Mesti buat benda ni masa tengah online!

,22:36 | 1 Comment
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



 
  buat apa? ni hah. buat benda kat gambar atas tuh. hehe..
 
disebabkan kelajuan broadband RM30 hinggit yang ala-ala siput sedut merangkak sambil makan spageti, maka terpaksalah aku buat macam ni. sambil online, sambil-sambil tengok Running Man! hah haa. bila dah nampak satu tab tu siap loading, maka aku akan pause le RM tu. 
 
haa.. cenggitu. jimat masa. 2 in 1. weheks.
sekarang ni pun belum habis lagi tengok episod 182 tu . 


Best ke THE INHERITORS?

,22:33 | 2 Comment

 
 
 Haa...tu mesti ada yang terkinja-kinja depan lappy sambil hentak mouse sebab nak cakap kat aku drama ni best giler...!!!!! kan?
 
huhu.. hari tu ada kawan aku nak bagi citer ni kat aku , guna pendrive la. then bila aku tanya, "best ke cite ni?" mesti dia akan jawab, "best la jugak.. " ala. padahal aku tahu, dalam hati dia mesti cakap , " bets gile, ok!" haha.. 

the other friend of mine pun selalu cakap, "nanti balik nak tengok the inheritors" (masa tu tengah tayang kat astro lagi) .. then bermulalah conversation diorang pasal citer ni. 
maka aku yang tak tahu hujung pangkal cerita ni hanyalah mampu mendiamkan diri sambil dengar diorang bercerita sesama sendiri. .. 

alkisahnya, hari tu adik aku cakap dia ada download satu drama korea. aku tanya , tajuk ape? dia cakap tak tahu. kawan dia yang suruh donlot. aku tanya lagi, tajuk apa? dia cakap, entah. THE ____ ape ntah? susah nak sebut. hurm. budak form 3 sorang ni memang. problem bila nak pronounce ayat BI. ceh.

aku pelik. so, aku pun apa lagik , terkam laptop and terus cari drama tu. hah! sah ! cerita ni la kawan-kawan aku pakat duk bincang hari tu!

maka, dengan semangat berkobar-kobarnya, aku gagahkan diri membuka episod pertama. eh? perempuan ni! Park Shin Hye. bukan classmate aku. bukan kakak ipar aku. anak sedara aku memang tak lah. ni haa.. aku penah tengok dia dalam Running Man, episod 120 and 121. tak berapa suka personaliti dia. bila tengok the inheritors, mesti terbayang-bayang dia dalam RM tu.

tak suka.

Lee Min Ho. 
kawan aku kata, dalam cerita lain, dia HENSEM.
tak kesah lah. yang penting, dalam citer tu memang tak hensem pun aku tengok . hehe..
 
jalan cerita? okey la jugak, tapi entah kenapa, tetiba jiwa aku terasa kosong dan bosan dengan kisah cinta terover impossible ni hah. sweet memang sweet. tapi macam mustahil gitu. .. alah. pendek kata, macam mengarut. 
 
sorry la kepada peminat-peminat drama ni.bukan nak mengutuk, cume meluahkan pendapat peribadi. kalau yang belom penah tengok lagi tu, boleh la try usha drama ni. mane tahu nanti tersangkot.. kalau tak tersangkot kat jalan cerita pun, maybe nanti tersangkot kat LMH . haha
 
sorry to sayyy.. 
aku cuba minat korean drama, korean singer, korean actor and actress. .. but! ANDWAE! (no!) no-no-no. 
 I don't know why. I just can't! and I'm proud to .

so, leave me with my own passion .
RUNNING MAN .................!!!!!!!!!!!
 
 http://dramaparadise.com/wp-content/uploads/2013/12/running-man.jpg
nah,.. yang ni baru DAEBAK!( the best!) ohohohhhhoo...


Jumpa jugak Akhirnya!!

,19:40 | Comment
 
 

 
Christian Bautista and Sarah Geronimo [lyrics]


 dah jumpa dah!! yeay! lagu citer Be Careful With My Heart. lagu yang agak slow. tapi bila aku dengar dalam citer tuh , aku tertarik dengan lirik dia. sebab tu beria nak cari. dah siap download dah. hehe..




