O.M.Gee!!Apa Yang Telah Terjadi?!

,17:04 | Comment



mungkin someone akan merasa aku ni vodoh yang amat sebab aku nak tanye benda ni..
tapi dah aku tak tau, so, kene la tanye,,. nanti sesat jalan pulaks..hehe..
ni haa.. tadi aku intai 'search keyword' blog aku ni..

so, ade la sorang makhluq tuhan yang searh 'patung angry bird malaikat tak masuk' ..pastu aku try copy ayat tu, and aku saje2 je try google balik, and hasilnye??
aku jumpe post dari blog aku kat page pertama.
tapi masalahnye,.. korang try tengok ni hah,, :


tengok tu!! blog post orang laen semua ade sekali ngan tajuk die. tapi, kenapa aku takde?? it's mean yang orang tu tak boleh nak masuk kat blog post aku yang amat istimewa itu..
apakah ?? aduhh..aku bingung.. mohon pertolongan dari insan2 yang berhati mulia... plieezzzzzz.......!!!!!
 
 
wahh..sedapnye pizza tu...!! nyam2.. 

campaign imageCan’t get enough cheese?
With the new #Cheesy7 pizza, the double-layered pops crust gives you even more cheese!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Maklumlah... Aku Kan Anak Mak...~

,22:06 | Comment


Uwaaa..... boring giler aku duduk kat umah ni dua orang jer, ngan kakak aku..
Mak aku dah pegi KL semalam.. Tau tak,aku sedang dalam keadaan kekurangan kasih sayang sekarang ni. hehehee.. bukan aku tak pernah duduk jauh ngan mak aku..setakat 3hari 2malam tu aku dah biasa dah.. tapi tu aku tidur kat sekolah,ngan kawan2..so takde la rase boring sampai nak gigit bantal. tapi duduk kat rumah 2 orang ni sangat2 menyeksa batin aku beb.. aku tak tau nak cakap ape dah..

korang nak tau tak? tak nak tau? ade aku kesah?aku nak cite jugak! hahahahaaa... pagi tadi kan, mase aku nak pegi kelas tambahan kat sekolah aku, aku singgah dapur jap, sebab nak minum air.. mase tu aku tengah cakap ngan kakak aku ..pastu, tanpa aku sedar, tetiba je aku basuh tangan aku , then dalam hati aku, niat nak salam ngan kakak aku. 

Suddenly, aku terperasan. "eh,apahal pulak aku nak salam ngan die?" aku cakap kuat2 dalam hati..haha.. memang la boleh salam ngan die,tapi aku tak biase coz die tu tua setahun je daripada aku.. biase aku nak pegi sekolah, salam mak...salam ayah... tapi sekarang, apakan daya..aku ditinggal oleh ibu kandung sendiri...alohaa... esok mak aku balik lah..

ok,moral nya disini, pada korang2 yg masih punyai ibu, hargai lah mereka,. nanti diorang dah takde, baru korang rase perit macam mana.. believe in me, coz you'll never regret...

wassalam...



CerPen Bersiri "Hey,you! Jangan Sentuh Aku! " -BAB 2!

,16:21 | Comment
 
 
 
Maaf atas keterlewatan meng'update' episod baru untuk cerpen bersiri ni...
(hehehee..macam lah ade orang yg tunggu cerpen aku ni!)
ok lah,ni episod2 untuk cerpen ni. untuk bace episod pertama, sila lawat page 'Cerpen Bersiri'..
Bab 2


“Hish! Bengang betul aku! Kalau ikutkan hati,dah lama aku karate mamat tak sedar diri tu!” Humaira’ masih belum dapat menyejukkan hatinya walaupun sudah menghabiskan segelas nescafe ais di kafeteria tadi. Kakinya dihentak-hentak pada lantai rumahnya yang tidak bersalah itu. Pintu juga tidak terlepas daripada hukuman. Ia dihempas sekuat hati. Mujurlah rumah itu diperbuat daripada simen,kalau tidak sudah lama ia runtuh dek hentakan kaki Humaira’.

Dia segera merapati sofa di ruang tamu lalu duduk dengan perasaan marah. Dia tahu,jika seseorang itu sedang marah dan ia sedang berdiri,maka hendaklah ia duduk untuk meredakan marahnya.

“Astaghfirullah al azim..astaghfirullah..astaghfirullah....” Humaira’ lantas beristighfar beberapa kali. Dia mahu menghapuskan rasa marah itu. Seketika kemudian,mukanya yang merah mula berubah ke warna yang asal.

“Assalamualaikum...” suara rakan-rakan Humaira’ mencecah gegendang telinganya.

“Waalalikumussalam...”  Humaira’ terpaksa menjawab dalam keadaan marahnya yang ditahan-tahan daripada keluar. Kalau tidak,mahu sahaja rasanya dia mencekik rakan-rakannya yang langsung tidak bersalah itu.

“Eh,bukan ke kau kata kau balik lewat petang ni?” Sarah bertanya dengan wajah yang kehairanan.

“A’ah la.. Awal pulak kau sampai rumah? Ni baru pukul 3 setengah?!” Alya kemudiannya menambah lagi perencah kepada soalan yang belum berjawab itu.

Humaira’ yang sedari tadi cuba untuk melupakan kejadian yang menaikkan suhu mukanya segera melepaskan keluhan yang berat. Perlukah dia me’rewind’ kembali peristiwa yang berlaku tadi?? Peristiwa yang hanya akan membuatkan dia rasa ingin menangis sekuat hati itu?

Klik untuk sambung baca cerpen ini...

untuk SENARAI PENUH BAB-BAB DALAM CERPEN INI , BOLEH KLIK DI >SINI<

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...