Drama Korea: My Girlfriend is a Gumiho

,08:00 | 3 Comment


hari ni aku nak cita sikit pasal drama korea yang syok nih. hehe.. aku kan jenis yang susah nak minat drama-drama korea. Running Man tu lain lah.. dia Variety Show. sepanjang aku hidup ni, ada 2 je drama yang betul-betul masuk dengan jiwa aku. hehe.. 

pertama sekali, Dream High. (season 1. aku tak tengok season 2)

dan yang kedua , My GF is Gumiho. Gumiho tu ape? urmm.. kalau mengikut kefahaman aku lah, Gumiho ni nama satu jenis binatang dalam kisah dongeng Korea. rupa dia ni macam serigala. eh, musang kot. eh, anjing la..? aduh. aku pun tak reti nak cakap. tapi dia boleh bertukar rupa jadi manusia la yang pastinya.. kira macam musang jadian la..

dalam cerita ni, ada sekor Gumiho lakonan Shin Min Ah yang nakkkkk sangat jadi manusia. sebab dia tengok kehidupan kat dunia ni macam best jer. hehe.. sebab tu  lah kot dia datang sini. eh. entah? aku pun dah lupa sebenarnya . lama sangat dah tengok movie ni,.. 

ok, kenapa aku suka cerita ni? sebab cite ni lawak. and dia bukan cerita serius macam The Heirs. (:P) hehe.. 

cite ni mengisahkan seorang lelaki nama Cha Dae Wong yang dilakonkan oleh Lee Seung Gi (smart, ok!) yang bekerja sebagai pelakon. dia jumpa dengan Gumiho ni, pastu Gumiho ni ikut dia balik umah. mula-mula dia marah gumiho tu, pastu lama-lama dia kesian, so dia bagi gumiho tu tinggal sekali ngan dia... dari situ la Gumiho ni jatuh cinta ngan Cha Dae Wong. tapi CDW buat tak layan. dia tak nak mengaku yang dia pun sebenarnya cintakan Gumiho tu jugak.

mula-mula sekali aku tengok episod 1 kat NTV7. best sangat. time tu cuti penggal sekolah. so boleh la tengok tiap2 hari. pastu bila sekolah dah bukak balik, jadi aku boleh tengok hari Jumaat jer.. huuu.. sedih gile kot..

tup,tup, tengok-tengok dah nak episod akhir.!! episod akhir tu pulak jatuh hari ISNIN!! huwaaaa.... dah tentu-tentu la aku tak leh tengok kan..  sebab tu aku suruh adik aku download episod akhir!! yey! dapat tengok jugak! 

ekcelli dah lama aku tengok episod akhir ni.. hari tu masa tengah online, tetiba terasa nak tengok balik pulak. hehe.. 

and akibatnya, memang menitis air mata lah kan. huhu..

aku perhatikan , kalau sesebuah movie tu, kalau awal-awal dia lawak, last sekali mesti sedih gile-gile.. lagi sedih dari The Heirs (again :P) haha.. sumpah aku tak pernah nangis masa tengok The Heirs.

TAPI seriusly, banyak kali aku nangis sampai tersumbat hidung masa tengok episod last Gumiho ni. huuu.. sedih tau.

aku nak cerita pun, takut berbelit, kang korang tak paham. so, aku ringkaskan, ada seratus hari yang diorang hitung, yang mana kalau lepas 100 hari ni, ekcelli Gumiho ni akan bertukar jadi manusia. tapi lama lepas tu baru Gumiho tu tahu, kalau dia jadi manusia, Cha Dae Woong akan mati. kira macam tukar nyawa la.. 

Gumiho ni tak sanggup nak tengok CDW mati . so, dia putuskan untuk nak selamatkan CDW, and biar dia aje yang mati . disebabkan satu sebab ni (ayat ni kalau SPM konpem dapat C), maka kalau 100 hari tu habis, Gumiho akan mati. CDW tahu pasal ni pun masa last2 . so, tak leh nak wat ape dah ..

so, masa hari terakhir tu ...


