Resipi Strawberry Chocolate Tart

,08:43 | 1 Comment
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
 tadi masa jenjalan kat wall FB, tetibe mata terlekat kat video niii... aumm ..! aumm!! bikin aku rasa laper aja pagi2 ginii.. 
 
 
 
makkk.. tolongg... !! aku dah la suke cekelatt.. takpee.. takpe.. tunggu la aku balik umahh.. i will make thiss!! 
in sha Allah.. :)

korang yang nak tengok resipi ni,, boleh nonton video dibawah.. 
tapi awas!! sila tutup mulut rapat-rapat supaya air liur tak keluar melelehh.. huhu..
 



Intan Berlian Mega Giveaway 2015

,17:52 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
ari ni aku sedih sebab dah jalan jauh jauh nak pi kelas, sampai sampai je tengok pintu kelas kunci. pastu kitorang sume lost contact dengan prof. haduyaii.. terpaksa la berpatah balik menapak ke bilik dalam keadaan hujan renyai-renyai membasahi bumi UniSza ni. hohohohh.. 

maka nak dijadikan entry, aku balik main henfon. pastu terjumpe giveaway dari belog IntanBerlian. ok set. untuk mendamaikan hatiku yang gundah gulana ni, aku join la sekali. wakakakakaaa. ...


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
 

'Churros' tu Ape???

,17:19 | 5 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  ari tu mase tengah syok lepak kat bilik sambil korek idung , (hakhak.tipuu) roomate ade tanye akuu .. "churros tu ape ek?" 
aku pun pelik lahh... tak penah dengar pun namanya.. ..
aku siap suruh dia eja satu-satu lagi. hahaha..
lastly, dia tunjuk whatsapp kawan dia tu.. aku baca. kawannya suruh dia beli churros. 

ehh?? ntah. aku tak tauu..

pastu semalam, masa aku baru balik dari kelas , ternampak satu plastik yang menarik perhatian aku di antara plastik-plastik lain yang turut berada di tangga blok aku tu.. 
aku jenguk ke dalam. nampak satu bekas kecik. ada sticker tulis "Churros". RM 4.50. huhuuuu.. perlu ke mention  harga dia? 
ohhhh... jadi , ini lah namanya churros! aku baru ingattt.. ari tu coursemate aku penah beli and aku penah rasa benda nii.. hahaha.. tapi takde pulak aku nak menghafal nama pelik dia tu.. kihkihkihh.. 
 
so, kepada korang-korang yang belum kenal churros tu, boleh la rajinkan diri untuk menggoogle yer.
kat bawah ni, hasil penggooglean(ejaan berbelit takleh blah) aku tadi..


rasa dia macamana?? umm... nak kata sedap tu tak de lah sedap sangatt.. rase cam makan tepung goreng cicah coklat jer... 
first time rase, memang agak awkward rasa diaa.. tapi lama-lama, okey lah kot..

korang pulak dah lama ke kenal makhluq ni?? or baru tahu bila baca entry ni??
 

[VIDEO] How Australian Think About Muslim?

,10:17 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 
 
  series aku terkedu. terharu sangat bile tengok video ni tadi.. tak sangka rupenya kat australia pun, orang Islam masih dipertahankan oleh non Muslim. paling aku suke ayat "if you dont like it, go live somewhere else! but these people belong here"
dan kebanyakan orang yang nampak kejadian tu mesti akan cakap "Hey, leave her/him alone!"
 
 
the video below show an experiment to know what would the autralians do when a muslim is being insulted and accused about terrorism.
please do not misunderstand about the guy who bothered the muslim.
enjoy this video!!
 



 

Hilangnya Sebutir Mutiara...

