Malam ni Gila Download...
,21:08 |
1 Comment
Best Ke Drama "Mr. Istikharah" ??
,16:30 |
4 Comment
haaa... dengar kata drama ni meletop-letop lepas ditayangkan kat TV3 ari tu sempena Maal Hijrah. malam tu pulak, abang aku tengok bola. so, dah habis perlawanan antara JDT dengan Pahang, baru lah adik aku TERbukak TV3.. ayah and kakak aku pun join tengok sekali.
masa tu aku tengah mengadap lappy. biasalah .. aku dan lappy memang tak leh dipisahkan. pastu tetibe kakak aku cakap "Eh, tu bukan Ashraf Muslim ke?" pastu dia siap mention nama aku lagi, nak cakap yang Ashraf Muslim tu dah belakon balik..
korang jangan tak tauuww... aku kalo dengar nama Ashraf Muslim je, mesti terus rasa nak tersedak. bhahahaa.. dulu aku memang minat die... memang la takde tulis dalam blog ni,, sebab masa aku start build blog ni , aku dah tak minat dia dahhh..
so, tetibe bile dengar kakak aku cakap camtu, terus aku pi ngadap TV. tapi sayang nyaaaaa..
scene Ashraf Muslim dah habissss!! bhahahahaa.. padan muke ko ecah.. buat membazir aje tenaga aku melompat dari sofa gaya Kluang Man semata-mata nak pi tengok dia. muahahaa..
maka setelah habis je citer tu, aku online dan nampak ramai jugak blogger-blogger yang tulis pasal Drama ni dan ada jugak yang puji.. cakap syiok la.. best la..
aku pun apa lagi. memang la terus pi cari drama tu and terus downloadd! hihihiii..
rindu nyeee tengok muke Ashraf Muslim yang tak hensem tuuu :P (sila abaikan kesengalan yang berlaku)
dan komen aku lepas tengok citer tu??
cite ni memang best sangat sangat sangatt! yes! bukan sebab Ashraf Muslim auwww..
tapi sebab jalan cite die memang menarik. lagipun banyak point dan nasihat yang terkandung dalam drama ni. aku pelik jugak masa tengok drama ni.. sebab sume pelakon pompuan dia pakai tudung dan scene-scene yang berlaku sentuhan antara bukan mahram memang tak adee.. pastu baru perasan yang drama ni terbitan dari Al Hidayah Production.. ooohh.. patutlahhhh..
bagi sesape yang belom tengok lagi, aku cadangkan supaya tengok drama ni .. memang tak rugi..
drama ni membahaskan isu kinda Cinta Islamik yang bagi aku tak asing lagi dalam kehidupan remaja zaman sekarang ni.. dia sentuh perihal Minat pada sorang Ustaz sampaikan terbawak-bawak mimpi dan sampai ke tahap 'puja' Ustaz tu melebihi Nabi Muhammad S.A.W sendiri. kite kan dah ada Role Model terbaiik.. jadii.. kenapa perlu kite cari manusia lain untuk dipuja dan dikagumi seperti itu??
even dia seorang USTAZ punn,, perbuatan kite tu tetap salah..
dan pasal Istikharah. sekarang ni memang ramai yang buat istikharah kalau nak cari jodoh. tanpa kebanyakan kita sedari, kadang-kadang bukan mimpi tu petunjuk Istikharah kite.. kadang-kadang Allah bagi petunjuk dari sumber lainn.. kadang-kadang bukan orang yang muncul dalam mimpi kite tu ialah jodoh kite..
kadang-kadang kite tak sedar.. bahawa kite dah ada kecenderungan sendiri.. dan sebab itulah kite sampai boleh termimpi-mimpikan orang yang bukan jodoh kitee..
pastu pulak Heroin drama ni namanya aishah.. lagi laaa aku sentappp..! hohohoo..
korang nak tengok jugak? ni kat bawah ni aku baik hatiiiiii nak tolong korang. hehe. selamat menonton!