Sammy Simorangkir - Kesedihanku (lyrcs)

ni pulak lagu dalam citer Love In Paris. best! lirik pun okey. dah lama gile kot aku cari lagu ni tau! huhu.
 

Lagi Sebijik Kek Coklat!

,22:58 | 2 Comment
 
 
dah siap sebijik lagi kek coklat! kenapa ada 'lagi'? sebab tadi aku dah buat sebijik. hehe.. Ni pun sebab Umi yang suruh. Kalau bab-bab kek, biskut, puding, pizza, haa.. memang Umi akan cari aku lah. kakak aku tak payah cakap la. dia bahagian masak sayur, lauk, and so on. tapi sekarang ni dia dah masuk U, aku la kena bantai buat semua. hehe..

buat kek ni dalam 35 minit je tadi. tapi paling leceh bila kena pukul telur + gula sampai kembang. kalau pukul telur je okey sikit. bila dah dicampur dengan gula, otometik jadi liat bebenor lerr..

masa raya puasa tahun lepas, Umi 'dera' aku, suruh buat kek sampai 5 bijik! 5 kali kena pukul telur sampai betul-betul kembang! demi Umi tercinta .. (LOL) aku gagahkan jua diri ini. hehe.. tapi bila bangun esok pagi , aduhhhhhh!! sakit lengan aku! rasa macam longgar semua otot. Urat memang sakit takleh nak kata apa dah. seharian sakit tangan tau! yang aku bengang sangat sebab bila urut, makin bertambah-tambah sakitnya. sampaikan aku tidur malam tu kena lapik bantal bawah lengan . kalau tak, memang takleh tidur.  sakit wooo..  keesokannya pun ada lagi sisa sakit tu. fuuh. dahsyat sungguh penangan membuat kek nih. nasib baek esok cuti. huhu..
 

Strangers Trying The HIJAB! ~See.How.You.Look.In.A.HIJAB!~

,14:45 | Comment

TERBAIKKK punya video nih!! best kalau boleh buat kat Malaysia macam ni jugak, kan? 
paling awesome bila ada seorang Non-Muslim tu kata " I was actually jealous at people that wearing HIJAB.."
Allahu! moga akak tu diberi Hidayah.



Bila dah naik Form 6....

,11:34 | 2 Comment

 
 
haaa!! tu nak kate aku tak pas SPM la tuh! nononono .. result kite belum tahu lagi. tak baik sangka buruk tauuw!
so, lepas selesai SPM tahun lepas, aku decide nak masuk form 6. mulanya memang rase malas. tapi bila pikir balik pasal result, aduh.. takut sangat kalau tak dapat result cun melecun macam orang lain. so, dah get ready untuk ambik STAM. aku tahu, ramai yang tak ambek STAM kan? Sijil Tinggi Agama Malaysia. ustazah aku kate kat negeri2 lain memang seciput je. tapi kat kelantan agak banyak la jugak.

And!! kawan aku ade cerita.. hari tu mase pegi JAKEL, dia berbual dengan salah seorang pekerja perempuan kat situ. rupa-rupanya dia pun baru lepas SPM. eh.eh. dah keje? cari pengalaman katenya. then pekerja tu tanya la kawan aku, dia buat ape sekarang ni. bila kawan aku cakap dia naek form 6, maka terloponglah pekerja itu. as if dalam hati die, "buat ape ambek form 6? buang masa. takde faedah."

tu lah korang. pegi sekolah ni bukan semata-mata nak ambik exam dan dapat sijil, anugerah and so on. tu duniawi belaka. yang penting, niat kita nak tuntut ilmu. biar segala apa yang diajar tu kita dapat amal. bukan sekadar hafal untuk exam, .. tak gitu?

