Kisah Pau dan Biskut Kering.
,18:35 |
Comment
Bekalan Penting Semasa Banjir di UniSza.
,09:51 |
1 Comment
aku taknak cerita panjang-panjang la... just nak bagitau yang sekarang ni blok aku air dah hampir nak menenggelami tangga yang last.. maknanya kalau tangga tu tenggelam, maka air akan masuk ke rumah - rumah di tingkat satu. nasib aku kat tingkat 2 . hehehee.. loceng warning dari tadi tak berenti renti berbunyik. bingit telinga weyyy..
jadi.. buat adik adik akak abang yang nak masuk unija, ni je la info yang aku boleh sediakan untuk korang,,
kalau musim banjir, antara bekalan yang perlu korang sediakan ialah..
cam biase.. payung.. |
rain coat. just in case payung hilang or dicuri or diterbangkan angin monsun barat daya. |
dan kasut but PUA CHU KANG! haha.. sebab at certain time
terutama kat blok kediaman baru, memang air akan sampai ke paras lutut.
so, binatang-binatang reptilia yang chumel panjang, tak berkaki tu memang akan muncul.. sebab tu kena beware. biawak, cacing, ulat, tikus, tak payah cakap ar.. memang sume keluar dari tempat persembunyian mereka.
ahhh.. dan sebelum terlupa! bekalan terakhir!
UBI KAYU REBUS!! huuu... lapaaa... dari pagi tadi tak makan pape sebab takleh turun pi cafe. asenye cafe pun tutup kot.. sebab makcik-makcik cafe maybe dah takleh masuk ke unija sebab jalan kat depan unjia ni dah banjir terukk. .. kereta takleh lalu.. hanya lori dan hilux je ..
so, sila sediakan bekalan makanan yang mencukupi ok!
nasib megi aku ada banyak lagi stok... hehehehee..
Bermulalah Pembentukan "Kolam Buatan" UniSza.
,18:35 |
Comment
sebelum pape, aku nak bagitau entry ni bukanlah nak menyatakan ketidakpuashatian atau kebengangan yang melampau kepada pihak atasan yang nampaknya tak mampu nak selesaikan masalah yang melanda UniSza tiap-tiap tahun niii..
cuma saje nak share pengalaman aku kat Unisza ni. nanti kalau ada bebudak SPM tahun-tahun akan datang nak apply masuk Unija, senang la bagi mereka nak baca dan 'korek' ilmu tentang unisza ni.. aku nak mudahkan kerja orang lain. masuk je blog aku, search je keyword "UniSza", haa.. nanti keluar la sume cerita. kan ke senang dan menjimatkan masa? sume information hanya dalam satu blog! tak payah nak meng'google' banyak-banyak kali!
cuma saje nak share pengalaman aku kat Unisza ni. nanti kalau ada bebudak SPM tahun-tahun akan datang nak apply masuk Unija, senang la bagi mereka nak baca dan 'korek' ilmu tentang unisza ni.. aku nak mudahkan kerja orang lain. masuk je blog aku, search je keyword "UniSza", haa.. nanti keluar la sume cerita. kan ke senang dan menjimatkan masa? sume information hanya dalam satu blog! tak payah nak meng'google' banyak-banyak kali!
so... dah -dah la merapu raban wahai cik esyah.. ko nak cite apekebenda ni sebenanya?
haaaa.. as sume rakyat kat Malaysia ni dah tau, sekarang ni musim hujan dah bermulaa .. aku rasa most of negeri-negeri kat Mesia ni dah ditimpa hujan, kan?? ke ada yang masih kering kontang?
negeri Teganu tak usah cakaplahh... memang dah lama hujan..
lebih seminggu lepas lagi kalau tak silap. minggu lepas memang tiap kali pegi kelas , sarung kaki akan basah sebab air banyak gile kat blok kolej kediaman,
tapi pagi ni, paras air tu boleh kira paras air paling dalam la sepanjang aku duk unija ni, .. hujan pagi tadi memang tak berenti-renti. air kejap aje naik. sekali aku jenguk kat tingkap, anak tangga yang first kat blok aku ni hampir ditenggelami air.. pastu tak sampai sejam, aku tengok anak tangga tu dah ditenggelami dan anak tangga yang second dah separuh tenggelam!