Kek Marble Gebu.
,20:01 |
Comment
dari luar memang nampak burukk. tapi bila dipotoggg... |
nampak tak ke'marble'annya disitu?hihihii |
Jom Join Kempen SAYA MAHU SENTUH AL-QURAN !
,11:52 |
Comment
lately, heboh pasal program saya mahu sentuh anjing. ramai pihak yang membidas dan membantah pelaksanaan program tu...
soo.... how about sekarang ni kite join pulak kempen nii...
banyak event yang akan dilaksanakan sepanjang kempen ni berlangsung,.. ada jugak pertandingan mencipta poster yang menawarkan hadiah berbentuk wang tunai kepada para peserta!!
untuk maklumat lebih detail, boleh ke blog ni : Tarbiah Sentap
saya dah tukar DP saya. anda bila lagi??
Servis Pertama..
,16:50 |
1 Comment
kekenyangan tahap dewa
,09:54 |
1 Comment
Blade Man Korean Drama : "Kebodohan Apakah Ini?"
,13:46 |
1 Comment
hari tu ada kawan aku yang inform aku pasal cerita ni. dia cakap ada Lee Dong Wook. so aku pun ape lagi. mestilah cari kan cite tu. dan semalam memang aku download dari episod 1 sampai episod 9 terus!! hahaha.. tu kira yang latest la.. sebab drama ni still on going lagii..
sooo... beberapa minit yang lepas aku baru habiskan episod satu drama ni..
ni scene trakhir dalam ep 1 tu.. (yang aku kaler hitam tu heroin cite ni.. dia tengah dukung sorang budak atas belakang dia tu.. aku hitamkan bahagian rambut dan lengan dia..) |
dan masa scene terakhir sebelum ep 1 tu berakhir, aku macam ternganga jeee.. pastu otak macam tak boleh nak digest the point yang dia cuba sampaikan tu.. dan akhirnya bila episod 1 tu dah habis, terus aku jerit kuat-kuat "Ahhh......!!! Kebodohan apakah iniii......!!???!!!"
nasib roomate aku dah balik kampung. kalau tak mesti dia ingat aku dah tak waras. hahahaha.
ye aaahh.. dengan LDW posing macam tu . pastu pompuan tu pulak terlopong aje kat situ. memang otak aku pun terPause kat situ jugak..
hihiiii.. tapi cite ni takde la teruk sangat sebenarnya.. tak... aku tak cakap cite ni teruk.. cuma ye la.. episod 1 baru kann. maybe keseronokan dia tu belum menjelma lagi kot.. bahahaha..
jadi kalau korang nak tengok cite ni pun ok. boleh la nak buat release tension. aku download ni pun sebab nak buat stock movie untuk ditonton masa cuti midsem ni. haha.
ni aku sertakan sinopsis movie ni bagi sesape yang berminat nak ushaa
Joo Hong Bin, the CEO of a game company, has got everything. He is capable, rich and even good-looking! However, this perfect guy lacks in one thing. He is so ill-tempered! The worst guy on the planet! One day, this supercilious guy turns into a monster. When it rains, he becomes furious and some blades are coming out from his body. Moreover, Se Dong, a woman with a bright personality and Chang, his first loves son appear making him confused... This drama is about a love story between a man whose anger and pain become swords that shoot out from his body and a warm hearted woman who overly cares about others. She slowly heals his painful heart and turns him into a real grown man.
"a man whose anger and pain
become swords that shoot out from his body" OK. ayat ni memang aku takboleh tahan. ade ke pulak kesakitan dalam hati tu boleh menjelma jadi besi?
Aku Balik Esok..
,11:43 |
Comment
Saya Dah UNDI! Anda Bila Lagi?