 

diorang decide la nak buat pi ke tempat-tempat yang diorang suka. ye lah, last day of life kan? mesti lah nak buat semua benda. tapi ada je halangan .nak tengok wayang, sume tiket tarikh esok. nak pi rumah dia tu, dia takde kat umah. dia ni takde jugak. sampai last sekali diorang keluar nak tengok water fountain yang diorang penah gi tengok hari tu.. tapi water fountain tu rosak pulak! 

semua yang dirancang tak menjadi! sesedih Cha Dae Wong , sedih lagi si Gumiho tu. paling aku takleh tahan bile CDW tu nak menangis, tapi taknak nangis depan Mi Ho, so dia jalan, and membelakangi Mi Ho, pastu nangis... ..huuuu..


sebenarnya apa yang membuatkan episod ni sedih, is diorang kan jenis yang happy selalu. walaupun cakap benda-benda yang sedih, diorang pura-pura happy. korang faham tak? ala.. susah aku nak explain. korang mesti tengok citer ni, ok!

pastu, bila dah semua rancagan tak menjadi , malam tu CDW pun ajak lah Mi Ho pegi main bunga api .. mercun apa semua.. 

then, bila dah nak sampai midnight, diorang duduk dalam rumah , and cakap la ape yang diorang nak cakap. haha.. nampak sangat aku ni malas nak cerita, kan?
hoho ..tapi scene yang paling menusuk kalbu aku is bila Mi Ho tutup mata CDW then cakap kat dia,


"Think of it as a dream . from the moment I first appeared in front of you, until this moment, when I disappear."
"If you think of it as a dream, when you open your eyes, it wont hurt at all."

and CDW hanya mampu kata , "Mi Ho yah, kajima..." it means "Mi Ho, dont go..."

and lepas tu Mi Ho pun disappear .. 
bila CDW bukak mata dia, dia kata apa nak tau, 
"It hurts so much!" "How can you be a dream?"

then dia pun nangislah malam tu sampai tertidur.. bila tersedar pagi esok, dia lari-lari ke luar macam orang tak betul, cari Mi Ho .hehe.. jahat aku. pastu tetiba ada lori langgar dia . masa dia tengah terlentang atas jalan raya tu, tetiba hujan turun ........yey!
kenapa aku kata 'yey' ? sebab tu tanda nya...

 
ha..! Mi Ho masih ada. cuma dia takleh tunjukkan diri dia. macamana CDW tahu? sebab dalam cite ni, dia cakap kalau ada seekor Gumiho nangis, hujan akan turun. kononnya hujan tu turun sebab ada gumiho nangis laaa.. so, bila CDW kena langgar, mesti lah Mi Ho akan nangis, .. and sebab tu lah hujan turun ...

haaa... tapi jangan salah sangka! CDW tak mati lagi la.. just a light(?) accident. lepas tu, dia dah sambung hidup dia balik macam normal, and membizikan diri dengan keja, .. kononnya movie dia meletop-letop lepas tu!

pastu ada suatu hari tu, ada gerhana bulan, pastu aku malas nak explain sebab konpem korang takkan paham ... jadi tengok je lah gambar kat bawah ni ..






so... they just said something about 'Heaven go crazy' and whatsoever. tak kisah lah. 


pastu masa gerhana tu, CDW baru lepas shooting, then dia duk dalam kereta kejap. tibe2 fon yang Mi Ho penah guna dulu, berbunyi. pelik lah kan, sapa yang nak kol Mi Ho, ..bukan ada orang tahu number dia pun.

pastu bila jawab, dengar la suara Mi Ho entah dari corong mana aku pun tak tahu. pastu CDW keluar kereta, lari-lari , pi cari Mi Ho .. then masa dia tengah nangis, akhirnya dengar la suara Mi Ho 

"Woong ah!!"

bila angkat kepala, nampak la Mi Ho berdiri tercegat depan dia..


oh ya! lupa nak cakap, Gumiho ni sebanarnya ada sembilan ekor. kalau semua ekor tu hilang barulah dia akan jadi manusia.
 
dah jumpa, hug-hug ape sume tu , balik rumah, duk lepak-lepak, Mi Ho pun tanyalah, taknak tahu ke saya ni masih Gumiho atau dah jadi manusia??

pastu bila diorang buat diorang punya tredemark, takde ekor yang terkeluar. mati-mati CDW ingat Mi Ho dah fully jadi manusia . tapi rupanya Mi Ho saja nak kenakan dia...






hahahaa... kesian kat CDW. terkezut beruk dia bila dengar Mi Ho cakap macam tu. tapi apa-apa pun, dia masih tetap rilek aje.. siap sengih-sengih lagi lepas tu .







and ayat last sekali yang paaaaling aku suke, 



muahahahaaa.... cerita lawak yang diakhiri dengan dialog yang lawak jugak ....

okey, setakat tu aje cerita aku. sori la sebab berbelit-belit. huhuu.. aku harap korang tengok cerita ni nanti, kalau tak best, korang boleh datang umah aku dan mintak ceklat sugus sebijik sebagai ganti rugi. hohohohh..

wassalam..

3 comments:

Silakan u olls komen disini dulu ye. Your comment memang tak akan terus keluar kat sini.. I will publish and reply your comment once I open this blog. Ok? ☺

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...