,22:49 | 1 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
tadi tengah lepak ngan roomate dalam bilik. pastu roomate yang tengah baca wassep,  tetiba tunjuk henfon die and tanye "betul ke ni?" 

aku tengok sekilas. ade secebus ayat yang menyatakan bahawa TGNA sudah kembali ke rahmatullah.. masa tu, aku tak berapa nak percaya ah .. then bila aku bukak wassep kat fon aku pun, banyak grup-grup yang hantar mesej dan gambar pasal pemergian TGNA tuu. 
Allahu... 
tak tahu nak cakap apa dah.. selama duduk kat kelantan, baru beberapa kali je aku bersua muka dengan tok guru..  Allah.. 

perginya pada malam jumaat.. 
tarikh yang sama shahidnya Imam Hassan Al-banna. 

masa tengah tengok2 wassep tadi, roomate pun tanya.. 
"hassan al banna? sape tu?"

aku bangun. capai al-Quran terjemahan dan bukak zip. aku amek maathurat sughra yang aku letak kat belakang kulit al-Quran tu . tunjuk pada roomate. 
tuuh. nama imam Hassan al banna. tertulis jelas pada al-Maathurat. 

Allahu Akbar.

Wajah Heroin 'Asam Pedas Untuk Dia' Mirip Pelakon Korea?

,21:49 | 2 Comment

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
fuh! tajuk hot hot chicken poop gituu.. haha. ekcelli aku ni adalah salah sorang peminat drama A.P.U.D. nii..  hehehe.. from the first episode lagi aku layanzz.. jalan cerita menarik, tak bosan, dan yang penting bukan cerita drama kawin paksa pastu gaduh-gaduh, lastly jatuh cinta. hahaha..

dan seperti yang ramai sedia maklum, wajah Hero APUD ni, iaitu ... (ok aku lupe nama dia. jap nak google.) haa! Shukri Yahya! yee.. haaa.. lelaki ni dikatakan mirip pelakon filipina iaitu Jericho Rosales.. and i admit it, memang hampir sama!

dan berdasarkan penemuan terbaru aku... (ayatt kooo aisyah.. macam saintis femes baru jumpa planet baru kat galaksi bima sakti!) muka heroin cerita APUD ni, mirip dengan sorang pelakon korea ni.. namanya Shin Se Kyung. aku kenal pelakon ni masa dia masuk Running Man ari tu.. huhu. mula-mula tengok Dayana Roza ni, aku tak perasan pun sebenarnya.. pastu makin lama aku perhati, aku macam terpikir.. eh. muka dia ni ada sama dengan someone la. .. dan ternyata that someone is pelakon korea tu.. haha.

ekcelli muka diorang ni tak ade la sama sangatt. tapi at certain time, korang akan nampak persamaan kat muka diorang ni.. (ayat dah start berbelit macam cacing kerawit)
and the main factor yang membezakan wajah diorang ni ialah bahagian MULUT. bila diorang senyum, otometik korang akan cakap muka diorang tak sama. macam shukri yahya dengan Jericho jugakk.. kalau diorang senyum, akan nampak perbezaan pada wajah diorang..cuba kalau korang tengok muka diorang masa tengah series or masam. (tak senyum) . at that time, memang 85% sama! pada pandangan aku la.. 

dan kat bawah ni, aku boleh pulak semalam TERrajinkan diri aku mengadap photoshop semata-mata nak edit gambar pelakon korea tu pakai tudung.. wakakakakaa.. tu pun sebab nak tunjuk kat kawan aku yang tak percaya bila aku cakap muka diorang tu sama!! so, aku kena buktikann kat dia!!
dan inilah hasilnyaa.....

belah kiri tu melayu, belah kanan tu korea. haa.. nampak la 'cacat' sikit sebab editan oleh beginner photoshop macam aku nii. hahah

haaaa... sama tak? sama takkk???
mesti korang cakap tak sama kannn??
aku tau dahh.. sebab aku letak gambar diorang tengah senyumm. sebab aku cari gambar Dayana Roza yang tak senyum kat google, pastu tak jumpee :(
so terpaksa la aku snap sendiri dari drama APUD ni.. cube tengok kat bawah ni..