ni gambar pagi tadi ... bukan gambar tahun lepas ke ape ekk.. |
nampak tak tangga tu? dalam gambar ni tangga first tu tak tenggelam lagi.. tapi masa kitorang nak gi kelas tadi memang dah tenggelam. |
kalau hujan lama lagi,, tak mustahil la rumah kat tingkat 1 tu akan dimasuki air..
dan tadi kelas pukul 11.. ingat nak tunggu ujan berenti. tapi tak nampak pulak tanda-tanda hujan akan berenti.. so , terpaksalah kitorang ambik langkah keselamatan untuk ke kelas ..
still pakai baju kurung, tapi pakai seluar track kat belah dalam. so, nanti boleh le angkat kain sampai lutut... kasut?? jangan haraplah! kitorang pakai sandal je.. ada yang pakai crocs. (paling selamat). aku? huwaa...takde crocs! so pakai le kasut plastik. the first moment nak turun masuk dalam air tu , tak payah cakap ahh.. sume perasaan ada.. cuak yang paling penting. pastu rasa cam benda ni sume "unbelievable" ! "nonsense" ! "how can this be?!" "impossible!" perasaan dah bercampur adukk.. bayangkan lahh.. air tu memang takat separuh betis aku. kalau roomate aku maybe sampai lutut kott.. (:P) haha.. pastu arus pulak deras macam kat sungai! serius!
takut masa mula-mula nak "terjun" dalam tu. pastu bile dah redah, uhmm.. redha aje lahh...
masuk je kelas, rasa gatal sangat kat kaki.. tak selesa .. seronok, seronok jugak, tapi air banjir ni bukannya bersih sangat ... eh cop! memang tak bersih pun kann.. even dia mengalir laju macam air sungai..
ingat nak cari kasut but ngan raincoat! pakai kasut but ngan baju kurung pi kelas. haa... style, kan??? hahahahaaaa...
dan tadi terjumpa video ni kat FB.. dishare oleh somenone. ops! aku tak kenal, key!
ni video banjir tahun lepas.. tapi masa diorang rakam ni, aku tengok takde la tinggi sangat paras airnya.. yang pagi tadi punye lagi tinggii wooo....
first day redah banjir di unija.
bukan nak mengeluh..
just nak share pengalaman ..
by the way, best ape tiap-tiap ari boleh pi "swimming pool"?? besaaarr pulak tuuu.. hahahahaa...
Nasi Bajet RM 2.50
,23:10 |
Comment
daaann?? anda rasa?? berdasarkan rupa, boleh la... dengan rege RM 2.50 tu, aku dapat nasi, ayam goreng, kuah sambal dan timun. ni kalau tambah ikan bilis ngan kacang tanah mesti lagi sodapp.. boleh feeling-feeling makan nasik lemak. hehehehee..
murah? mesti ramai yang kata murah kan? ye la... kalau beli kat kafe Unisza, dengan duet RM2.50 tu kadang-kadang boleh dapat ayam seketul ajeee...
tapi kalau nak banding ngan kat kelantan, aku beli nasik bungkus tiap-tiap hari , dapat Rm 2 je!! dengan nasik lagi banyak, ayam lagi besar, dan sayur lagi banyak!
hahahaaaa..kesimpulan? nasi bajet korang takkan boleh kalahkan nasi bungkus aku nyerrrr... LOL.
Nasi Bujang RM 3
,18:59 |
5 Comment
soo... ni la yang aku dapat dengan harga Rm 3. nasi, kuah tomyam, sambal, telur dadar and ayam goreng..
wuuu.. kira boleh lahhh...
musim ni jadi macam trend pulak meniaga nasik ke blok blok. nanti lain kali nak try beli nasi bajet rm 2.50 pulak ahh.. hihi
Ada Apa pada Konsert UNIC?
,02:21 |
Comment
ni masa atas pentas.. |
ni diorang otw nak balik..sempat lagi bro fakhrul berenti sebab ade orang nak selfie. huhu.. kalau aku yang panggil agak-agak dia nak berenti tak? hahahahaha |
dan ni aku dapat dari FB bro Bazli UNIC kalau tak silap.. |
ni pun gambar dr Fb Bro Bazli.. cer cari dimanakah akuu?? hahahaha... |
Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)
,07:10 |
3 Comment
Haaa!
Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...
Syarat-syaratnya:
- Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
- Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
- Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
- Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)
Malam ni Gila Download...
,21:08 |
1 Comment
Best Ke Drama "Mr. Istikharah" ??
