Kerusi Paling Atas di Stadium.

,13:01 | 1 Comment

seumur hidup aku, aku rasa termasuk kali ni baru 2 kali aku pernah jejakkan kaki dalam stadium. pertama masa aku kecik-kecik dulu . tu pun pegi sambut merdeka, tengok bunga api.

dan kali kedua?? ari isnin ari tu! hihi. tu pun bukan pegi tengok bola. aku pi stadium tertutup kat terengganu ni sebab nak sertai forum perdana. ahli panelnya ialah dr. fadzilah kamsah dan dr. ridhuan tee bin abdullah.
dengar nama panel aje dah tau mesti best. unisza sediakan 4 buah bas dan memang penuh gile sampai 2 seat tu kena duduk 3 orang. tu pun ruang berdiri penuh jugakk..

so mase dah sampai tu aku dan kengkawan pun jejakkan lah kaki dengan penuh perasaan macam rusa masuk kampung. hihii..
bila masuk tu, tempat duduk kat bahagian bawah memang dah penuh sebab ahli panel pun dah memang tengah duduk atas pentas. (dalam erti kata lain kitorang lewat laaaa..)

maka dalam keadaan terpaksa tapi teruja kami pun mendaki ke tempat duduk paling atas kat stadium tertutup tuu.. hahaha.

dan inilah view yang kami dapat dari atas tu. ni kalau ambik guna DSLR konpem lagi cantekkk.. warna warni gile.

forum perdana ni berjalan selama kurang lebih 2 jam la kott.. masa forum ni baru la aku tahu yang dr. ridhuan tee abdullah ni sebenarnya baru sahaja menjadi salah seorang lecturer kat UniSza. huuu.. nampak sangat aku ni tak ikut perkembangan semasa kan. haha.

kesimpulannya forum ni memang best gile tapi kenapa kejap sangat.. tak puas nak dengar weyy.. huhu.

tapi yang paling aku hampakan..
tak sempat selfie dengan dr. fadzilah kamsah!!!! huuuu,..


Posted via Blogaway

1 comment:

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...