ni Dayana Roza.. heroin APUD

yang ni pulak Shin Ke Kyung, pelakon korea.. letih woo aku nak menghitamkan bahagian aurat dia tuhh. fuhh.. tu la ko aisyah! terlebih rajin pulak!

soo.. akhirnya selesai jugak eksperimen aku.. aku dah sertakan bukti sekali ni hahh. hahahaa..
dan mestilah akan ada sesetengah golongan yang cakap "eh.. mane ade sama! pelakon korea tu lagi cantekk ahh!"
haa.. memang la cantikk.. entah asli ke entah dia buat surgery! bukan korang taw punn!
lantaklah! yang penting, aku puas hati! huahuahuuuaaa...!
 

Haik? 'Istikharah Cinta' Malam Ni?

,21:48 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
malam ni disebabkan housemate aku mostly takde kat umah sebab ada hal, so aku pun ase cam hidup tanpa hala tuju.. especially roomate aku pun takde... huh.
so setelah puas berbaring memikirkan baki duet yang ada dalam bank :P , aku pun akhirnya bukak la laptop.. dan website yang aku akan lawati bila dah takde menda nak buat, sudah semestinya TonTon.com.my! thehehee.. streaming tv3 malam-malam best jugakkk..

tapi tetibe pulak keluar cerita Istikharah Cinta! almaklumlahh.. aku jarang bukak tonton or layan cerita ni sebenarnya.. tapi setahu aku, memang cerita ni ditayangkan pukul 7 ari isnin sampai khamis kannn.. 
berkali-kali aku tengok jam kat laptop ni. eh betul lah! pukul 9 setengah! hari? hari jumaat. ! soo..  ape cerita? heheee..

ohh... kire tayangan 'PERDANA' lah ni yeeee??? it sokeyyy.. aku tak layan drama cinta novel melayu yang cliche macam ni dahhh.. hohohoo
ops! ha.ha.. haa.. jangan nak cakap aku minat zul arifin pulak... tak de maknanye..
aku just taknak letak gambar pompuan tak pakai tudung je..

Tonton Online Filem Gila Baby

,20:59 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
semalam jenuh duk mencari filem Gila Baby ni online. banyak website yang menyakitkan hati je.. ads berlapis-lapis.. pastu lastly keluar video yang takleh nak play..
dan aku tetap teruskan perjuangan mencari cite tu sebab ari tu tengok trailer nampak macam beshht.. tambah pulak Beto Kusyairi (ntah betol ke idak aku ej nama dia ni :P) yang berlakonn, pastu ade baby chumell dalam cite ni... lagi lah aku nak tengok! suke lakonan Beto .. nampak rilek. hehe..



http://pencurimovie.cc/wp-content/uploads/2014/12/gilababi.jpg


so.... akhirnya.. aku jumpe cite ni kat webite >INI< ... sila klik di situ untuk tengok cite ni online..

overall, dari seploh bintang, aku bagi 8.5 bintang ah untuk cite nii.. thehehe.. kalau nak bagi 9 bintang kang nampak melampau pulakkk.. tapi cite ni memang tak rugi woo tengok.. lawak tu lawak la jugakk.. tapi yang penting, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cite niii.. tawwww!!

antara yang aku suke bile dia sentuh bab REZEKI dan TAKDIR.. yup. memang kite takkan boleh ubah takdir. cume kita boleh usaha sebaik mungkin kalau kita nak hidup yang lebih berjaya didunia dan jugak diakhirat..

rezeki pulakk.. kadang-kadang kite lupa.. sebahagian harta yang ada pada kita sekarang ni maybe adalah rezeki orang lain.. so, jangan pernah putus asa dari rahmat Allah..

lagi part yang aku suke masa aku dah habis tengok cite tu petang semalam.. kemain lagi aku jerit , "Habis dahhh..!!"

dan-dan je lepas tu Beto Kusyairi boleh cakap "ehh jap jap jap.cite ni tak abeh lagii.."

haha.. tekanan minda jap. pape pon, movie ni memang boleh bagi thumbs up! jemput le tengok yer...
 

