Barang-barang yang diperlukan untuk ke UniSZA
,11:46 |
13 Comment
Belajar untuk Adapt dengan Pantas!
,09:06 |
3 Comment
Hari Sabtu
, 20/6/2015.
Aku tiba di
UniSZA. Dengan semangat perjuangan baru.
Semester
baru kini bermula.
Walau
berhadapan dengan kotak bersaiz separuh katil bujang untuk diangkat dari stor
ke bilik ‘baru’, namun hati tetap kena redha. Kena sadho.
Tengahari
itu aku sampai ke bilik.
Aku tenung
katil ‘baru’ aku. Dan almari ‘baru’ aku. Juga meja study ‘baru’ aku.
Bilik air.
Ampaian. Tandas. Tempat basuh baju.
Semua
berbeza. Completely different.
As we all
know, untuk semester pendek kedua ni, semua orang kena pindah bilik. Obviously,
semua kena pindah ke blok kediaman lama. Sebab blok baru budak diploma kemasukan
baru yang duduk. So, kami sebagai senior baru yang prihatin dan cakna akan
keselesaan para junior pun berbaik hati untuk membiarkan mereka mengambil alih
‘rumah kami’ yang sudah hampir satu tahun diduduki. Kahkahkahh…
Kalau
dahulu..
Bukak pintu
rumah je, ade rak kasut. Ruang tamu. Bilik air. Tandas. Dapur. Ampaian. Pastu
ada 6 buah bilik. Selesa. Macam duduk apartment.
Tapi kini…
Bukak-bukak
pintu je, nampak katil terus. Almari disini pula tidak seluas dan banyak ruang
seperti almari dulu. Meja study tak payah cakap.. ade drawer sebiji je. Tu pun
punye susah giler nak bukak sampai terangkat meja bila ditarik drawer tu.
Hahaha.. kalau dulu, almari punye la banyak drawer sampai tak tahu nak bubuh
ape dalam tu. Banyak sangat ruang! Sampaikan bile kawan USIM aku tengok gambar
meja study aku tu, dia boleh cakap “untunglah.. meja study cantik..” Masa tu
rasa cam ‘eh. Apakah??’ jerr.. sebab tak tahu yang meja study orang lain tak
seindah itu. Hahaha.. ni sekali kena atas kepala sendiri… hurmm.. baru tahu
rasaaa..
Tu belom
nak cerita pasal bilik air. Sangat lain dan ambil masa untuk aku sesuaikan
diri. Kalau dahulu, di blok kediaman baru, ada bilik air yang besar dan selesa.
Dalam tu ada 3 tempat shower dan 3 biji tandas. Disediakan dalam setiap rumah
yang diduduki maksimum hanya 12 orang. Kalau ada yang lagi naseb baik, satu
rumah ada 8 orang je. So, bilik air dan tandas memang mencukupi, selesa, tak
perlu tunggu orang lain mandi.
Tapi di
blok lama?
Satu aras
ada 25 bilik. Which make the total of students is 50. Dan bilik air disediakan
di kedua-dua belah hujung tangga kiri dan kanan. Setiap bilik air bilangan
shower dan tandas sama macam di blok baru jugak.. tapi yang berbeza ialah
bilangan pelajar yang menggunakan bilik air tu. Bayangkan kalo dulu 12 orang
untuk satu bilik air. Kali ini 25 orang untuk satu bilik air! Dan tempat
membasuh kain memang sangat tak efisien sebab hanya ada di salah satu belah
tangga sahaja. (naseb baik dekat dengan bilik aku) .. dan dalam tu hanya
ada 3 buah sinki sahaja! So, jangan
cakap kitorang ni anak dara pemalas kalo lepas ni kitorang basuh baju guna
washing machine je .. haha.
Dan satu
lagi cerita lawak bila aku terpaksa tanya bebudak blok lama pasal cara-cara nak
survive kat sini. Sampaikan soalan yang paling noob pun aku tanye gak.. which
is “ wey.. nak basuh pinggan kat manee?” hahhaa.. sebab?? Sebabnyaaa.. kat blok
baru dulu, ada disediakan dapur. Kan aku cakap.. blok baru tu dia macam
apartmen. So, memang ada dapur yang sangat comfortable. Dengan kabinetnya,
water boiler, dan sinki khas untuk basuh pinggan.
Kat sini?? Memang
kena gune sinki tempat basuh baju tu jer lah.. takpun kalo korang rela nak pi
basuh pinggan dalam sinki kat bilik air pun takpe.. which is sangat aku tak
suke. Ahhahaaa..
Aku terbitkan
entry ni bukan untuk mengkomplain fasiliti di UniSZA.
Apa yang
aku nak sampaikan disini ialah tentang kebolehan dan kemampuan seorang
mahasiswa (or mahasiswi) untuk meng’adapt’kan diri dalam apa jua situasi. Terutama
kat UniSza yang memang wajib ambik short sem untuk bebudak diploma. Short sem
hanya makan masa selama 7 minggu sahaja. (tak termasuk cuti raya and else) so,
memang kena belajar adapt dengan pantas.
