"Tali Kasut Tercabut,"

,09:55 | Comment



tiba-tiba teringat pulak kisah aku diusik oleh sorang abang yang kerja baiki paip kat jalan on the way ke rumah aku hari tu.. Masa tu ada operasi tukar paip apa ntah. Tapi yang pasti,diorang kena korek balik tar tu then timbus balik lubang yang dikorek tu. Tiap-tiap hari masa balik dari sekolah, memang aku terpaksa lalui jalan yang berliku tu. Dengan mesin pengorek , dengan jentera yang bawa tanah and pasir lagi .. 

Satu hari tu, masa aku lalu, ada salah sorang pekerja tu tegur aku (ekcelli dalam dialek kelate, tapi aku translate.kang aku tulis dlm dialek kelate kang, korang pulak yang ternganga-nganga)

"Tali kasut tercabut tu"
aku pun yang trauma dengan kasut bertali yang aku pakai tahun lepas, terus tengok ke bawah. Tapi kepala aku tak bergerak la, cuma mata je jeling ke bawah tak sampai satu saat, pastu terus tersedar. Pandang atas balik.

"Kenapa tengok bawah? Kasut tu bukan ada tali pun,," si 'abang' tu cakap sambil sengih.

Aku pun turut tersenyum gak.. Hehe.. Nak wat canne, aku kan selalu je tali kasut tercabut masa nak balik rumah. Biasanya aku jalan je  macam tu sebab malas nak ikat balik. Paling rajin pun aku selit je tali tu kat tepi kasut. And kadang-kadang memang ada pakcik-pakcik yang tegur. Tu yang aku jadi trauma tu.hahahahaa..

"Jangan marah .. Saya gurau je.." the 'abang' cakap lagi lepas tu.

Tapi biasa aku jarang nak senyum bila ada lelaki yang tegur. Tapi 'abang' tu aku tengok gaya dia tegur bukan gaya nak menggatal, tapi gaya cam boring sebab dari pagi sampai petang duk baiki jalan tu, .. So bila ada orang lalu, dia tegur la... At least ada aktiviti jugak, selain berjemur tengah panas tu je.. 

Tu kalau jumpa ngan 'abang' yang 'baik' , tapi ada gak jenis yang annoying.. Contoh masa aku dalam perjalanan nak gi sekolah ari tu. Bas berenti kat stesen, so aku kena jalan lagi baru sampai kat sekolah. Masa tu dah agak lewat ,so aku jalan pun kaki macam tak jejak tanah , muka pulak masam cam asam keping. Masa lalu kat area pasar tu, ada banyak van tengah hantar bahan-bahan mentah. So ada salah sorang pekerja lelaki tu tegur aku, "Lor.. Sedihnya gi sekolah," 

aku lalu macam kilat je tepi dia ekcelli. Ntah apa dia cakap pun aku tak faham. Sedih pergi sekolah? Bila masa lak aku cakap aku sedih? Tapi dia cakap tu memang dalam nada annoying tahap petala ke-16 la... Aku pun terus membebel-bebel dalam hati, "memandai-mandai je cakap aku sedih.aku punya la semangat nak pi sekolah. Ko tu ape tahu. Tu laa...dulu kecik2 malas gi sekolah. Besar2 keja tukang angkat barang je." haha.. And I know I'm bad. Hehe.. 

takde niat nak mengutuk ekcelli. cuma.. a bit annoyed disitu.
so, the moral?
jangan la suka bagi orang sakit hati ekk.. dah la tak kenal, pastu boleh keluarkan ayat macam tu pulak.lagi la aku bertambah stres...

No comments:

Post a Comment

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...