Variety Show Korea Menghormati Orang Islam.

,21:59 | 2 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
aku taknak cakap banyak pasal isu ni.. takde ape yang nak aku ulaskann. cume nak share video ni kat korang-korang sume... video yang aku jumpe kt FB petang tadii..

biar video berbicara...




video berdurasi 4:41 ni membuatkan aku ase terharu dan bangga as a muslim, of course!
part yang dia nak mintak berenti sebab nak solat tu aku tabik ahh.. even aku nampak koreans tu mule-mule macam keberatan nak berenti sebab nak kejar masa, but i'm glad that at last diorang paham kewajipan seorang muslim..
ouh! yang ayat koreans tu "he prays for his country..." .. it looks like mereka ada yang tak berapa nak faham.. ISLAM is a religion. no matter what country we are from, we are still muslim..

kalau nak tengok show ni yang full, boleh tengok kat video aku dah bagi siap-siap kat bawah nii.. enjoy!! aku baru tengok sikit.. hihi.





'Timing' yang Hilang...

,23:37 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 

maka semalam aku dah sampai di unisza.. awal gile bak hanggg.. haha.. padahal aku duk kelantan jee.. mengalahkan orang yang duk kat johor.. hihihiii..



so .. esok akan bermulalah misi semester ketiga..
result sem 2??
alhmdulillah je aku boleh cakap...
dekan??umm.. err.. alhamdulillahh... *sengih sampai nampak gusi* walaupun tak capai target which is 4 flat (haha. target mat jeninn kooo..) , tapi puas hati lahh..

jadi berbalik kepada title post ni.. timing apaa yang hilang? hilang macam mh370 ke? thehehee.. takdelahh.. timing aku yang hilang ni ialah timing untuk aku bersiap nak gi kelas.. nasib baik cuti just 3 minggu. kalau berbulan-bulan, lagilah susah aku nak kena cari balik timing tu..

kadang-kadang kalau ade kelas ganti yang dibuat pada time yang luar biasa sikit pun aku boleh lari timing.. pastu mesti masuk kelas lewatt.. hahahaaa especially kelas malam.. memang jadi muka lewat la aku.

harap-harap esok aku takkan jadi budak lewat lagi.. esok!! kelas pukul 11.. pukul 10 suku dah nak turun bilik kalau boleh!hahahaa... again, angan-angan mat jenin koooo.... *geleng kepala sambil picit hidung sendiri* (ape motif pun aku taktau.haha)
 
 
 
 

CEO Mc Donald's Letak Jawatan.

,14:19 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
 

tadi aku ada tengok berita kat TV 3. katanya CEO McD letak jawatan,, so, aku pun curious dan cepat-cepat search pasal nii.. and i got a few input from this website : Shareholders weren’t lovin’ it: McDonald’s CEO resigns
dan ayat yang buat aku tertarik is ..
"The past few years have been difficult" dan 
"McDonald's reported a 21 percent drop in global profit for its most recent quarter, "



hollaa.. tengok tu! mc D pun boleh kalah taww kalau kite boikot ramai-ramai.. ni takk.. boikot bermusim.. kejap boikot, kejap pegi makan Prosperity pulakk.. baru 2 hari lepas aku pi KB Mall, lalu kat McD , ingatkan takde la manusia pakai tudung tengah makan dalam tu, rupe-rupenye ade jugakk ..

tak tau nak cakap ape dahh.. teringin je nak pi ceramah depan-depan muke dia. huh.
 

Cerpen Bersiri : Hey, You! Jangan Sentuh Aku! - Part 14 (LAST!!)

