Maklumlah... Aku Kan Anak Mak...~

,22:06 | Comment


Uwaaa..... boring giler aku duduk kat umah ni dua orang jer, ngan kakak aku..
Mak aku dah pegi KL semalam.. Tau tak,aku sedang dalam keadaan kekurangan kasih sayang sekarang ni. hehehee.. bukan aku tak pernah duduk jauh ngan mak aku..setakat 3hari 2malam tu aku dah biasa dah.. tapi tu aku tidur kat sekolah,ngan kawan2..so takde la rase boring sampai nak gigit bantal. tapi duduk kat rumah 2 orang ni sangat2 menyeksa batin aku beb.. aku tak tau nak cakap ape dah..

korang nak tau tak? tak nak tau? ade aku kesah?aku nak cite jugak! hahahahaaa... pagi tadi kan, mase aku nak pegi kelas tambahan kat sekolah aku, aku singgah dapur jap, sebab nak minum air.. mase tu aku tengah cakap ngan kakak aku ..pastu, tanpa aku sedar, tetiba je aku basuh tangan aku , then dalam hati aku, niat nak salam ngan kakak aku. 

Suddenly, aku terperasan. "eh,apahal pulak aku nak salam ngan die?" aku cakap kuat2 dalam hati..haha.. memang la boleh salam ngan die,tapi aku tak biase coz die tu tua setahun je daripada aku.. biase aku nak pegi sekolah, salam mak...salam ayah... tapi sekarang, apakan daya..aku ditinggal oleh ibu kandung sendiri...alohaa... esok mak aku balik lah..

ok,moral nya disini, pada korang2 yg masih punyai ibu, hargai lah mereka,. nanti diorang dah takde, baru korang rase perit macam mana.. believe in me, coz you'll never regret...

wassalam...



CerPen Bersiri "Hey,you! Jangan Sentuh Aku! " -BAB 2!

,16:21 | Comment
 
 
 
Maaf atas keterlewatan meng'update' episod baru untuk cerpen bersiri ni...
(hehehee..macam lah ade orang yg tunggu cerpen aku ni!)
ok lah,ni episod2 untuk cerpen ni. untuk bace episod pertama, sila lawat page 'Cerpen Bersiri'..
Bab 2


“Hish! Bengang betul aku! Kalau ikutkan hati,dah lama aku karate mamat tak sedar diri tu!” Humaira’ masih belum dapat menyejukkan hatinya walaupun sudah menghabiskan segelas nescafe ais di kafeteria tadi. Kakinya dihentak-hentak pada lantai rumahnya yang tidak bersalah itu. Pintu juga tidak terlepas daripada hukuman. Ia dihempas sekuat hati. Mujurlah rumah itu diperbuat daripada simen,kalau tidak sudah lama ia runtuh dek hentakan kaki Humaira’.

Dia segera merapati sofa di ruang tamu lalu duduk dengan perasaan marah. Dia tahu,jika seseorang itu sedang marah dan ia sedang berdiri,maka hendaklah ia duduk untuk meredakan marahnya.

“Astaghfirullah al azim..astaghfirullah..astaghfirullah....” Humaira’ lantas beristighfar beberapa kali. Dia mahu menghapuskan rasa marah itu. Seketika kemudian,mukanya yang merah mula berubah ke warna yang asal.

“Assalamualaikum...” suara rakan-rakan Humaira’ mencecah gegendang telinganya.

“Waalalikumussalam...”  Humaira’ terpaksa menjawab dalam keadaan marahnya yang ditahan-tahan daripada keluar. Kalau tidak,mahu sahaja rasanya dia mencekik rakan-rakannya yang langsung tidak bersalah itu.

“Eh,bukan ke kau kata kau balik lewat petang ni?” Sarah bertanya dengan wajah yang kehairanan.

“A’ah la.. Awal pulak kau sampai rumah? Ni baru pukul 3 setengah?!” Alya kemudiannya menambah lagi perencah kepada soalan yang belum berjawab itu.

Humaira’ yang sedari tadi cuba untuk melupakan kejadian yang menaikkan suhu mukanya segera melepaskan keluhan yang berat. Perlukah dia me’rewind’ kembali peristiwa yang berlaku tadi?? Peristiwa yang hanya akan membuatkan dia rasa ingin menangis sekuat hati itu?

Klik untuk sambung baca cerpen ini...

untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<

My Mom Gonna Leave Me Alone...!

,12:54 | Comment
Salam sejahtera...
Wah...rindunye aku nak tulis post baru dalam blog ni..
tapi sebab ade masalh teknikal yang disengajakan, so aku tulis post ni pun dalam keadaan rushing giler,,,
Aku terkilan... banyak benda actually buat aku terkilan.. dah la semalam tak jadi pegi stadium, tengok 'Bicara Selebriti' pastu esok pulak mak aku nak pegi KL, sebab abang aku konvo..
Tapi,aku dapat satu gambar yang menyejukkan hati aku masa aku bukak FB tadi,..
 
 
 
 
 
tu dia.....aku ingatkan sikit je orang Kelantan nak pegi bicara selebriti kat Stadium Sultan Muhammad ni , sebab malam semalam ade bola.. tapi, rupe-rupenye, penuh satu stadium tuh!! huih! mesti jem giler3... aku dah ajak mak aku pegi ...tapi ayah aku pulak taknak! huh ! dah takde rezki kan,...nak wat camne.. Kalau tak boleh jugak tengokHeliza Helmi..
 
 
 
 
 
Wait..wait!! actually aku nak citer pasal mak aku nak tinggal aku ... camne pulak boleh pi cerita pasal Bicara Selebriti nih?? hehe..
ok la..actually aku tak penah kena tinggal kat umah lagi..walaupon bukan sorang-sorang, aku la yg kene bantai buat keje umah sebab akak aku belum habis SPM lagi...pastu abang aku je la yang ade kat umah? nak suruh buat keje umah? haram! basuh pinggan sebijik pun malas!!
so, aku akan terasa kehilangan yang amat..tak de lagi yang akan siapkan sarapan untuk aku.. takde yang nak basuh baju aku (pakai washing machine) ..takde yang nak kejut aku pegi kelas tambahan.. and bile aku balik sekolah penat2 , pandai2 la kene cari makanan nak makan..! hu...sedih gilerrr...
ok,done... Assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...