Derma Darah + Ekspo Makanan Halal Kelantan.

,22:43 | Comment


kenapa ada 'plus' disitu? hehehee.. sebab kedua-dua benda tu aku alami pada hari ni. mula-mula tu ada program derma darah kat sekolah. aku memang la cukup syarat.. tapi sebelum boleh derma darah tu, kena pi test dulu darah kita, nak tahu darah cair ke, darah rendah ke, .. aku ngan kawan aku pi tengok je at first tu. untuk test tu dia guna jari tengah. lepas sapu ubat barangkali, dia cucuk dengan 'pen' tu , then dia picit-picit jari kita nak bagi keluar darah. pastu dia amek 3 titik sebagai sample. aku tang 'cucuk' tu takpe lagi, tapi bila tengok dia picit-picit jari tu jadi seriau sikit.

ok. tu takpe lagi. tak berapa seram . then aku move on pi tengok orang yang tengah derma darah. mula-mula macam biasa la, dia baringkan kita atas kerusi yang landai. dah macam katil dah aku tengok. pastu siap kena selimut lagi. ada yang dapat 'makcik' tolong selimutkan. ada gak yang dapat 'abang' yang tolong selimut. err.. agak awkward disitu, ok. (tapi paling best kalau dapat 'abang' yang sorang tu. hencem. mesti bertambah-tambah semangat nak derma darah. silap-silap boleh derma sampai 2 beg. hahahaaaa.. gatal betul aku nih.)

so, sambung balik, lepas baring tu dia sapu ubat (kot) kat lengan. then suntik pulak ngan ubat bius. lepas suntik ubat tu baru la dia masukkan jarum yang membuatkan aku rasa nak terkencing dalam lengan. jarum tu kan bersambung dengan wayar untuk salurkan darah ke dalam beg darah tu. so, masa dia masukkan jarum tu, memang kena kat urat kot, then terus lajuuuu jer darah tu mengalir terus ke dalam wayar. masa tu aku memang rasa nak pengsan dah. dah terketar-ketar lutut. orang yang derma darah tu diberi sesuatu untuk dipegang dan digenggam-genggam. macam nak suruh tangan kita bergerak la, tak nak la diam ajer. mungkin takut kebas ke, ape ke.. orang yang aku tengok tu kawan kepada kawan aku. masa dia tengah derma darah tu, sempat kawan aku pi tanya dia, sakit ke tak . boleh dia jawab 'rasa geli' ..? bia betik ? aku yang tengok ni pulak rasa seriau.

ok.kesimpulannya, aku memang tak derma darah la. sebab? aku nak jugak ekcelli,.. tapi aku ni jenis mudah nervous. mudah sangat.sangat. benda kecik pun nervous macam kena suruh berucap depan satu malaysia.

tapi alasan yang paling kuat adalah sebab aku nak pi stadium sultan Muhammad ke-4 petang tadi. jalan kaki je dari sekolah aku. so, kalau aku derma darah, dah konpem-konpem la rasa letih. pening tu takyah cakap le. kang pengsan tengah jalan sape nak tolong dukung? mueheheheheeee

so, petang tadi aku teruskan agenda aku di stadium. ada Ekspo Makanan Halal Antarabangsa. hari ni hari first ekspo tu. pi jenguk2 je sebenarnya. masa baru masuk tu ada la ternampak gerai Hot Burger yang Fizo Omar punye tu. tetiba kawan aku cakap "eh. tu bukan ke fizo omar?" aku pun tengok la, ada sekumpulan lelaki tengah berbual tepi gerai tu. nampak sorang yang pakai Cermin Mata hitam. oh. tu le Fizo Omar. takde la hensem sangat pun. heheheee.. ekcelli dah pernah tengok dia dulu masa Nasi Lemak Kopi O shooting kat Masjid Kubang Kerian.

so? apa yang aku beli?
hah.. ni dia...

Cheezylicious Marie Layer. memang bercheeese sangat, okey! at first tu dia bagi try. sedap la jugak. harganya RM5 . beli 3, dia bagi RM 13. aku amek satu, kawan aku amek 2.

 
ni pulak pin. comel sangat. yang warna pink tu sangat gebu, ok. RM1 sahaja. tak kira besar mana pun. murah! aku amek 2 je. sebab bukan pakai sangat pun. nak bagi hadiah kat kawan aku jer..
 
ni beg RM14. nampak tak sangat besar perbezaan warna? hehe.. maklumlah. kamera cap ayam pencen. ekcelli warna dia memang terang macam gambar kat bawah ni,
 


 ni masa aku dah makan. nampak tak betapa bercheesy nya kek ni? ok fine. memang tak nampak. gambar blur tahap obor-obor tua.
k . tu je la yang aku beli dengan duet yang aku bawak . takde duet weyy.. nanti nak ajak Umi gi sekali, baru boleh shopping sakan.

notakaki: malam ni ada show UNIC kat stadium tu. adehh.kempunan nak pergi. takde jodoh, nak wat canner. hehehee..

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...