,08:48 | 4 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
dan akhirnyaa… 
akhirnyaaaa.....
Saya memperSembahkannn…


The laST parT of cerpen “hey yoU ! jangan SenTUh akU!”
Enjoyyy!!!!!!


PART 14 (LAST)

Humaira’ merenung gulungan kertas yang berada di dalam genggaman tangannya. Gulungan kertas yang menjadi bukti bahawa dia telahpun menamatkan pengajiannya dalam peringkat ijazah sarjana muda. Ketika itu, dia sedang duduk berehat di salah sebuah bangku sambil merenung bangunan-bangunan tempat dia menuntut ilmu sejak 4 tahun yang lalu. Majlis konvokesyen yang baru selesai sebentar tadi membuatkan tekaknya kehausan. Sarah dan Alya dengan rela hati menjadi wakil untuk membelikan minuman buat mereka. Humaira’ pula masih tidak berganjak dari bangku itu. Matanya masih melilau-lilau di kawasan sekeliling. Entahlah.. dia masih berasa tidak puas melihat persekitaran di situ. Ingin dia rakam satu persatu dalam minda agar tidak hilang dari ingatan. Mungkin bila nanti dia ke sini lagi, banyak yang akan berubah.

Kelihatan manusia-manusia lain masih belum puas berposing disana sini. Patung beruang dan jambangan bunga antara benda wajib dipegang ketika bergambar bersama keluarga. Acara baling-baling topi juga tidak dilupakan. Entah. Dia sendiri tidak tahu, dari manakah asal usul adat itu. Tiada motif. Tiada faedah. Karang kalau tercampak lepas tu tersangkut kat atas bumbung, tak pasal-pasal je kena bayar denda. Bukannya jubah dengan topi tu kau orang punya sendiri pun.
Secara tiba-tiba, fokusnya jatuh pada sebotol air Twister dingin yang disuakan tepat-tepat dihadapan mukanya. Sarah dan Alya kemudiannya mengambil tempat disisi Humaira’.

“Kau menungkan apa, weh? Teringat pakwe lama ke?” Gurau Alya dengan senyum kambingnya.
Pantas sahaja tangan Humaira’ mencubit lengan Alya yang masih suka mengusiknya seperti dulu. Nasib baik mulut gosipnya itu sudah beransur hilang setelah sekian lama dinasihati oleh Humaira' dan Sarah .

hmm.. pakwe lama?’ Humaira' bermonolog sendiri dalam hati. Kata-kata Alya itu mengingatkan itu kepada lelaki yang bernama Irham Zikri. Hey, Humaira'! sejak bila pulak Irham tu pernah jadi pakwe kau?! Marahnya kepada diri sendiri.

Klik sini untuk sambung baca cerpen ini...

TAMAT… THE END.. KHOLAS..

Klik di >SINI< untuk lihat semua part dalam Cerpen ni.

Alhamdulillah .. segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana akhirnya cerpen bersiri “Hey, you! Jangan Sentuh Aku!” akhirnya berjaya disiapkan. Cheewaahh.. ayattt.. macam la ko dah tulis berbelas novel ye, syah? Hahahaa.. ekcelli aku just nak mintak maaf dan berterima kasih kat korang korang yang sudi baca cerpen aku yang tak seberapa ni.. aku tahu.. sapelah aku ni. Ni percubaan pertama aku dalam menulis cerita yang panjang macam ni. Aku harap sangat korang boleh komen dengan seikhlas hati biar aku mudah nak kenalpasti kelemahan aku. Kalau teruk, cakap teruk. Tak payah nak selindung-selindung pape. Aku okey jee..
Aku nak mintak maaf sebab ye lahh.. nak habiskan cerpen ni pun aku ambil masa 2 tahun!! Yup! Aku pun tak percaya sebenarnya.. tapi tu lah hakikatnya. Tu lah ko syah! Duk main tangguh tangguh aje kerjanya! Ni kalau ada due date, dah lama ko kena fired agaknya!
So, cerpen ni pun dah siap. Maka aku akan teruskan karya aku dengan cerpen seterusnya. Dan in sha Allah aku takkan buat cerpen bersiri lagi sebab kalau aku buat jugak, maybe 3 tahun akan datang baru habis kot cerpen tu. Haha.. jadi aku decide nak buat sekaligus aje. Hope korang masih sudi nak baca karya aku nanti. .. sampai jumpa lagi! Wassalamualaikum!!!
 