,16:30 |
4 Comment
haaa... dengar kata drama ni meletop-letop lepas ditayangkan kat TV3 ari tu sempena Maal Hijrah. malam tu pulak, abang aku tengok bola. so, dah habis perlawanan antara JDT dengan Pahang, baru lah adik aku TERbukak TV3.. ayah and kakak aku pun join tengok sekali.
masa tu aku tengah mengadap lappy. biasalah .. aku dan lappy memang tak leh dipisahkan. pastu tetibe kakak aku cakap "Eh, tu bukan Ashraf Muslim ke?" pastu dia siap mention nama aku lagi, nak cakap yang Ashraf Muslim tu dah belakon balik..
korang jangan tak tauuww... aku kalo dengar nama Ashraf Muslim je, mesti terus rasa nak tersedak. bhahahaa.. dulu aku memang minat die... memang la takde tulis dalam blog ni,, sebab masa aku start build blog ni , aku dah tak minat dia dahhh..
so, tetibe bile dengar kakak aku cakap camtu, terus aku pi ngadap TV. tapi sayang nyaaaaa..
scene Ashraf Muslim dah habissss!! bhahahahaa.. padan muke ko ecah.. buat membazir aje tenaga aku melompat dari sofa gaya Kluang Man semata-mata nak pi tengok dia. muahahaa..
maka setelah habis je citer tu, aku online dan nampak ramai jugak blogger-blogger yang tulis pasal Drama ni dan ada jugak yang puji.. cakap syiok la.. best la..
aku pun apa lagi. memang la terus pi cari drama tu and terus downloadd! hihihiii..
rindu nyeee tengok muke Ashraf Muslim yang tak hensem tuuu :P (sila abaikan kesengalan yang berlaku)
dan komen aku lepas tengok citer tu??
cite ni memang best sangat sangat sangatt! yes! bukan sebab Ashraf Muslim auwww..
tapi sebab jalan cite die memang menarik. lagipun banyak point dan nasihat yang terkandung dalam drama ni. aku pelik jugak masa tengok drama ni.. sebab sume pelakon pompuan dia pakai tudung dan scene-scene yang berlaku sentuhan antara bukan mahram memang tak adee.. pastu baru perasan yang drama ni terbitan dari Al Hidayah Production.. ooohh.. patutlahhhh..
bagi sesape yang belom tengok lagi, aku cadangkan supaya tengok drama ni .. memang tak rugi..
drama ni membahaskan isu kinda Cinta Islamik yang bagi aku tak asing lagi dalam kehidupan remaja zaman sekarang ni.. dia sentuh perihal Minat pada sorang Ustaz sampaikan terbawak-bawak mimpi dan sampai ke tahap 'puja' Ustaz tu melebihi Nabi Muhammad S.A.W sendiri. kite kan dah ada Role Model terbaiik.. jadii.. kenapa perlu kite cari manusia lain untuk dipuja dan dikagumi seperti itu??
even dia seorang USTAZ punn,, perbuatan kite tu tetap salah..
dan pasal Istikharah. sekarang ni memang ramai yang buat istikharah kalau nak cari jodoh. tanpa kebanyakan kita sedari, kadang-kadang bukan mimpi tu petunjuk Istikharah kite.. kadang-kadang Allah bagi petunjuk dari sumber lainn.. kadang-kadang bukan orang yang muncul dalam mimpi kite tu ialah jodoh kite..
kadang-kadang kite tak sedar.. bahawa kite dah ada kecenderungan sendiri.. dan sebab itulah kite sampai boleh termimpi-mimpikan orang yang bukan jodoh kitee..
pastu pulak Heroin drama ni namanya aishah.. lagi laaa aku sentappp..! hohohoo..
korang nak tengok jugak? ni kat bawah ni aku baik hatiiiiii nak tolong korang. hehe. selamat menonton!
Kek Marble Gebu.
,20:01 |
Comment
dari luar memang nampak burukk. tapi bila dipotoggg... |
nampak tak ke'marble'annya disitu?hihihii |
Jom Join Kempen SAYA MAHU SENTUH AL-QURAN !