haaa.. so, sebab tu la aku decide nak sambung form 6. daripada aku duduk umah , keje ngadap laptop aje! huhu.. lagipun kalau lah ..kalau okey. kalau result tak berapa cantik, aku boleh go on , terus ready untuk ambek STAM. taknak berlaku macam akak2 tahun lepas, bila dah kuar result and apply U tapi tak dapat, baru nak terkial-kial mintak nak daftar form 6. sedangkan orang lain dah belajar 3 bulan dah.. cikgu nak ajar balik? memang TAK lah kan...

and one more! STAM kat negeri Kelantan ni , 1 TAHUN aje tau! cikgu aku cakap , kat negeri lain, ada yang buat 2 tahun.
kelebihan ambik STAM ni, dapat jimat masa ! sebab kalau kite pegi U through SPM, kene masuk asasi , diploma ape sume tu. tapi kalau kite masuk U dengan STAM, dapat ambik IJAZAH terus, tau! haa.. jimat 1 tahun daripada orang yang pegi U dengan SPM. boleh kawin awal! (haha..gatal.)

so, pada pendapat aku, kita grab la peluang yang ada. kalau boleh daftar form 6 tu, daftar la sekarang. kang terlambat, menyesal tak sudah.. masa takleh diputar balik, okey! and kalau lah kita memang dah konfem result SPM kita yang belum keluar lagi tu akan jadi Cun, pun tak salah nak masuk form6 walaupun sampai bulan 3 je. sekolah aku memang macam tu. awal tahun sampai 50 orang sekelas. tapi bile dah keluar result, hum.. ntah berapa orang je yang stay kat Form 6. huhu..

tu je nak cakap ekceli. sebab aku ambek form 6 ni rase best jugak. terutama pelajaran Feqah. rupa-rupanya banyak lagi benda yang aku perlu tahu sebagai wanita, yang baru aku belajar masa Form 6. bab talak, faraid sume tu.. penting, tau!

last word from me.. ilmu tu boleh dituntut dimana-mana sahaja. tak semestinya kat Pondok or surau je .. so, KEEP CALM and Stay in for FORM 6. hehee..

Wassalam..

Cerpen : Hey, you! Jangan Sentuh Aku! - 8

,18:38 | Comment
 
 
Part 8



"Kau biar betul, Ira?!" suara Alya keras dan nyaring sekali. "Jangan main-main wey..."

"Mana ada aku main-main. Betul la. Korang ni... Tadi beria tanya aku. Bila aku cakap, korang tak percaya pulak," muncung mulut Humaira' ditarik sejengkal.

"Bukan kitorang tak percaya, tapi..."

"So, pasal tu la kau nampak macam orang tak siuman 2,3 hari ni? Kejap senyum sorang-sorang, kejap naik angin, kejap moody tak tentu pasal," belum sempat Alya menghabiskan ayatnya tadi, Sarah sudah menyampuk panjang lebar. Dia kemudiannya merengus kasar.

Humaira' pula tayang sengih minta ampun. "Aku bukan apa, aku rasa serba salah la.. Disebabkan aku, Irham gaduh dengan makwe dia. Tapi at the same time, aku rasa happy plus pelik bila dengar mamat tu defend aku depan makwe dia," Senyuman Humaira' semakin melebar ketika Alya tiba-tiba memegang kedua-dua belah bahunya lalu digoncang sekuat hati.

"Ira!!! Wake up! Kau sekarang ni tengah bermain dengan 'api', tau tak! Bukan api kecil, tapi api besar!"
"Apahal pulak? Bukan aku yang sengaja menggatal dengan mamat tu. Bukan aku yang suruh dia gaduh dengan makwe dia tu," balas Humaira' lagi. Dia tidak mahu dipersalahkan. Bukan dia yang cari pasal!

"So, sekarang ni kau dah ada dua orang pakwe la ye?" kata-kata Sarah itu menarik perhatian Humaira' dan Alya. Seketika, empat pasang mata memerhati Sarah dengan wajah penuh tanda tanya.

"Dua?" soal Humaira'. Sarah angguk perlahan.

"Sape?" Alya menambah perasa.


Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

Untuk Senarai Penuh part2 dalam cerpen ni, klik >SinI<
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...