,14:20 |
Comment
huahhh.. ayat macam nak ajak pi mengundi pilihanraya umum ke 64! kihkihkih..
takdela.. just nak inform korang supaya undi MrTheAllShared punye video kat festival filem palajar malaysia ni.. nak tengok cara-cara yang lebih detail? klik >SINI<!!
so, apa tunggu lagi! jom undi ramai-ramai sebelum tarikh tutup menjelang! hahaha..
tak tahu sape tu MTAS? alolololooo. keciann.. nah pi bukak Fanpage ni sekarang jugak! : Mr The All Shared. ni pulak channel YouTube diorang : MTAS
moga-moga kita sama-sama dapat saham nanti..
Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
,19:16 |
4 Comment
Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Kerepek Ubi Kayu Rangup Home made!
,01:29 |
2 Comment
masa balik cuti raya haji ari tu, aku tengok ada 3 biji ubi kayu kat dapur. ubi yang abah tanam sendiri tepi rumah. mulanya , umi suruh buat 'something' guna ubi tu.... dan 'something' tu aku tak dapat kenal pasti nama rasmi dia, aku cuma tahu nama yang diguna oleh orang kelantan aje. hahahaa.. tapi something tu memang susah untuk dimasak..
so, aku cadang la kat umi nak buat kerepek. umi pon apa lagii.. macam biasa la, umi bagi aje aku nak buat ape pun dengan ubi tu. asalkan aku yang buat sendiri. asalkan tak libatkan effort umi. asalkan hidup aku bahagia. asalkan tak meletop dapur umi. bhahahahaa..!
bila dah dapat green light, memang aku pecut la laju-laju! terus pergi parut ubi pastu rendam dalam air garam. rendam dari tengahari sampai petang. petang tu start la upacara goreng menggorenggg.. then dengan hati yang gumbira aku pun ngap la sekeping kerepek ubi yang baru diangkat dari kuali..
hasilnya??
ummmm...!! rangup!!! kan kadang-kadang ubi kat kedai pun tak berapa nak krup krap krup krap kan? so, of kors le aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab first time buat dah rasa sedap macam chef wan yang buat. hihihii..
ummmm...!! rangup!!! kan kadang-kadang ubi kat kedai pun tak berapa nak krup krap krup krap kan? so, of kors le aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab first time buat dah rasa sedap macam chef wan yang buat. hihihii..
haaa... inilah rupanya ubi kayu akuu.. rasa lemak-lemak tawar yang dapat menambat hati sesape aje yang memakan beliau. (nampak tak disitu betapa ketaranya kesalahan tatabahasa aku?? :p)
maka dengan keyakinan 100 percent, terus aku arahkan adik aku parut seketul lagi ubi untuk dibuat kerepek lagi.. bahahahaaa. sebab adik aku tu kalau pasal makan kerepek, memang dia tak kenal erti kenyang perut. so, peraturan aku senang aje. nak makan? hah buat!
jadi setelah berlalunya fasa ugutan itu, maka keesokan paginya aku pun dengan semangat yang berkobar-kobar masuk ke dapur untuk buat kerepek ubi perasa tomyam! hahhaaa.. ala , guna cara yang sama aje, .. just lepas goreng tu, aku tabur serbuk yang ada dalam plastik mee segera jenama 'IMAN' kat ubi kayu tu then gaul la sampai sebati..
disebabkan hari tu (hari sabtu sebelum raya haji) aku puasa, maka terpaksalah aku menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari pagi sampai petang. so, aku suruh adik aku yang try . nak tau la jugak sedap ke takk.. masa dia try tu, macam biasalah budak tu, selalu buat muka macam mintak penampoo.. aku bukan tak tau.. pastu dia cakap tak sedap la, muak la, . .. alih-alih, bila time lepas aku bukak puase tu, aku tengok dah separuh kerepek tu habis!!! bila aku tanya dia, dia cakap dia ngan kakak aku yang makan. eleh.. siap nak tambah 'kakak aku' yang makan kononnn.. macam aku tak tau yang dia mesti makan berganda banyak dari kakak aku tu. haaaa.. tak ke munafiq namanya tuuu... pagi tu sesedap rasa aje mengutuk kerepek aku.
dan malam tu jugak budak tu habiskan semua kerepek yang aku buat.. humm...
maka dengan itu, berakhirlah kisah seketul ubi kayu yang ditanam ditepi rumah aku..
maka dengan itu, berakhirlah kisah seketul ubi kayu yang ditanam ditepi rumah aku..