,11:52 |
Comment
lately, heboh pasal program saya mahu sentuh anjing. ramai pihak yang membidas dan membantah pelaksanaan program tu...
soo.... how about sekarang ni kite join pulak kempen nii...
banyak event yang akan dilaksanakan sepanjang kempen ni berlangsung,.. ada jugak pertandingan mencipta poster yang menawarkan hadiah berbentuk wang tunai kepada para peserta!!
untuk maklumat lebih detail, boleh ke blog ni : Tarbiah Sentap
saya dah tukar DP saya. anda bila lagi??
Servis Pertama..
,16:50 |
1 Comment
kekenyangan tahap dewa
,09:54 |
1 Comment
Blade Man Korean Drama : "Kebodohan Apakah Ini?"
,13:46 |
1 Comment
hari tu ada kawan aku yang inform aku pasal cerita ni. dia cakap ada Lee Dong Wook. so aku pun ape lagi. mestilah cari kan cite tu. dan semalam memang aku download dari episod 1 sampai episod 9 terus!! hahaha.. tu kira yang latest la.. sebab drama ni still on going lagii..
sooo... beberapa minit yang lepas aku baru habiskan episod satu drama ni..
ni scene trakhir dalam ep 1 tu.. (yang aku kaler hitam tu heroin cite ni.. dia tengah dukung sorang budak atas belakang dia tu.. aku hitamkan bahagian rambut dan lengan dia..) |
dan masa scene terakhir sebelum ep 1 tu berakhir, aku macam ternganga jeee.. pastu otak macam tak boleh nak digest the point yang dia cuba sampaikan tu.. dan akhirnya bila episod 1 tu dah habis, terus aku jerit kuat-kuat "Ahhh......!!! Kebodohan apakah iniii......!!???!!!"
nasib roomate aku dah balik kampung. kalau tak mesti dia ingat aku dah tak waras. hahahaha.
ye aaahh.. dengan LDW posing macam tu . pastu pompuan tu pulak terlopong aje kat situ. memang otak aku pun terPause kat situ jugak..
hihiiii.. tapi cite ni takde la teruk sangat sebenarnya.. tak... aku tak cakap cite ni teruk.. cuma ye la.. episod 1 baru kann. maybe keseronokan dia tu belum menjelma lagi kot.. bahahaha..
jadi kalau korang nak tengok cite ni pun ok. boleh la nak buat release tension. aku download ni pun sebab nak buat stock movie untuk ditonton masa cuti midsem ni. haha.
ni aku sertakan sinopsis movie ni bagi sesape yang berminat nak ushaa
Joo Hong Bin, the CEO of a game company, has got everything. He is capable, rich and even good-looking! However, this perfect guy lacks in one thing. He is so ill-tempered! The worst guy on the planet! One day, this supercilious guy turns into a monster. When it rains, he becomes furious and some blades are coming out from his body. Moreover, Se Dong, a woman with a bright personality and Chang, his first loves son appear making him confused... This drama is about a love story between a man whose anger and pain become swords that shoot out from his body and a warm hearted woman who overly cares about others. She slowly heals his painful heart and turns him into a real grown man.
"a man whose anger and pain
become swords that shoot out from his body" OK. ayat ni memang aku takboleh tahan. ade ke pulak kesakitan dalam hati tu boleh menjelma jadi besi?
Aku Balik Esok..
,11:43 |
Comment
Saya Dah UNDI! Anda Bila Lagi?
,14:20 |
Comment
huahhh.. ayat macam nak ajak pi mengundi pilihanraya umum ke 64! kihkihkih..
takdela.. just nak inform korang supaya undi MrTheAllShared punye video kat festival filem palajar malaysia ni.. nak tengok cara-cara yang lebih detail? klik >SINI<!!
so, apa tunggu lagi! jom undi ramai-ramai sebelum tarikh tutup menjelang! hahaha..
tak tahu sape tu MTAS? alolololooo. keciann.. nah pi bukak Fanpage ni sekarang jugak! : Mr The All Shared. ni pulak channel YouTube diorang : MTAS
moga-moga kita sama-sama dapat saham nanti..
Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
,19:16 |
4 Comment
Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.
tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Kerepek Ubi Kayu Rangup Home made!
