Bila dah naik Form 6....

,11:34 | 2 Comment

 
 
haaa!! tu nak kate aku tak pas SPM la tuh! nononono .. result kite belum tahu lagi. tak baik sangka buruk tauuw!
so, lepas selesai SPM tahun lepas, aku decide nak masuk form 6. mulanya memang rase malas. tapi bila pikir balik pasal result, aduh.. takut sangat kalau tak dapat result cun melecun macam orang lain. so, dah get ready untuk ambik STAM. aku tahu, ramai yang tak ambek STAM kan? Sijil Tinggi Agama Malaysia. ustazah aku kate kat negeri2 lain memang seciput je. tapi kat kelantan agak banyak la jugak.

And!! kawan aku ade cerita.. hari tu mase pegi JAKEL, dia berbual dengan salah seorang pekerja perempuan kat situ. rupa-rupanya dia pun baru lepas SPM. eh.eh. dah keje? cari pengalaman katenya. then pekerja tu tanya la kawan aku, dia buat ape sekarang ni. bila kawan aku cakap dia naek form 6, maka terloponglah pekerja itu. as if dalam hati die, "buat ape ambek form 6? buang masa. takde faedah."

tu lah korang. pegi sekolah ni bukan semata-mata nak ambik exam dan dapat sijil, anugerah and so on. tu duniawi belaka. yang penting, niat kita nak tuntut ilmu. biar segala apa yang diajar tu kita dapat amal. bukan sekadar hafal untuk exam, .. tak gitu?

haaa.. so, sebab tu la aku decide nak sambung form 6. daripada aku duduk umah , keje ngadap laptop aje! huhu.. lagipun kalau lah ..kalau okey. kalau result tak berapa cantik, aku boleh go on , terus ready untuk ambek STAM. taknak berlaku macam akak2 tahun lepas, bila dah kuar result and apply U tapi tak dapat, baru nak terkial-kial mintak nak daftar form 6. sedangkan orang lain dah belajar 3 bulan dah.. cikgu nak ajar balik? memang TAK lah kan...

and one more! STAM kat negeri Kelantan ni , 1 TAHUN aje tau! cikgu aku cakap , kat negeri lain, ada yang buat 2 tahun.
kelebihan ambik STAM ni, dapat jimat masa ! sebab kalau kite pegi U through SPM, kene masuk asasi , diploma ape sume tu. tapi kalau kite masuk U dengan STAM, dapat ambik IJAZAH terus, tau! haa.. jimat 1 tahun daripada orang yang pegi U dengan SPM. boleh kawin awal! (haha..gatal.)

so, pada pendapat aku, kita grab la peluang yang ada. kalau boleh daftar form 6 tu, daftar la sekarang. kang terlambat, menyesal tak sudah.. masa takleh diputar balik, okey! and kalau lah kita memang dah konfem result SPM kita yang belum keluar lagi tu akan jadi Cun, pun tak salah nak masuk form6 walaupun sampai bulan 3 je. sekolah aku memang macam tu. awal tahun sampai 50 orang sekelas. tapi bile dah keluar result, hum.. ntah berapa orang je yang stay kat Form 6. huhu..

tu je nak cakap ekceli. sebab aku ambek form 6 ni rase best jugak. terutama pelajaran Feqah. rupa-rupanya banyak lagi benda yang aku perlu tahu sebagai wanita, yang baru aku belajar masa Form 6. bab talak, faraid sume tu.. penting, tau!

last word from me.. ilmu tu boleh dituntut dimana-mana sahaja. tak semestinya kat Pondok or surau je .. so, KEEP CALM and Stay in for FORM 6. hehee..

Wassalam..

2 comments:

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...