Posted via Blogaway
Kotak vs KFC..
,19:49 |
2 Comment
tadi kirim KFC kat kawan yang keluar pi bandar.... balik je dari meeting 'surprise' yang boleh membuatkan aku mati katak, terus berlari-lari pecut naik bilik kawan aku tu nak makan KFC. lapar tak lapar, dari pagi sampai petang tu , biskut oreo dengan biskut kering aje yang masuk dalam perut aku. tu pun berapa keping aje..
dann... yang membuatkan aku rasa nak buat entri ni is..
bila aku bandingkan gambar kfc di kotak dan ayam kfc yang sebenar.....
dann... yang membuatkan aku rasa nak buat entri ni is..
bila aku bandingkan gambar kfc di kotak dan ayam kfc yang sebenar.....
jap. jom tengok bahagian tepi kotak , kat bawahhh sekali tu. "Serving featured are for illustration only"
k fine. =_=
Bermulalah Kehidupan Aku dengan Kitab-kitab Tebal...
,13:52 |
3 Comment
dulu masa sem 1.. rase macam budak sekolah.. ..series. sebab buku sumenya nipis.. harga pun lebih kurang seploh ringgit aje.. pelajaran pun tak masuk mendalam sangat. macam syllabus SPM je banyakk..
tapi..
bila dah masuk sem 2 ni, baru rasa macam masuk universiti!! buku tebal-tebal! or lebih tepat, kitab bahasa arab!! macam gambar kat atas tu hahh. harga pon boleh tahann. ada yang sampai rm36 sebijik. tu baru sebijik. masalahnya aku kena beli berbijik-bijikkkk.. hahaha.
bila dah masuk sem 2 ni, baru rasa macam masuk universiti!! buku tebal-tebal! or lebih tepat, kitab bahasa arab!! macam gambar kat atas tu hahh. harga pon boleh tahann. ada yang sampai rm36 sebijik. tu baru sebijik. masalahnya aku kena beli berbijik-bijikkkk.. hahaha.
bila bukak aje kitab, ase macam nak berenti belajar tengah jalan aje. tapi its okay lahh.. kalau senior-senior lain boleh lakukan, kenapa tidak aku?? hihihi.. ayat dah macam iklan suruh berhenti merokok.
maka aku kena la wake up dari sekarang! kalau sem lepas, aku stat baca ibuku masa seminggu sebelum exam pun boleh skor A. tapi sem ni, aku takleh jamin. sebab banyak nak kena hafal! dah tu semua dalam bahasa arab!! kalau tak pun bahasa inggeris. memang rasa tak mampu, memang rasa macam nak quit. tapi bak kata senior aku, "korang tak belajar lagi dah kata susah! kalau dah belajar tu takpe la...."
"erk..kalau betul susah pun, kena la usaha!" <-- (ayat cover senior aku. haha.) :p
"erk..kalau betul susah pun, kena la usaha!" <-- (ayat cover senior aku. haha.) :p
Posted via Blogaway
Study bersama Megi
,11:27 |
3 Comment
ang. ang. angg.. jangan nak stat cakap yang megi tak baik untuk otak pastu nanti habis semua ilmu aku baca tak masuk sangat lahhhh....,.
itu aku pun tahu..
sebab tu la aku tak makan mee segera jenama maggi . dah la produk nestle!
ishh! boikot!boikot!
itu aku pun tahu..
sebab tu la aku tak makan mee segera jenama maggi . dah la produk nestle!
ishh! boikot!boikot!