,01:29 |
2 Comment
masa balik cuti raya haji ari tu, aku tengok ada 3 biji ubi kayu kat dapur. ubi yang abah tanam sendiri tepi rumah. mulanya , umi suruh buat 'something' guna ubi tu.... dan 'something' tu aku tak dapat kenal pasti nama rasmi dia, aku cuma tahu nama yang diguna oleh orang kelantan aje. hahahaa.. tapi something tu memang susah untuk dimasak..
so, aku cadang la kat umi nak buat kerepek. umi pon apa lagii.. macam biasa la, umi bagi aje aku nak buat ape pun dengan ubi tu. asalkan aku yang buat sendiri. asalkan tak libatkan effort umi. asalkan hidup aku bahagia. asalkan tak meletop dapur umi. bhahahahaa..!
bila dah dapat green light, memang aku pecut la laju-laju! terus pergi parut ubi pastu rendam dalam air garam. rendam dari tengahari sampai petang. petang tu start la upacara goreng menggorenggg.. then dengan hati yang gumbira aku pun ngap la sekeping kerepek ubi yang baru diangkat dari kuali..
hasilnya??
ummmm...!! rangup!!! kan kadang-kadang ubi kat kedai pun tak berapa nak krup krap krup krap kan? so, of kors le aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab first time buat dah rasa sedap macam chef wan yang buat. hihihii..
ummmm...!! rangup!!! kan kadang-kadang ubi kat kedai pun tak berapa nak krup krap krup krap kan? so, of kors le aku rasa bangga dengan diri aku sendiri sebab first time buat dah rasa sedap macam chef wan yang buat. hihihii..
haaa... inilah rupanya ubi kayu akuu.. rasa lemak-lemak tawar yang dapat menambat hati sesape aje yang memakan beliau. (nampak tak disitu betapa ketaranya kesalahan tatabahasa aku?? :p)
maka dengan keyakinan 100 percent, terus aku arahkan adik aku parut seketul lagi ubi untuk dibuat kerepek lagi.. bahahahaaa. sebab adik aku tu kalau pasal makan kerepek, memang dia tak kenal erti kenyang perut. so, peraturan aku senang aje. nak makan? hah buat!
jadi setelah berlalunya fasa ugutan itu, maka keesokan paginya aku pun dengan semangat yang berkobar-kobar masuk ke dapur untuk buat kerepek ubi perasa tomyam! hahhaaa.. ala , guna cara yang sama aje, .. just lepas goreng tu, aku tabur serbuk yang ada dalam plastik mee segera jenama 'IMAN' kat ubi kayu tu then gaul la sampai sebati..
disebabkan hari tu (hari sabtu sebelum raya haji) aku puasa, maka terpaksalah aku menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari pagi sampai petang. so, aku suruh adik aku yang try . nak tau la jugak sedap ke takk.. masa dia try tu, macam biasalah budak tu, selalu buat muka macam mintak penampoo.. aku bukan tak tau.. pastu dia cakap tak sedap la, muak la, . .. alih-alih, bila time lepas aku bukak puase tu, aku tengok dah separuh kerepek tu habis!!! bila aku tanya dia, dia cakap dia ngan kakak aku yang makan. eleh.. siap nak tambah 'kakak aku' yang makan kononnn.. macam aku tak tau yang dia mesti makan berganda banyak dari kakak aku tu. haaaa.. tak ke munafiq namanya tuuu... pagi tu sesedap rasa aje mengutuk kerepek aku.
dan malam tu jugak budak tu habiskan semua kerepek yang aku buat.. humm...
maka dengan itu, berakhirlah kisah seketul ubi kayu yang ditanam ditepi rumah aku..
maka dengan itu, berakhirlah kisah seketul ubi kayu yang ditanam ditepi rumah aku..
Posted via Blogaway
Kotak vs KFC..
,19:49 |
2 Comment
tadi kirim KFC kat kawan yang keluar pi bandar.... balik je dari meeting 'surprise' yang boleh membuatkan aku mati katak, terus berlari-lari pecut naik bilik kawan aku tu nak makan KFC. lapar tak lapar, dari pagi sampai petang tu , biskut oreo dengan biskut kering aje yang masuk dalam perut aku. tu pun berapa keping aje..
dann... yang membuatkan aku rasa nak buat entri ni is..
bila aku bandingkan gambar kfc di kotak dan ayam kfc yang sebenar.....
dann... yang membuatkan aku rasa nak buat entri ni is..
bila aku bandingkan gambar kfc di kotak dan ayam kfc yang sebenar.....
jap. jom tengok bahagian tepi kotak , kat bawahhh sekali tu. "Serving featured are for illustration only"
k fine. =_=
Subscribe to:
Posts (Atom)