"6 sebab kenapa KPOP haram. "

,12:17 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  setelah lama aku menghilang. akhirnya aku muncul ..dengan tajuk yang mungkin bagi sesetengah orang tak masuk dek akal. jangan salah faham. tajuk ni bukan tajuk dari aku sendiri,. tapi yang aku baca dari website >INI< ... maybe ramai yang dah baca kot.. tapi aku hari ni baru berkesempatan untuk online. so, aku baru baca tadi.. and i think its a very good thing to share with u guys. when i know that banyak dikalangan follower-follower di blog aku ni minat KoreaPOP.. 
so, aku malas nak copy semua.. kalau yang berminat nak baca pasal isu KPOP ni, sila klik di link ini  >>

HEY GUYS! I'm Back!!

,12:55 | 5 Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  akhirnya... pukul 10:15 pagi tadi berakhirla sudah final exam aku! 
penantian selama berdekad lamanya (over siot). .. 
haha.. ekcelli berapa bulan je kot.. tu pun sempat lagi langgar pantang. 
dan akhirnya aku boleh sekali lagi menaip di blog ni tanpa ada rasa bersalah dan terkejar-kejar dengan esaimen dan test. 


so... watch out, you guys! I'll be haunting this blog for the incoming 3 weeks .. ngeh ngeh ngehh.
kenapa 3 weeks je?? sebab cuti setakat tu je.. pastu sambung balik semester 3! yiiiihhhaaawww! 

 

"Saja Geli Tekak.."

,21:04 | Comment
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
  tadi roomate tengah baca wassap.. tetibe die tersengih sorang2 pastu suruh aku dengar ape die nak baca.. dan die pun bacalah wassep tuu.. seperti mana yg tertera dibawah niii..

"Info dari HOSPITAL BESAR KENINGAU. Satu kejadian kebakaran telah berlaku di bilik mayat Hospital BESAR KENINGAU sebentar tadi yang hampir memusnahkan keseluruhan bilik mayat tersebut. Pihak petugas hospital berjaya menyelamatkan hanya 14 daripada 21 mayat yang ada. Namun diberitakan selebihnya 7 lagi mayat telah melarikan diri kerana tidak tahan dengan asap tebal. Pihak polis telah berjaya menahan 6 daripadanya di tanah perkuburan berhampiran manakala 1 lagi sedang membaca teks ini untuk mengikuti perkembangan terkini.klau anda rasa trkena sila antar kpda mayat2 lain .. btw , rajin korang  bacaa          aku pon terkena! ..          hahahaha.."

so, disebabkan aku dah penah baca wassep ni, maka aku tak gelak lahh.. pastu dengan tanpa perasaan aku tenung roomate aku tu sebab lepas baca tu die gelak kecil. pastu bile aku senyap, die tetibe buat muke series dan cakap,

 
"tak lawak pun,kan??" 
aku jawab "tak.."
"memang tak lawak punnn"
 "abis tu nape *.......*(nama roomate) gelak?"
"saje. geli tekak.." 
pastu roomate pun "ha ha ha" konon tengah test suara. 
lepas tu barulah aku gelak dengan penuh perasaan.. puhahahahaaa.. dialah roomate yg satu-satunye tak penah fail untuk buat aku gelakkk. XD


#so....akhirnye aku langgar jugak pantang aku .. haha. tak leh tahan sangat .. rasa nak update blog ni membuak-buakk. #
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...