Kalau nak
bagi contoh diri ku sendiri, masa sem satu dulu (short sem) aku duduk di blok I
(blok baru). pastu masa cuti sem tu, dah kena pindah dah. Bayangkan lah barang
aku pun tak berapa siap nak unpack lagi, dah kena packing beg balik!! Ingat senang?
Banyak kot harta aku angkut bawak mai sini.. dahtu pulak masa tu memang aku dah
selesa dengan bilik tu dan baruuu je rase dapat adaptkan diri. Baruu je rasa
boleh anggap housemate tu macam family.
And worst, cuti
untuk sem satu hanyalah 2 minggu. Rasa cam tak dapat rehat lagi tangan ni
mempacking barang , dah kena unpack balik untuk naik ke sem 2 di bilik yang
berlainan, iaitu blok D.(masih blok baru) kira okey la sebab dapat blok baru..
kirenya susunan fasiliti masih sama dengan dulu.. cume dapat housemate yang
berbeza jee.. dan kena belajar untuk sesuaikan diri dengan diorang pulak..
Dan untuk
sem 3 , alhamdulillah kitorang tak perlu pindah.. so masih stay disitu. Selesa.
Sangat kamceng dengan housemate. Sangat understanding dengan roomate. Lebih kurang
8 bulan kami di rumah itu. Rasa dah macam rumah sendiri pun ade. Rumah kedua. Honestly
said, masa cuti sem 2 itu hari, memang ada rasa rindu nak kembali ke rumah di
UniSza. Walaupun memang berat hati nak tinggalkan rumah di kelantan.
And bile
berakhirnya sem 3, disitulah berakhirnya kebahagiaan kami. Cuti sem 3 hanya 2
minggu sahaja. Tak rasa puas duduk kat rumah sendiri. Bila rasa macam baru je
nak biasakan diri kat sana, dah kena balik semula ke unija and the most important part is kena ngangkut barang dan
unpacking balik!!
Tambahan pulak,
macam yang aku cakap tadi.. sem ni duduk kat blok lama.. so memang banyak yang
perlu dibiasakan..
Begitu. Kehidupan
seorang mahasiswa.
Perlu berani
menghadapi perubahan. Perlu cekap mengendalikan ketidakbiasaan. Perlu sentiasa
belajar untuk improve diri sendiri. Disini, tak ada lagi mak ayah nak tolong siapkan
bilik. Segala kelengkapan, cari dan susun sendiri mengikut keperluan. Tak ada
lagi siapa nak tolong tanya samada kita selesa atau perlukan apa-apa.
Belajar. Belajar.
Dan sentiasa belajar.
Itu tugas
kita.
tanggungjawab kita.
The End of Semester 3.
,11:02 |
2 Comment
Hari Selasa, 2 hari bulan 6, tahun 2015. Secara rasminya aku telah tamatkan final exam sem 3 aku dengan tak berapa boleh dikata cemerlang sangatlahh actually.. hahaha. Ni exam yang paling teruk kot penah aku hadapi seumur hidup aku kat UniSza ni.. tak dinafikan banyak cubaan dan ujian yang terkadang membuatkan aku rasa nak jatuh terduduk atas lantai hingga tak nak bangun-bangun lagi dahhh..
Ok. So, aku get up balik lah akhirnya..
And… that’s it! Akhirnya berjaya jugak habiskan final sem ni walaupun memang berjalan tak berapa nak lancar seperti yang dirancang. Huhuhuh… sebab?
Banyak buang masa!! Study week tak payah cakap ape lahh.. dalam sehari tu sentuh buku 30 minit je.. pastu duk melayan movie . tak pun bersembang dengan housemate sampai tak hengat duniaa.. bhahahahaa..
Humm.. jap aku nak kira bintang kat langit dulu. Kalau dah habis kira nanti baru aku boleh predict dapat ke tak dean list tuu..
What do I have for this 2 weeks semester break? Haa.. jangan terkezut bila aku tulis 2 weeks sebab cuti sem unisza memang “alahkenapasekejapsangatmakjemahoiii..”
That memang aku tak boleh nak buat pape.. kecuali kalo korang berani nak bersua muka dengan TNC . kahkahkahh..
Jadi I redha + redah aje lah mana yang mampu I buat sepanjang cuti ni..
Anyway, aku dah buat list dah pun makanan ape aku nak masak sepanjang cuti ni. Whahaha.. melampauuuww.. eh. U ape tahu! Kat unisza sane bukan boleh masak pun! 6 bulan kot aku tunggu peluang ni..
Tapi sedih gile sebab kat rumah takde bahan-bahan nak memasak.. so, mission ditangguhkan. Tunggu aku gi shopping the ingredients dulu lahh.. hehe.
Ok. Plan B is BUKU. Yeahh.. I got a lottt of books to read.. seriously a lot. Daripada pembelian guna baucer buku sampailah buku-buku inggeris yang aku beli kata Big Bad Wolf yang diadakan kat UniSZA baru-baru ni…
Subscribe to:
Posts (Atom)