Assalamualaikum...
Seriesly,memang selama ni aku tak pernah pi tusyen kat luar daripada sekolah. Ye la.. Kalau setakat UPSR ngan PMR tu ,objektif je yang banyak.. Tak perlu la kot pi tusyen, and I still got straight A's.
Tapi SPM ni penangan dia lain macam betol la.. Aku decide nak daftar tusyen ni pun sebab rase cam dah nak muntah dah ngadap buku. Memang takleh diselamatkan lagi.
And pada 10/5/2013, dgn rasminya aku daftar
tusyen kat tempat yg bercampur laki ngan pompuan. Sampaikan aku nak naek pi tempar daftar pun bukan main menggeletar seluruh badan ni,tau! Rilex..rileks... Bukan harimau tu, manusia jugak! Same macam kau! (eh.same ke? Die pakai kopiah,aku pakai tudung.hehe..)
so,lepas daftar, aku pun dgn nebesnya jalan pi kat kelas. Dari pintu yg lutsinar tu, aku nampak kepala-kepala menghadap ke pintu tu. What?? Weyy.. Apsal la dia taruk whiteboard tu tepi pintu. Nanti kalau orang masuk,kang mengganggu tumpuan sume orang...
Hesh.. Dah la aku ni first day datang,pastu masuk lewat pulak. Adusss .. Harap-harap takde la yang tengok aku. Sikit pun aku tak tengok kat bahagian lelaki tuh. So,takde sebab la kan diorang nak tengok kat aku?
Biology and BI telah aku lepasi dengan amannya. Sehinggalah tiba time Addmath. Cikgu addmath tu ekcelli boleh kira tauke pusat tusyen tu la. Lepas ngajar beberapa minit, dia pun tanye : "sape yang baru masuk hari ni?"
aku pun angkat la tangan.
And ada sorang lagi pelajar yang angkat tangan jugak, baru masuk. Tapi tidak dapat aku kenalpasti siapakah gerangannya sebab dia duduk kat belakang, so, aku malas nak pusing kepala.
Cikgu tanye lagi : "awak sekolah kat mane?"
aku jawab.
Then,cikgu pun tanye lagi : "awak duduk(tinggal) kat mane?"
cikgu tengok aku. Aku jawab la. Pastu, cikgu tanye soalan yg same gak kat sorang individu lagi tu.
"sape yang mak dia call cikgu semalam, cakap nak daftar tuisyen?"
aku tunduk je. 'bukan mak aku........'
yang sorang lagi tu pun aku rase tak bagi respon jugak.. Yang menyebabkan cikgu tanye lagi : "mak awak keje ape?" aku angkat kepala. Aku tengok Cikgu tengah pandang aku. Aku tak jawab soalan cikgu. Just geleng kepala. 'mak aku mane keje ,beb...!'
and I guess individu yg sorang lagi tu jawab kot.. Sebab aku betol-betol tak dengar pun suara die! Entah pompuan,entah laki.
Tapi cikgu cakap la kat individu tu lepas tu : "ohh.. Betul la tu. Mak awak yg call cikgu semalam.."
adoiy.. Apasal kau tak cakap terus je mase cikgu tanye tu, ? So tak perlu la cikgu nak tanye aku sampai macam tu sekali. Hesshh..
Nothing lah ekcelli. Saje nak share kat sini. tusyen kat tempat bercampur ni memang susah bagi yg lemah iman macam aku ni. susah nak jage hati. tak macam kat sekolah. .. suke hati je nak buat ape. sebab sume pelajar pompuan. best sangat.sangat.sangat.sangat. hehe...