dan senyum yang sangat plastik. Bagaikan
tetamu yang tidak diundang,Wawa terus membuka pintu kereta dan duduk di atas
kusyen empuk itu.
‘alamak! Aku
lupa nak kunci pintu! Kalau tak,aku dah terus pecut kereta,tinggalkan perempuan
gedik ni. Biar dia terjerit terlolong panggil mama dia!’ Irham memang rimas
jika terpaksa berkepit dengan Wawa.
“Am, you nak
balik,ye? Kalau macam tu,tumpangkan I sekali. On the way nanti, kita boleh
singgah makan-makan and shopping!” Wawa terus mengeluarkan idea ‘bernas’
nya tanpa diminta.
‘Banyak
cantik muka minah ni! Sudahlah masuk kereta orang macam ‘pendatang asing tanpa
izin’, lepas tu ikut sedap hati dia je suruh aku habiskan minyak kereta aku
ni.’ Irham tidak habis-habis membebel dalam hatinya. Bibirnya pula terus
mengukir senyum sumbing yang memang sudah dikhaskan untuk Wawa seorang.
Antara rela
dengan tidak, kereta itu akhirnya mendesup laju membelah jalan raya di hadapan
kolej itu.
‘Semua ni
sebab budak serabai tu,la! Kalau la dia tu tak letak mata dia kat lutut, aku
mesti sempat lari dari minah gedik ni!menyusahkan betul!!! Tunggu je la esok...
tau la aku apa nak buat! Jangan ingat budak hingusan macam kau boleh main-main
dengan Irham Zikri bin Zainal!!!’ Irham mula membayangkan rancangannya untuk
esok hari. Sekejap matanya bersinar-sinar,sekejap bibirnya digigit,sekejap pula
keningnya terjongket-jongket.
Wawa yang
sedari tadi memerhati kelakuan Irham merasa aneh,tetapi tidak mempedulikannya.
Apa yang penting, rancangannya berjaya. ‘mungkin Irham terlalu teruja keluar
dengan aku,’ Dalam diam,dia mula menyusun teori sendiri. Teori yang tidak
pernah dan tidak akan pernah tepat untuk seumur hidupnya.
--------------bErsAmbuNg.......
untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<
--------------bErsAmbuNg.......
Ekspo MAIK at Istana Negeri Kelantan
,19:36 |
Comment
Argh...borinknyer..boring nyer...
Aku ekcelli dah lame terseksa dengan keboringan ni..so
memandangkan ade ekspo MAIK (Majlis
Agama Islam Kelantan) yg diadakan kat Istana Negeri Kelantan,aku dah lebih
seploh kali desak mak aku suruh pegi sane..weheheee..
Macam yg korang tengok kat atas tu..ekspo ni berjalan dari
1nov – 6disember.. lame gak tuh..
Disebabkan istana negeri ni dekat je ngan rumah aku,dlam
mase 4minit setengah gitu kalau jalan kaki..aku mesti la wajib
pegi,kan??orang jauh2 pun datang ..takkan aku yg dekat ni tak
boleh?well..lagipun kan,bila lagi nak masuk istana negeri..selain dpd hari jadi
sultan,memang tak boleh masuk arh..lainlah kalau aku ni kerabat diraja
ker...(berangan je lebih)
So,10 / 11 mak aku ajak pegi.aku pun ikut je laa..aku pegi tu
lepas Zohor..aktiviti pentas kebanyakan ade belah pagi..
So,mase aku pegi tu memang takde persembahan ape2..ADE APE
KAT SANE??
PAMERAN..yup,.pameran sejarah Islam ..gempak jugak wey..aku
tengok tak putus2 orang kuar and masuk dewan pameran tuh..... macam2 dia
pamer..yg aku sempat tengok such as pedang Saydina Ali,Uthman Affan..and banyak
lagi pedang,tapi aku tak sempat hafal name..tapi replika je la.
Pastu ade quran yang sudah berusia and yang unik macam yg ditulis
atas daun lontar and pelepah tamar. And yg buat aku terkezut,ade jugak al-Quran
tulisan tangan pelajar2 sekolah Yayasan Islam Kelantan dipamer kat
situ!!well..sekolah aku antara sekolah dibawah Yayasan Islam Kelantan la..nak
tau??al –quran tulisan tangan tu ditulis by pelajar2 sekolah aku la kebanyakannye..sebab
acara tu dibuat sempena Sambutan Jubli Intan yg diadakan kat sekolah aku around
bulan March ari tu. Seramai 604 pelajar yg join bende ni..1orang,tulis 1 muka
surat. Dalam mase 1jam,sebuah al-Quran tulisan tangan siap!! Tau tak??acara ni
dapat masuk dalam Malaysia’s Book Of Record tau!!! Jangan main-main! Kakak aku
and kawan2 aku pun turut sama tulis .kakak aku dah belek2 quran tu,cari muka
surat yg die tulis.jumpe!! eksaited rase,tau!!
Pastu yang paling aku suke tengok,replika Rumah Nabi Muhammad
S.A.W... kecik je rumah tu..orang ramai dibenarkan masuk.berpusu2 weyh...sampai
aku tak sempat nak masuk.satu saat pun tak kosong rumah tu.aku sempat gak
terpikir.,Nabi S.A.W. yg jadi kekasih Allah pun tinggal kat umah kocik macam
tu.walaupun rumah aku ni takde la besar mane,yang pasti,lebih besar dari
replika tuh..humm..kesian kat Nabi. (-,-)
Pastu,banyak gak gerai jualan kat sini,,tapi ade jugak
several gerai jualan yang tak bukak.cuti kot..he3..aku beli ape??ape lagi?makanan
laaa....!!
Aku pegi beli air float ngan ayam K.F.C...ops! jangan
misunderstood..K.F.C tu bukan Kentucky Fried Chicken yg ade logo orang tua
pakai spek tu..tapi ni adalah ‘Kel.f.c’ yang bermakna : Kelantan Fried
Chicken..!! hahahahaaa..
Pastu aku balik,layan makan ayam ..then perut pun sudah
kenyang.. The endz!!
KLIK SINI,OK !! >>
http://my.churpchurp.com/isyapurple/share/AstroGradz3BM
KLIK SINI,OK !! >>
SPM sudah berakhir! Apa yang menanti selepas ini?
Selepas peperiksaan SPM berakhir, inilah masa di mana anda dibelenggu dengan pilihan kerjaya idaman anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)