aku makan megi jenama 'iman' and 'duha' aje... kalo tak percaya, pi la search google. mee segera yang takde MSG dan 100% keluaran muslim!! dijamin halal! sedap ke tak?? ummm..
kalo nak banding dengan maggi buatan non muslim dan tak sure apa yang diorang campak dalam adunan mee segera tuu...
mestilah lagi sedap mee segera dari hasil air tangan muslim niii!!! hehehe
kalo nak banding dengan maggi buatan non muslim dan tak sure apa yang diorang campak dalam adunan mee segera tuu...
mestilah lagi sedap mee segera dari hasil air tangan muslim niii!!! hehehe
Posted via Blogaway
#MMSUNISZA : Kenapa Tandas Perempuan Selalu Penuh?
,21:14 |
Comment
masih lagi berkisar tentang minggu mesra unisza ..
dan kali ni tajuknya maybe kedengaran agak 'kotor' pada pandangan sesetengah makhluq. tapi aku bukan nak cerita apa pun.. just nak cerita pasal kelimpahan yang berlaku dalam tandas perempuan ni hahh..
masa MMS ni memang kita akan banyak guna dewan Gym. sebab tu je dewan yang boleh memuatkan ramai manusia. kat dewan gym ni pulak, paham-pahamlah, tandas dia just ada 2 biji aje! bila tiap kali dia bagi waktu break untuk makan pagi or petang, memang masa tu tandas perempuan akan dibanjiri oleh mahasiswi-mahasiswi ibarat bazar ramadhan pada hari first bulan puasa!. dan disini, kenapa aku fokuskan pada tandas perempuan aje?? tandas perempuan je ke yang penuh?
jawapannya memang ya! tandas perempuan aje yang penuh, bro! sebab?
sebab kuantiti siswi lagi banyak even kalau korang double kuantiti siswa ! bayangkanlah ratio antara pompuan dengan lelaki kat situ!
pastu pulak hari kedua terakhir tu boleh pulak satu tandas tu rosak , then bayangkanlah canne 500+ siswi nak berebut satu toilet???!!
sampai satu kali tu, masa tu time break untuk makan pagi or petang aku lupe dah.. tapi memang masa break tu dah habis dah, and penceramah dah stat ceramah dalam dewan. so salah sorang akak PM datang lah cek tandas and masih ramai yang beratur.. dia pun dengan selamba buat keputusan suruh sape-sape yang nak gi tandas lelaki, pergi lah. sebab lelaki kan memang selalu kosong aje tandas diorang. aku? malas dowhh.. bila dah ramai yang 'berhijrah' ke tandas lelaki tu, aku pun dapat la beratur kat depan. so, aku just go on je lah beratur kat tandas pompuan.
tetibe tengah syok-syok beratur tu, aku terdengar suare bising-bising dari luar pastu tetibe pompuan-pompuan yang pegi tandas lelaki tadi tu masuk balik tandas pompuan pastu cerita yang tadi sebenarnya ada lelaki lagi dalam tandas tu. yang siswi-siswi ni pulak dengan innocentnya pergi tunggu giliran kat depan tandas tu sebab ingatkan dalam tandas tu perempuan.. upe-upenya ada lelaki yang masih guna tandas tu.
yang part paling lawak bila diorang cakap.. lelaki tu masa bukak pintu tandas tu memag terkejut siot la, pastu sambil garu kepala dia keluar dari tandas secepat mungkin dan sempat lagi dia tengok sign kat depan pintu tandas tu.. ye lah.. mana tau, kot dia tersalah masuk tandas ke.. korang bayangkanlah, kalo korang mas
uk tandas pompuan dengan amannya, pastu bila bukak pintu tandas tu, dah nampak lelaki tengah beratur tunggu giliran. tak ke terkejut beruk dibuatnya??? puhahahahaa... haa.. tu ler.. lain kali pergi lagi masuk tandas lelaki.....
Subscribe to:
Posts (Atom)