Cerpen Bersiri : Hey, You! Jangan Sentuh Aku! - Part 14 (LAST!!)

,08:48 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
dan akhirnyaa… 
akhirnyaaaa.....
Saya memperSembahkannn…


The laST parT of cerpen “hey yoU ! jangan SenTUh akU!”
Enjoyyy!!!!!!


PART 14 (LAST)

Humaira’ merenung gulungan kertas yang berada di dalam genggaman tangannya. Gulungan kertas yang menjadi bukti bahawa dia telahpun menamatkan pengajiannya dalam peringkat ijazah sarjana muda. Ketika itu, dia sedang duduk berehat di salah sebuah bangku sambil merenung bangunan-bangunan tempat dia menuntut ilmu sejak 4 tahun yang lalu. Majlis konvokesyen yang baru selesai sebentar tadi membuatkan tekaknya kehausan. Sarah dan Alya dengan rela hati menjadi wakil untuk membelikan minuman buat mereka. Humaira’ pula masih tidak berganjak dari bangku itu. Matanya masih melilau-lilau di kawasan sekeliling. Entahlah.. dia masih berasa tidak puas melihat persekitaran di situ. Ingin dia rakam satu persatu dalam minda agar tidak hilang dari ingatan. Mungkin bila nanti dia ke sini lagi, banyak yang akan berubah.

Kelihatan manusia-manusia lain masih belum puas berposing disana sini. Patung beruang dan jambangan bunga antara benda wajib dipegang ketika bergambar bersama keluarga. Acara baling-baling topi juga tidak dilupakan. Entah. Dia sendiri tidak tahu, dari manakah asal usul adat itu. Tiada motif. Tiada faedah. Karang kalau tercampak lepas tu tersangkut kat atas bumbung, tak pasal-pasal je kena bayar denda. Bukannya jubah dengan topi tu kau orang punya sendiri pun.
Secara tiba-tiba, fokusnya jatuh pada sebotol air Twister dingin yang disuakan tepat-tepat dihadapan mukanya. Sarah dan Alya kemudiannya mengambil tempat disisi Humaira’.

“Kau menungkan apa, weh? Teringat pakwe lama ke?” Gurau Alya dengan senyum kambingnya.
Pantas sahaja tangan Humaira’ mencubit lengan Alya yang masih suka mengusiknya seperti dulu. Nasib baik mulut gosipnya itu sudah beransur hilang setelah sekian lama dinasihati oleh Humaira' dan Sarah .

hmm.. pakwe lama?’ Humaira' bermonolog sendiri dalam hati. Kata-kata Alya itu mengingatkan itu kepada lelaki yang bernama Irham Zikri. Hey, Humaira'! sejak bila pulak Irham tu pernah jadi pakwe kau?! Marahnya kepada diri sendiri.

Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

TAMAT… THE END.. KHOLAS..

Klik di >SINI< untuk lihat semua part dalam Cerpen ni.

Alhamdulillah .. segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana akhirnya cerpen bersiri “Hey, you! Jangan Sentuh Aku!” akhirnya berjaya disiapkan. Cheewaahh.. ayattt.. macam la ko dah tulis berbelas novel ye, syah? Hahahaa.. ekcelli aku just nak mintak maaf dan berterima kasih kat korang korang yang sudi baca cerpen aku yang tak seberapa ni.. aku tahu.. sapelah aku ni. Ni percubaan pertama aku dalam menulis cerita yang panjang macam ni. Aku harap sangat korang boleh komen dengan seikhlas hati biar aku mudah nak kenalpasti kelemahan aku. Kalau teruk, cakap teruk. Tak payah nak selindung-selindung pape. Aku okey jee..
Aku nak mintak maaf sebab ye lahh.. nak habiskan cerpen ni pun aku ambil masa 2 tahun!! Yup! Aku pun tak percaya sebenarnya.. tapi tu lah hakikatnya. Tu lah ko syah! Duk main tangguh tangguh aje kerjanya! Ni kalau ada due date, dah lama ko kena fired agaknya!
So, cerpen ni pun dah siap. Maka aku akan teruskan karya aku dengan cerpen seterusnya. Dan in sha Allah aku takkan buat cerpen bersiri lagi sebab kalau aku buat jugak, maybe 3 tahun akan datang baru habis kot cerpen tu. Haha.. jadi aku decide nak buat sekaligus aje. Hope korang masih sudi nak baca karya aku nanti. .. sampai jumpa lagi! Wassalamualaikum!!!
 

4 comments:

  1. tq soo much dear.. coz sudi bace n drop komenn.. :)))

    ReplyDelete
  2. Best gile cite ni kalau wat novel lagi gempak an:'))

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan puji melambung sangat.. nnti klau sy trlambung smpai ke langit kan susah.. hahaha

      Delete

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...